Apa Sebenarnya Tugas Seorang Pengajar

Assalamualaikum, saya Ally, 21 tahun. Tujuan saya tulis confession ini untuk membincangkan tentang apa sebenarnya tugas seorang guru. Sy seorang bekas murid yg dulunya sangat pendiam dan hanya selesa bercakap dngan rakan2 saya. Bukanlah pendiam sangat pun, cuma saya ckp bila perlu. Saya nk bawak balik anda semua ke zaman, waktu kita sekolah rendah dan menengah dulu. Sekolah saya antara sekolah yg mencatatkan banyak keputusan cemerlang. But unfortunately, im not one of them. Saya berada di dalam kelas yg sderhana sahaja. Bagi pelajar yg pemalu dan jenis pendiam mcm saya, i don’t know why saya sangat takut untuk approach cikgu2 yg susah didekati. Ada guru yg senang saya dekati untuk saya tanya soalan2 tapi ada sesetngah yg susah untuk didekati. Zaman sekolah saya, adalah zaman yg paling saya tak suka, Disebbabkan diri saya sendiri. A girl with low self-esteem and tde support dri org2 terdekat.

Back to the topic, saya nak tanya pendapat yg baca confession saya ni, terutama kepada guru2 sekolah, Apa anda buat bila nampak seorang pelajar yg lemah, takut untuk approach anda? adakah anda dekatkan diri pada dia, atau abaikan? Sebab melalui pengalaman saya sendiri, ada satu subject yg betul2 saya lemah dan cikgu tu sangat bias. Dia hanya fokus pada yang pandai dan cemerlang sahaja. Yg lemah mcm saya, dia ignore. Ayat dia mcmni “yg mana nak belajar duduk depan, yg xnk belajar duduk belakang sy malas layan”. Well, i’ve got no problem dri statemnt dia tu sebab saya memang nak belajar. Tapi, Nak jugak tanya sampai bila nk buat sistem mcmtu? Saya tau dalam sesetngah kelas, ada murid yg banyak masalah disiplin yg mana dia memang bersikap kurang ajar. But im not talking about them, im talking about the one yang nak belajar, tapi takut itu dan ini. Sebab dalam kelas saya dulu, masih ada dua tiga org yg mcm saya,. lemah tapi ada keinginan nak belajar. Malangnya, diabaikan.

Pernah sya cuba untuk tanya soalan malah jawapan yg dia bagi ” itu pun xtau ke? saya dh ajar dh haritu”. and thats the last question sy tanya dia. Well, pelajar mcm saya selalu diabaikan. Dia hanya fokus dan puji pada yg pandai. Mungkin dia anggap saya ni takde masa depan. So kirannya kna guna sistem yg pandai lagi pandai, yg bodoh lagi bodoh la kan? Sama kes mcm rakan saya yg sekolah lain, dia nakal masa zaman sekolah tapi dia nak belajar, ada satu masa seorang guru ni ckp “jenis pelajar takde masa depan, mcm awaklah, nanti dh habis sekolah kerjalah mcdonald ke pasar malam ke”. Wow that kind of statemnt kan sepatutnya tak klua dri mulut seorang “pengajar” ayat2 mcmtu jelas dh nampak kasi semangat murid down. Dia punya downgrade, jenis tahap yg ibarat kita ni takde masa depan.

Yelah yg dh pandai tu jelah yg ada masa depan, yg jenis lemah tapi nk belajar ni memang diangggap gelap ek masa depan haha. Belum lagi saya sebut pasal guru2 yg suka guna perkataan “bodoh” kepada pelajar. Melampau. Baik takyah jdi seorang pengajar. Ayat pun tak tapis depan murid and then wonder why ada sesetnagh pelajar yg kurang ajar dalam kelas dia. Bagi saya la, kalau rasa diri tu takde kesabaran jgnlah apply nk jadi guru awak akan tunjuk contoh buruk pada pelajar. Kepada guru2 yg bukan jenis kategori di atas, terima kasih atas sumbangan anda dalam mendidik dngan penuh sabar, dan saya berjaya dapat keputusan baik dalam subject tu.

But all and all. semua tu tak patahkan semangat saya untuk teruskan kehidupan lepas SPM. Keputusann saya tidaklah cemerlang tapi cukup untuk buat saya tersenyum sebab saya berjaya dapat tempat di Universiti awam. Pernah sekali saya pergi ke sekolah semula untuk ambik sijil original SPM, terserempak pulak cikgu yg saya ceritakan tdi, saya salam dan senyum ayat pertama dia tanya “buat apa sekarang?” saya ckp “sambung diploma dkat perak” then dia buat memek muka mencebik seolah2 mcm tak suka dan berlalu pergi. Takpelah, wish u the best. Sama jugak mcm rakan saya tadi, adik dia sekolah yg sama dan jumpa guru yg downgrade dia dlu, dia tanya pada adik rakan saya ni “eh awak bukan ada abang ke sekolah sini dlu? dia buat apa sekarang?” adik dia ckp yg dia sambung belajar and all, then cikgu ni reply sambil gelak “wah tak sangka murid mcm dia dapat sambung belajar eh ingatkan dh tde masa depan”. Seriously, kata2 dri seorang guru perlu mcmni ke? okaylah guru ni dh jelas2 lagi dewasa dri murid tunjuklah contoh yg baik dn sikap matang. Bukanlah semua ye mmcni, tapi sesetnagh tu memang sy tkleh brain.

Mungkin akan ada yg comment nanti “awaklah yg kna approach cikgu, awaklah yg kna ni awaklah yg kna tu” bila approach lepastu reply dngan jawapan yg buat saya malu dalam kelas buat apa. Bukan ke kalau dh namanya “pengajar” tak kesahla lemah atau pandai dua2 pihak ni perlu diberi perhatian. Walau apa pun, saya tetap ingin berterima kasih kepada semua cikgu2 yg curahkan bakti kepada kami semua. Untuk sekarang saya berjaya sambung degree dan akan teruskan kehidupan jadi seorang yg lebih berjaya. Saya berjaya step out of my comfort zone and jdi lebih berani untuk communicate dan banyak beri impak positif dalam diri.

Kepada guru2, fikir semula apa tugas sebenar anda sebagai seorang guru. Untuk mendidik atau memilih kasih, siapa pandai, siapa kurang pandai. Dan kepada yg masih bersekolah, jgn pernah putus asa kalau ada unsur2 negatif yg buat anda down, tak kesah dari sesiapa pun. Jadikan kata2 tu sebagai satu cabaran kepada diri sendiri untuk berjaya. Jadikan kata2 buruk yg datang pada anda untuk buktikan yg mereka ni salah. Belajar dn terus belajar dont give up too early. Kalau rasa anda pemalu dan pendiam mcm saya dlu, pleasse try to step up, sebab jdi seorang pendiam ni kurang mendapat perhatian dan slalu diabaikan. Cis, bosan lah hidup cmtu sampai bila kan hehe. Cuba communicate dengan org2 yg positif, sebab dengan siapa yg anda kwan sekarang, itulah cerminan diri anda. Your friends are a reflection of your own personality. Keep the circle small. dan ingat “quality, over quantity”

Dah sampai sini je. Mungkin akan ada yg rasa saya tak layak bahas tugas seorang guru, tapi saya cuma nk evaluate dan try to be honest. Maaf kalau ada kata2 yg akan buat sesetngah pihak terasa. Saya cuma ingin luahkan prasaan pada medium yg ada. If we dont change, we dont grow, if we dont grow, we aren’t really living. Thank you.

– Ally

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *