Assalamualaikum semua. Sedikit pengenalan, aku seorang perempuan, berusia 25 tahun dan seorang penganggur. Ya, itu aku, penganggur di mata dan mulut orang yang mengatakan hidup aku hanya goyang kaki, makan dan tidur sahaja. Tapi siapa mereka yang sewenangnya menghukum aku hanya kerana aku penganggur ?
Acap kali, dengan usia sebegini aku di ajukan soalan ” kerja apa sekarang ” dan aku tak menipu dengan mengatakan aku hanya seorang yang tidak bekerja, masih belum rezeki mungkin tapi dengan mudah orang berkata-kata, tanpa mempeduli hati perasaan aku, hinakah aku kerana tidak mempunyai pekerjaan?
Aku juga punya cita-cita, punya impian dan keinginan tapi aku korbankan segalanya demi orang yang aku sayang. Aku pernah menyambung pelajaran selepas SPM dulu, dua tahun aku berjaya dapatkan sekeping sijil. Keinginan untuk terus belajar masih membuak-buak ketika itu, jadi aku mohon untuk mengambil diploma. Hari dimana keputusan permohonan diploma akan di ketahui, emak aku mengalami kecelakan dan mengalami kecerderaan yang membuatkan emak harus lakukan pembedahan dan tidak boleh berjalan untuk jangka masa yang lama.
Dalam satu hari aku terima satu berita baik dan buruk. Dengan sukacitanya aku berjaya dalam permohonan diploma aku tapi dalam masa yang sama emak lebih penting buat aku. Emak mahukan aku untuk pergi tapi hati aku lebih berat untuk meninggalkan emak dalam keadaan yang sebegitu rupa. Akhirnya pada hari yang sama aku putuskan untuk menolak tawaran diploma aku dan jaga emak. Ilmu bila-bila boleh aku cari tapi emak tak kan ada pengantinya. Lagi pula abah juga tak sihat mana untuk menjaga emak, sebagai anak, takkan aku tak boleh jaga emak sedangkan kecil -kecil emak yang jaga aku dulu.
Segala makan pakai mandi berak mak semua aku uruskan, mak tak boleh berjalan, hanya berkerusi roda sahaja kalau kemana-mana. Tapi berkat kesungguhan mak untuk sihat, berkat fisoterapi, mak dah boleh berjalan sedikit demi sedikit, dah boleh kedapur untuk masak dan sekarang mak dah boleh berlari dah,hehehe.. cuma jalannya tak sesempurna seperti dulu.
Bila emak dah kembali okey, aku ada mencari kerja. Macam-macam kerja aku cuba nasib tapi kebanyakannya tak di terima sebab tiada pengalaman. Ada yang kata akan hubungi tapi sampai kesudah senyap sunyi. Aku tak memilih. Aku juga pernah cuba jadi stokis jualan secara online, tapi balik- balik aku kena tipu, sehabuk duit pun aku tak dapat seperti yang dijanji. Tapi kadang-kadang Allah bagi aku rezeki dengan cara tolong orang, kadang-kadang aku tumpangkan orang sekampung aku untuk ke pekan atau ke klinik, aku tolong dengan ikhlas tapi ada yang beri aku duit. Aku juga selalu di takdirkan terjumpa duit, aku tahu Allah sedang menguji aku, duit tu selalunya aku sedekahkan dekat pakcik-pakcik jual tisu dekat pasar malam.
Setahun kebelakangan ni pula, aku di uji dengan abah aku keluar masuk wad. Abah kerap jadi penat sebab air penuh dalam perut. Tak kira waktu, kadang-kadang malam pon aku usung. abah ke hospital. Bila abah masuk hospital, aku tidor malam kadang tak lena, asyik terpikir abah dekat hospital. Pernah abah jadi macam nyanyuk lupa dia dekat mana, buat perangai macam budak-budak. Hati ni memang tak tenteram. Nak jugak dok dekat hospital tu tapi emak suruh balik. Yelah , dekat rumah kena fikirkan adik-adik(kucing) jugak, mesti nak di beri makan. Pagi-pagi sebelum subuh tu kalut rebuskan ikan, bagi adik-adik makan dulu sebelum pergi hospital. Macam tu lah rutin hari-hari kalau abah dekat hospital. Berulang alik.
Sekarang ni kebanyakkan kalau kemana aku yang akan pandu kereta, abah dah tak larat. Emak nak kemana pon aku bawa, ke pasar, ke kedai malahan ke langit pon aku sanggup. Hidup aku hanya untuk emak dan abah aku sahaja. Alahai, aku teringin sangat nak cakap dekat emak abah aku ” mak abah nak apa, ambil la, adik bayar”. InsyaaAllah, mungkin satu hari nanti.
Jadi kenapa orang suka kata penganggur ni tak berguna? Kenapa hina sangat sangat jadi orang tak bekerja? Hey makcik-pakcik-kakak-abang bawang sekalian, tak semua yang tanam anggur tu jenis goyang kaki, makan, tidur lena je.. Tak bekerja tak semestinya sampah. Yang sampah tu bila hakimi orang sebelum kenal orang tu sebetulnya.
– Aya
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit