Masih Jobless

Assalamuaalaikum. Aku Dian. 24 tahun dan masih jobless. Sabar dulu kalau nak kecam aku pemalas. Aku grad 2016 konvo Ogos 2017. Alhamdulillah aku dapat kerja bulan April 2017 sebelum konvo. Kerja kilang je. Tapi aku suka. Sebab environment sangat selesa walaupun aku sorang je orang local dan semua foreigner. Paling best aku tak rolling shift, permanent shift malam. Mula-mula rabak jugak mata tapi sebab shift pagi ada bos besar so, rasa bertuah dapat shift malam.

Lepas 8 bulan kerja dekat kilang tu, ada sorting pekerja. Maksudnya ada yang bakal kena buang lah. Dan aku salah sorang nya. Sedih nya aku sebab aku mati akal nak cari kerja kat mana. Sebab dibuang kerja kerana aku ada diploma tapi bekerja sebagai Operator shj. Lain lah kalau aku jadi maintenance ke mungkin peluang nak kena buang tu kurang. Bukan sebab silap aku, manager cakap company tak mampu nak bayar gaji untuk yang ada sijil tapi jawatan rendah. Takut nanti pejabat buruh check dalam sistem gaji aku sama macam yg pekerja yang ada spm. Sikit pun aku tak kesah gaji aku berapa. Asalkan persekitaran kerja tu kena dengan jiwa aku.

Akhirnya aku berundur diri dan Alhamdulillah dapat pampasan. Dan bermula lah misi cari kerja lain. Aku nak highlight kan dekat sini keluarga aku cuma ada satu motorsikal sahaja. Tu pun ayah bawak ulang alik kerja. Jadi setiap kali aku nak cari kerja aku memerlukan modal yang besar untuk bayar kereta sapu,grab atau duit minyak kawan aku. Aku pernah je jalan kaki cari kerja. Keluar awal pagi balik maghrib. Nekad nak cari duit bayar pt. Aku tak nak netizen cakap pelajar ipt ni lembik , kerja memilih, gaji nak demand. Please lah, bukan semua. Aku dah letih baca komen-komen pasal mahasiswa menganggur. Boleh tak jangan bagi komen yg buruk? Lebih baik mendoakan.

Apa hasilnya aku cari kerja semua tu? Susah nak yakinkan interviewer. Kebanyakan aku pergi semua kilang. Sebab aku memerlukan kerja yang ada kenderaan. Mereka takut yang ada diploma ni nanti dapat kerja lagi bagus lepastu kerja kat company mereka tak lama. Kedua mereka risau kami yang ada sijil ni sambung belajar. Banyak lagi lah alasan orang-orang ni. Lepastu keluar berita kurang tenaga kerja dari kalangan penduduk tempatan. Yang bukan bukan lah statement.

Mak aku dah bising aku duduk rumah. Walaupun kerja rumah aku buat tapi lama-lama berbulu jugak mata dia. Dah belajar jauh kat rumah jugak terperuk. Belum lagi kena perli dengan pakcik makcik aku. Ada yang cakap kerja banyak, nak dengan tak nak je. Sekarang ni faham tak kerja tu yang tak nak aku? Aku mohon operator tak dapat. Aku mohon cleaner lagi lah kena tendang. Mintak jadi assistant HR katanya tak layak tak da ijazah. Allahu..

Ni aku baru dapat iklan kerja kerani dekat satu kolej. Tapi tengah pening nak fikir kenderaan pergi balik. Ayah boleh je hantar tapi bila ayah OT & kerja malam tu jadi hal sikit lah. Nak jalan kaki jauh sangat. Yang penting kena dapatkan kerja dulu. Aku baru hantar resume. Aku mohon doa kalian biar aku dapat kerja ni. Aku nak bantu family, bayar duit pinjaman, nak buat simpanan. Member lain dah beranak pinak. Tapi aku masih terkais-kais. Aku percaya rezeki Allah tu ada. Cuma cepat atau lambat je. Doakan aku tau dapat kerja kerani tu.

– Dian

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *