7 Tips Memilih Calon Pasangan “Edisi Pengurusan Kewangan”

1) Perkara paling penting ialah agama. Kalau solat lima waktu si dia tunggang langgang, siap sedia lah anda nak bersilat setiap hari selepas kahwin.

2) Carilah pasangan yang bukan kaki hutang. Kalau si dia suka berhutang sebelum kahwin, risau anda je yang bakal jadi mangsa bayar hutang si dia.

3) Carilah pasangan yang tidak menghabiskan masa 24 jam di kedai mamak. Risau nanti si dia menghabiskan duit untuk belanja kawan-kawan mereka tiap hari di mamak.

4) Carilah pasangan yang tidak gila kereta. Risau nanti si dia sanggup habiskan duit untuk beli kereta mahal. Nanti anda sampai ke tua masih belum mempunyai rumah.

5) Carilah pasangan yang tahu “nilai duit” dan hidup di dalam keadaan susah. Nanti bila anda tersepit, si dia akan mampu bertahan dan berfikir secara waras di dalam menyelesaikan masalah.

6) Carilah pasangan yang mempunyai rekod kewangan yang sihat. Kalau rekod agamanya baik, tetapi rekod kewangannya teruk, tak jadi juga. Duit bukan segalanya, tetapi segalanya perlukan duit.

7) Carilah pasangan yang tidak menghabiskan duit kepada perempuan.Risau nanti selepas kahwin si dia akan menghabiskan duit untuk mencari isteri kedua, ketiga, dan keempat. Haha.

“Jangan tersilap memilih pasangan, sebelum memilih pastikan diri kita baik dahulu. Jodoh kita adalah cerminan diri kita. ”

Silakan share untuk manfaat bersama.

– Aidil Nor Adha

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *