Assalamualaikum semua.. Firstly terima kasih untuk admin kerana menyiarkan confession saya ni. Sebenarnya kisah ini telah berlaku 5 tahun yang lalu. Cuma pada kali ini saya terfikir untuk bertanya pada kalian semua untuk mendapatkan pencerahan. Saya merupakan seorang pelajar semester 1 di dalam sebuah universiti awam di Perak. Ianya bermula seminggu selepas orientasi kolej.
Saya merupakan wakil kelas yang bertanggungjawab sekiranya pensyarah hendak menghubungi atau memberitahu apa-apa maklumat dan mempunyai seorang pembantu wakil kelas yang agak rapat.
Pada awalnya semua kelihatan baik-baik sahaja.. Ianya bermula apabila saya memasuki kelas pada satu hari di waktu pagi, saya terlihat teman saya (pembantu kelas) ni mula berkelakuan pelik ketika kelas sedang berlangsung.
Kebetulan pada masa tu, saya duduk selang 1 kerusi di belakangnya. Sepanjang kelas berlansung, saya tidak mendengar lecture yang disampaikan kerana saya hanya memerhati tindakan teman saya ini.
Saya perasan yang dia mula tidak memberi perhatian langsung ketika kuliah sedang berjalan dan mula melukis and menconteng ibarat dia di dalam dunianya sendiri. Dia juga cenderung untuk berjalan berseorangan dan perkara itu berlaku di dalam kelas lain juga. Itu merupakan simptom pertama yang saya sedar.
Kemudian, seperti biasa kadangkala kita mesej untuk menyampaikan maklumat, tetapi mesej yang dibalas mula tidak ada kaitan dengan topik yang ditanya. Itu membuatkan saya berasa pelik kenapa teman saya bersikap sebergini?. Selang beberapa hari selepas simptom pertama, teman saya ni mula menulis perkara-perkara yang pelik, tidak difahami seolah-olah dia menulis pelbagai perkara yang bermain di dalam fikirkannya dan ianya dipost hampir setiap minit di facebooknya.
Ketika kejadian ini berlaku, saya mendapat tahu yang dia mempunyai masalah keluarga yang mana ianya telah menyebabkan ayah dan ibunya bercerai. Disebabkan perilakunya yang pelik itu, kawan-kawan kelas mula bertanya apa sebenarnya yang terjadi? Kenapa dia sebergitu? Adakah ianya penyakit mental? Ataupun adakah dia gila?
Saya berasa simpati dan kasihan kerana dia dipulaukan akibat sikap peliknya itu. Disebabkan ramai yang memulaukan dia, sebagai teman rapat, saya mengambil inisiatif untuk mesej dia selalu kerana saya ingin tahu apakah yang menyebabkan dia menjadi bergini. Sepanjang 2 minggu saya mesej dia, jarang sekali soalan yang saya tanya akan dijawab serta merta. Kebiasaannya dia akan bercakap tentang perkara lain dan cenderung untuk tidak menjawab soalan yang diberi. Selepas itu kami terputus hubungan.
2 minggu selepas orientasi itu juga, teman saya ini quit dari ijazahnya setelah keluarganya mendapat tahu dia berkelakuan pelik. Kami berhubung semula selepas 7 bulan lost contact. Dia bercerita pada saya penyakitnya ini berlaku hampir sebulan lebih dan pelbagai kaedah perubatan dari cara islam hinggalah konvensional telah dilakukan.
Dia percaya yang ianya buatan orang. Namun saya kurang percaya ianya buatan orang. Perkara ini turut berlaku pada adik perempuannya. Dia bercerita apabila dia sembuh, dia langsung tidak mengetahui apa yang telah dilakukannya dan tidak mengingati langsung sikapnya yang pelik itu. Dia juga cenderung untuk melakukan perkara pelik sehinggakan perlu diperhatikan dan dipegang kuat untuk mengelakkan dari dirinya melakukan perkara2 merbahaya.
Kalian rasa ini penyakit apa?
– The Mystery Man
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit