Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Sedikit pengenalan tentang diri ini, aku Nur (bukan nama sebenar) berusia 23 tahun dan merupakan fresh graduate pada tahun 2018. Aku bercita-cita ingin mencari pekerjaan di Singapura, ya Singapura kerana semua tahu apabila duit Singapura di tukar kepada Malaysia sudah cukup lumayan walaupun cuma cleaner.
Jujur, aku memang nak kumpul duit yang banyak dengan cepat untuk tunaikan permintaan mama untuk memiliki sebuah kereta Hilux utk memudahkan dia berniaga kerana perlu mengangkat barang yang banyak. Mama memang sangat suka berniaga dari sebelum aku lahir lagi.
Sering kali mama utarakan impian itu tetapi cuma sekadar mimpi ketika ini (sedihnya sebagai seorang anak Allah yg Maha Mengetahui). Bagi kami yang berasal dari keluarga miskin bukan sesuatu yang mudah memiliki impian utk memiliki sebuah kereta mewah begitu. Terkadang air mata ini jatuh membasahi pipi, sedih melihat mama yang semakin tua (50 an), badannya terkadang lemah dan sakit kerana kepenatan tapi kerana minat yg mendalam dalam berniaga mama tidak peduli semua itu.
Setiap kali lepas solat, aku selalu berdoa supaya dapat kerja di Singapura agar dapat belikan kereta idaman mama dengan segera. Aku takut sangat tidak sempat tunaikan hasrat itu, sama ada Allah menjemputku dulu atau mama. Seringkali airmata ini jatuh memikirkan hasrat dan impian mama. Setiap kali solat, aku selalu minta perkara yang sama. Dalam tahajjud aku juga mendoakan perkara yang sama.
Terkadang aku stress dan seperti depression kerana belum mendapat pekerjaan. Aku bukan ingin mengejar gaji yang tinggi di Singapura tapi aku cuma ingin mengumpul duit dengan cepat agar impian mama tercapai tahun ini. Cukuplah gaji itu nanti mampu untuk aku bayar bulanan kereta tersebut, makan pakai aku tolak tepi demi impian mama.
Tolong doakan agar aku mendapat pekerjaan di Singapura untuk realisasikan impian mama sebelum Allah menjemput salah satu dari kami. Ada tak sesiapa yang berpengalaman kerja di Singapura agar dapat berkongsi tips untuk mudah dapar kerja di sana. Banyak juga web-web kerja di Singapura telah dilihat seperti fastjobs dan Indeed, cuma terkadang aku takut itu hanya penipuan dan berlaku penderaan apabila kerja di sana nanti.
– Nur
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit