Suamiku Orang Dakwah

Yang sebenarnya aku segan nak gelarkan suami aku atau diri sendiri sebagai orang “dakwah”. Segan sebab macam langit dengan bumi bezanya kami ni dengan para sahabat Rasulullah saw. Nak kata 1% macam para sahabat pun tak sampai, betul aku cakap ni.

Harini aku saja nak share tentang suami aku sebab ramai yang dengar benda-benda tak elok tentang orang dakwah. So, harini aku bagi sisi lain la yang jarang drama-drama tunjuk.

(1) Suami aku ni tak suka sangka buruk kat orang. Bila ada orang lain (ahli jemaah) yang tak buat kerja, suami aku tak suka aku memandai-mandai assume yang orang tue malas atau orang tue cuai. Dia cakap apa? Dia akan kata,

“Brother tu sibuk ayang, dia ada anak 3 orang kan, kerja lagi, mana ada masa nak tolong jemaah yang datang masjid daerah kita ni”

Padahal, suami aku anak dia (anak kami la) lagi ramai dari lelaki tu haha tapi sbb suami aku tak mau langsung ada buruk sangka , maka dia tetap akan beri kemaafan kepada orang lain yang kurang buat kerja. Selagi ada alasan yang dia boleh fikir (reka) maka dia maafkan orang tue.

(2) Hati suami aku ni dekat dengan masjid *Alhamdulillah*. Dia cuba solat 5x sehari di masjid walaupun bukan la berjaya full 5x setiap hari, susah oi lelaki nak istiqamah lima kali di masjid zaman ni. Dia kerja flexible time so boleh adjust la .

Ada banyak kali yang kitorang dalam kereta nak pegi somewhere tapiii suami aku pegi drive ke direction yang lain. Aku pun tanya la,

“Eh, apasal abang masuk jalan ni?? Salah la, jalan Sana la!”

“Eh sorry sorry abang otak blank tadi”

So bila otak dia blank masa driving, tindakan reflex dia ialah memandu ke masjid. Automatic drive ke masjid. Kiranya dia suka lah dengan masjid. Dia umur 30an.

(3) Titik mula dia dapat hidayah ialah dari usaha jemaah tabligh di Europe. Belum kawin lagi masa tu (semoga Allah bagi syurga kepada org org tabligh yang kutip suami aku haha). Aku skip je la part hidayah/ hijrah ni, kang melalut panjang confession aku yang sedia panjang ni.

(4) Dengan anak isteri ,suami aku ni tak pernah la naik tangan. Gaduh ada tak? Hmmmm bukan laki bini la namanya kalau tak gaduh haha. Of course gaduh sikit sikit tapi mungkin asbab masih jaga amal solat jaga amal Ta’lim mingguan dan jaga tempoh2 untuk keluar di jalan Allah swt (usaha atas iman sendiri….), pergaduhan kami cuma kecil kecilan saja dan taklah berlarutan.

(5) Aku pakai niqab tapi bukan dia yang suruh. Hijrah aku kepada niqab adalah kisah yang berasingan , dia tak campur pun keputusan aku untuk niqab/purdah etc. Tapi dalam kereta selalunya aku angkat niqab (kalau sesak nafas) dan bila tiba perkarangan masjid, aku ni kadang2 lambat bertindak so niqab tue duk terbukak la. Haaaa masa ni mmg dia tegur la,

“Eh ayang,tutup la niqab tue, orang laki tu Kan”

So teguran2 macam ni biasa la. Kadang2 over coat aku pakai macam ketat kat lengan, so dia tegur jugak. Apasal ketat gila kat lengan tue. Maka aku pun bagi la 1001 alasan haha dasar malas nak gi masuk rumah tukar jaket :)

(6) Kalau aku heret dia (suami) pegi kedai beli barang ke apa, ohhhhhh dia cukup pantang kalau aku meleret leret habis masa sampai LANGGAR waktu solat jemaah di masjid.

Faham tak?

Di masjid ada time-time dia yang jemaah akan mula solat iaitu jam sekian sekian akan iqamat. Suami aku hafal jam berapa jemaah masjid akan mula solat.

So tetiba aku ni duk ralit shopping (perempuannnnn) dan pukul berapa entah baru aku balik ke kereta. Hmmm mmg kena bebel la.

“Apasal lambat?? Abang dah time solat ni..”

Ala dia bebel 2 minit je haha. Aku bebel lagi lama. So aku sorry je la , tak perasan masa habis dalam kedai.

(7) Ye ke nombor 7? Malas dah aku nak scroll check nombor berapa. Ermmm lagi Satu, suami aku tak main FB Twitter Instagram or Whatsapp.

Hampeh semua socmed dia tak layan sgt. memang la dia ada FB (kami lahir 80an so geng2 umur kami Ada FB) tapi FB dia tu bersawang la. Aku je yang rajin godek FB dia . Pastu aku memandai-mandai mandai hide & unfollow kawan kawan sekolah dan kawan kawan lama dia sbb aku rimas tengok update diorang haha. Sampai skrg laki aku x pernah tau aku dah revamp FB news feed dia. Kalau dia tau pun bukan dia kesah. I’m safe.

Whatsapp: WhatsApp pun dia tak main. Guna untuk penting2 je. Dia takde la nak forward2 mesej agama mesej dakwah melalui WhatsApp. Maka sebab tu la dia angin je tengok aku yang kadang2 berjam duk bercerita Kat WhatsApp ye la kadang2 aku bercerita dengan Mak aku. Lama la wei. Orang laki mana ada bercerita panjang2 dengan Mak. Skrg ni aku dah kurang la main WhatsApp sebab aku cuba until cari keredhaan suami, cewah. Apa yang dia tak suka maka aku tengah cuba kurang kan la. Eh lupa cakap kami umur 30an dan anak Ada la beberapa orang Alhamdulillah. Takleh bagitau detail nanti kang adik beradik aku tau pulak aku sape, haha.

(8) Sempurna: oh tidakkkk suami ku tak sempurna pun. Just seperti lelaki lelaki lain di luar sana, banyak kekurangannya seperti mana banyak juga kekurangan aku ni sebagai isteri dia.

(9) Setiap hari Ahad, suami aku drive aku pegi Ta’lim Mingguan untuk wanita2 muslimah. Ta’lim tu apa? Cuba tanya ust Ebit Lew hehe dia tau Ta’lim tu apa. Ta’lim ni dah bertahun tahun la aku pegi Alhamdulillah kesan dia sgt banyak la kepada hati & iman wanita seperti aku. Kalau korang nak tau isteri korang boleh pegi Ta’lim kat mana, just pegi masjid dan tanya lelaki2 yang nampak macam tau tu (apa aku cakap ni aku pun tak tau) nanti pakcik2 tu boleh bagitau isteri diorang hadir taklim di mana. Seminggu sekali je pun, kejap je. Korban la sikit weekend kan utk belajar agama . Ta’lim wanita tu 1 jam Setengah je. Sesiapa pun boleh pegi walaupun free hair tak pakai tudung wpun tak reti apa apa. Apasal aku mcm off topic ek, sorry sorry. Khilaf sungguh diri ini huhu :(

(9) Tak kesah la nombor 9 ke nombor 10… Suami aku sangat jarang la nak cerita pasal buruk orang lain. Walaupun aku tau sgt sgt ada orang berkasar dengan dia, ada orang ketepikan dia, ada orang tak pernah terima idea dia (tolak memanjang) tapi dia tak pernah la tetiba saja saja nak ajak aku cerita pasal orang tu. Kesabaran dia tinggi la, dia tahan apa orang buat. Kadang2 orang lain dah “blah” sebab tak tahan dengan so and so (ahli), suami aku stay bertahan sampai bertahun. Dia telan apa orang tu buat. Lepas dah lama baru la dia decide untuk pindah buat usaha da’wah di zon lain. Lama la sabar dia tu.

Ok la letih dah aku type, ni dia ada depan mata aku ni dan dah bagi hint supaya TIDUR sebab dah lewat malam . Fyi, Sunnah Nabi saw ialah terus tidur lepas isyak. Kecuali kalau urusan2 pembelajaran ilmu. Kalau ikut Sunnah Nabi saw, lepas isyak jangan lengah tidur sebab mudah untuk bangun Tahajud. InsyaaAllah kalau tidur awal.

Macam tu la suami aku orang dakwah. Kami keluarga biasa-biasa je, tak hebat pun. Orang tak kenal pun. Semoga Allah swt ramaikan lelaki yang dekat hatinya dengan Masjid dan baik terhadap keluarganya.

– Mrs Cameron Highland

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *