Assalamualaikum wbt. Aku Ana, berusia 30 an, mualaf (9 tahun lepas). Aku ni berasal dari broken family, sejak lahir memang tak mengenali siapa kah ayah kandung, bahkan setiap kali bertanya, ibu pasti akan mengamuk sehinggakan aku malas lagi untuk bertanya. Sehinggakan aku tidak pernah kisah, sama ada ayah itu ada atau tidak. Bahkan, aku membesar menjadi seorang yang sangat berdikari, outspoken, ego, tidak mahu mengalah memandangkan aku ni anak sulung. Pendek kata, apa yang aku tidak suka, aku memang akan cakap, dengan manner yang boleh buat orang sakit hati kalau jenis hati tisu. Hahaha..
Aku jenis keras kepala, aku akan dapatkan apa yang aku nak. Begitu lah, kehidupan aku dengan sang ibu, bukan seindah yang korang bayangkan. Ibu tiada masa untuk aku, kalau dia ada pun, aku sentiasa salah di matanya. Jadi, aku memang dah pasang niat, bila aku besar nanti, aku akan pergi jauh dari dia. Bukan aku tak sayang, tapi, aku takut dengan perangai panas baran aku ni, sesilap berparang pulak aku dengan ibu ku.
Kuasa Allah, pada usia aku 10-11 tahun, aku terjumpa satu slip yang tertulis nama ibu ku, serta nama lelaki yang tidak aku kenal, berserta dengan nama seseorang yang tarikh lahirnya sama dengan aku. Slip itu rupa rupanya adalah slip untuk mengambil sijil kelahiran. Dan disitu lah cerita nya bermula. Aku mula sangsi, siapakah aku? Islamkah aku? Siapa bapaku? Dan kenapa aku dikristiankan? Saban hari, pertanyaan itu sentiasa menghantui aku, sehingga, aku semakin tidak menjejakkan kaki ke gereja, aku tidak menyentuh arak, aku kurang memakan daging babi.
Pada usia aku cukup 21, aku mengucap 2 kalimah syahadah. Pada ibu, aku ceritakan aku menyintai lelaki muslim, sedangkan cerita sebenarnya yang tidak pernah aku ceritakan kepada sesiapa, aku ingin kembali kepada asal. Kerana aku yakin, asalnya aku ini Islam, bapa aku itu Islam, walau sebanyak mana pun ibu aku menafikan, aku tetap yakin. Walau sebanyak mana pun usaha ibu aku sehingga sanggup menukar nama aku, sehingga membiarkan aku berayahkan orang lain, aku tetap yakin, Islam itu darah asal aku.
Sehingga satu saat, selepas beberapa tahun aku Islam, aku terasa sangat rindu. Rindu pada seseorang yang aku tidak tahu siapa. Aku rindu pada sang ayah yang tidak pernah aku kenal, yang aku tidak tahu dimana untuk cari, kerana nama ku sudah lain, aku tida ada apa apa dokumen yang membuktikan bahawa jika aku mencari sang ayah nanti, aku tidak mampu memanggilnya ayah. Di situ, aku panjatkan doa, semoga Allah pertemukan dengan ayah kandung ku, biarlah aku sekadar kenal wajahnya saja. Kalau hidup, kalau sudah meninggal, biarlah aku temukan dengan batu nisannya.
Hujung tahun lepas, aku ternampak sepupu aku berjumpa balik dengan anak yang dia tinggalkan 29 tahun lepas, aku cemburu, kenapa Allah beri peluang pada mereka, tapi bukan aku? Lalu aku memulakan pencarian aku di media sosial, Allah itu menyayangi aku. Aku jumpa profile orangnya. Aku mesej, aku tanya soalan macam macam, dan sah, itu lah ayah yang aku cari, yang aku rindui, yang tidak mampu aku akui.
Alhamdullilah, sang ayah pula tidak pernah menafikan kewujudan aku. Bahkan selama ini, dia memang mencari aku, dia meminta maaf kerana meninggalkan aku dan ibu. Apa lagi yang aku ingin? Cukup, aku punya segalanya walaupun bukan kekayaan dunia. Aku punya kerjaya, aku punya suami yang baik, aku punya anak anak, aku punya sang ibu yang aku sanjungi, aku punya adik yang aku kasihi, dan aku jumpa sang ayah yang aku rindui. Aku boleh berdiri megah, aku bukan anak yang disingkirkan. Aku bukan anak buangan.
Bagi pasangan yang bercerai, atau ingin bercerai, pastikan pilihan itu betul, jangan jadikan anak menjadi mangsa. Sakit dia, hanya mereka yang melalui saja tahu. Untung bagi aku, kerana Allah itu memberi kesempatan untuk aku bertemu. Aku bersyukur, dan tidak minta lebih. Sekian sahaja dari aku. Assalamualaikum.
– Ana
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit