Tips Kumpul Duit Umrah RM16,000 Dalam 4 Tahun

1) Kalau anda dah pasang niat untuk menunaikan umrah dalam tempoh 4 tahun akan datang, anda boleh aplikasikan tips ini. Kalau anda pasang niat nak kahwin dua, saya tak galakkan. Haha.

2) Pertama sekali anda pergi lah buka akaun Asnb di pejabat pos. Buka akaun hanya RM10 je tau. Jangan nak bagi alasan tak mampu. Haha.

3) Bila anda dah buka akaun, anda sudah berada di landasan yang betul. Kemudian anda hanya perlu letakkan simpanan RM300 pada setiap bulan selama 4 tahun.

4) Secara logiknya, anda perlu bersabar sedikit untuk melihat hasil simpanan anda.

5) Katakan anda menyimpan di bawah bantal. Jadi hasil yang anda akan dapat ialah RM300 x 48 =RM14, 400. Wow banyak dah tu.

6) Tapi katakan PNB umumkan pulangan tahunan dividen asb sekitar 6.5% setahun. Jadi jumlah simpanan yang anda akan dapat ialah (“Jumlah simpanan + Dividen terkumpul = Total, simpanan”). Jadi jom kita buat kira-kira. RM14, 400 + RM2019. 00 = RM16, 419.

7) Wow kira banyak lah tu. Untung RM2000 dari simpan biasa pula tu. Kalau anda minta saya RM2000 pun saya memang takkan bagi. Haha

8. Sebenarnya ini adalah salah satu cara yang anda boleh lakukan. Ada banyak je cara lain seperti simpanan melalui Asb Financing, Tabung Haji dan Unit Amanah.

9) Semuanya terpulang kepada anda lah. Kalau anda dah pasang niat nak menunaikan umrah, tetapi tidak mula menyimpan. Tak guna juga weh. Haha

10) Dengan jumlah simpanan tadi, anda boleh lah pergi umrah secara berpasangan. Pergi dengan zaujah anda. Kan nampak sweet gitu. Menuju ke syurga sama-sama.

Saya doakan anda semua akan konsisten dan dipermudahkan urusan untuk menunaikan umrah.

Anda boleh share tips ini supaya ianya boleh dijadikan panduan kepada orang lain juga. Jangan tag bakal isteri kedua sudah lah. Haha.

– Aidil Nor Adha

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *