Punca Aku Trichotillomania

Aku adalah salah seorang mangsa buli di zaman sekolah menengah…. Ya… Siapa kata asrama penuh tiada kes buli, bukan kata tiada, malahan ada yg lebih teruk daripada sekolah harian biasa… Aku bersekolah menengah di suatu daerah yang cukup terkenal di Selangor. Sepanjang aku di sini, aku sentiasa hidup dalam tekanan dan stress akibat masalah kawan dan keluarga yang tidak mengizinkan aku berpindah.

Aku menghidap Trichotillomania sewaktu aku di tingkatan dua… Ini adalah sebuah penyakit mental yang mana seseorang yg menghidap akan menarik rambutnya sehingga sebahagian dari kepalanya menjadi botak… Aku sangat kecewa dengan apa yg dah jadi pada diri aku sampai sekarang, aku masih lagi belum pulih sepenuhnya…

Semuanya berpunca daripada masalah kawan, ramai yg tidak gemar berkawan dengan aku, tidak dapat aku pastikan punca sebenar… Tapi yang aku pasti, aku menjadi seorang yg bukan diri aku sepanjang aku di sekolah, aku tak mampu menjalani rutin harian dengan ceria di sekolah seperti orang lain. Bayangkan, aku seorang yg sangat dikenali ketika di sekolah rendah akibat kecemerlangan aku, namun dek kerana aku, mempunyai masalah kawan di sekolah ini, aku semakin tidak mengenali diri aku.

Sepanjang belajar di sini, aku sentiasa berendam air mata dan tak mampu untuk meluahkan rasa hati aku, kerana apa yg mereka nampak hanyalah salah aku semata… Boleh aku katakan kawan sekolah aku berperangai jahat yg sehingga sekarang aku tidak dpt melupakan perbuatan mereka.

Suatu hari, ketika aku tidur di bilik rehat asrama, aku terdengar seperti ada orang menyebut nama ku, dengan kata lain mengumpat aku… Jadinya, aku, memutuskan untuk memasang telinga dan berpura-pura tidur. Ketika itu, si A berkata pada si B, ” aku cabar kau belai kepala dia, klau kau belai kepala dia, aku, bagi kau sepuluh ringgit tapi klau kau cium kepala dia, aku bagi kau lima puluh ringgit”, kata si A. Aku sangat terhiris dengan kata-kata mereka…

Hina sangatkah nilai aku di mata mereka sampai maruah aku dipijak sedemikian rupa. Ketika habis ayat itu dituturkan, terdengar beberapa orang yg berada dalam bilik itu mentertawakan aku. Lalu aku bangun dan menjerkah pada mereka, terdiam semuanya… Tapi, aku ni bodoh, aku, hanya menangis dan menelefon emak memaklumkan tentang perlakuan mereka.

Korang tau apa yg emak lakukan? Emak menangis dan berkata, “sampai hati orang buat anak emak mcm ni.. Kenapa mesti anak emak dan bukan anak orang lain”. Waktu tu air mata aku langsung tak berhenti mengalir, kerana aku tau yg hati seorang ibu sangat terluka dek kerana manusia keparat itu. Ini baru sebuah kisah yg menyumbang pada masalah Trichotillomania aku.

Seterusnya, aku pernah dituduh oleh rakan satu dorm yg mengatakan bahawa aku menggunakan sihir ketika di dalam dorm. Akibat mulutnya, aku semakin dibenci oleh orang sekeliling. Dan orang yang sama juga berulang kali menyebarkan fitnah tentang aku kepada rakan yang lain,sehingga aku dimarahi oleh rakan yg lain kerana mereka berpendapat aku cuba mencari perhatian di sekolah itu. Hampir setiap hari dan petang, aku akan duduk di kaki lima bangunan asrama dan menangis kerana aku tak mampu untuk berbuat apa-apa. Aku juga sentiasa diganggu oleh makhluk halus kerana ustaz kata, aku seorang yg sentiasa bersendirian. Kalian rasa, adakah salah aku kerana bersendirian?

Aku juga pernah mengadu tentang masalah aku kepada guru kaunseling, kerana aku tidak dapat lagi menahan rasa sedih dan sakit, aku meluahkan segala yang terpendam. Aku lega… Lega sangat lepas aku cerita segala masalah aku pada kaunselor.. Tapi kalian tahu apa jadi, majoriti daripada guru kelas aku ketika itu memperolokkan aku dengan rahsia yg aku sampaikan pada kaunselor dlu. Rupanya, rahsia aku disebarkan oleh kaunselor… Klau kalian di tempat aku, apa yang kalian lakukan?

Disebabkan mereka-mereka ini lah hidup aku musnah dan aku terkena penyakit Trichotillomania ni. Mula-mula, aku memang tak nampak punca penyakit aku. Ketika itu, aku mula mencabut rambut. Setiap rambut yg aku cabut, semuanya memberi kan satu rasa kepuasan bila dicabut. Lama kelamaan, aku menyedari dan mula berasa takut kerana ianya seperti suatu habis yg memberi ketagihan. Bahkan, ada suatu masa yang aku langsung tidak menyedari, aku telah mencabut rambut dengan banyak. Dan sekarang ni, aku tak tau macam mana nak merawat penyakit ni… Aku sedar bila aku dalam keadaan stress, dia kan menjadi lebih kerap aku lakukan…

Kalian ada cadangan tak? Kalau ada mohon komen ya, terima kasih. Aku penat hidup dengan perasan rendah diri. Pada kalian yg menjadi penyumbang kepada derita aku yang sekarang, aku ucapkan berbanyak terima kasih, kerana kalian, berjaya mengukir suatu ruangan pahit yang tak mungkin dapat aku padam walaupun beribu kemaafan kalian pohon. Maafkan aku, terlalu sakit untuk aku padam.

– Tulip Ungu

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *