Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak share sikit, cara pengurusan kewangan aku dan suami. Aku dan suami adalah kakitangan swasta tergolong dalam kelompok M40, berpendapatan RM 3,000.00 seorang setelah deduction untuk KWSP dan Socso dapat lebih kurang RM2620 x 2 = RM 5420, kami telah berkahwin hampir 8 tahun dengan kehadiran 2 cahaya mata.
Seawal kami berkahwin, aku dengan suami dah berbincang tentang cara pengagihan kewangan. Selalunya suami akan serahkan tugas kewangan kepada aku. Berikut adalah cara yang aku dan suami buat :
Gaji Suami :
– Kereta Alza = RM 694
– Motor = RM 170
– Barang Dapur / Rumah = RM 550
– Hibah = RM 55
– Line HP (Husband & Wife) = RM 90
– Personal Loan = RM 250
*Ambil untuk pembelian rumah, ada baki lagi 4 tahun untuk habis bayar.
– Minyak & Expense Sebulan = RM 400
– Tabung HJ (Husband & Wife) = RM200
*Kami target untuk pergi umrah lagi 4 tahun.
– Balance Gaji Suami = RM 211
Isteri :
– Keperluan Anak2 = RM950
*Include simpanan pendidikan, susu, pampers & taska.
– Rumah = RM 450
*Rumah sendiri flat, include maintenance.
– Api = RM 50
– Parents= RM 250
*Sebelah side sahaja sebab suami anak yatim piatu.
– Simpanan Tetap = RM 500
*Untuk roadtax, insurans rumah, service kereta, preparation hari raya, emergency & expenses anak untuk sekolah dan lain-lain.
– Minyak Kereta = RM 200
– Balance Gaji Isteri = RM 220
• Kalau di campurkan, balance kami suami isteri = RM 431
Alhamdulilah dengan lebihan RM 400 kami selalunya spend untuk bawak anak jalan-jalan @ bercuti, makan kat luar sebulan sekali. Tempat jalan-jalan pun kami akan pilih kawasan yang free.. haha, contohnya pantai, air terjun, theme park yang murah2. Asalkan anak-anak happy. Kalau pergi jalan-jalan selalunya aku akan masak untuk jimatkan perbelanjaan. Booking hotel pun kami akan cari yang paling murah incl breakfast & pool, hahaha. Kadang-kadang orang cakap kami kedekut, tapi aku peduli apa… haha. PTPTN kami husband & wife tolak dari caruman KWSP, in Shaa Allah tahun depan dah habis bayar.
Bab perancangan anak, kami husband & wife memang teringin nak tambah anak, tapi dengan pertambahan anak akan meningkatkan kos RM 650, sebulan (450 taska & 200 susu pampers). Memang anak adalah sumber rezeki, tapi sebagai parents kami tahu tahap kemampuan yang kami ada. Lagi-lagi cabaran untuk besarkan anak zaman sekarang.. Kami ada banyak impian lain nak duduk rumah landed tapi kalau dekat kl ni mana nak cari rumah landed, nak beli kondo pun sebulan average RM1200-RM1400 sebulan. Kemampuan kami pun belum sampai tahap tu.
Apa-apa pun aku bersyukur sangat dengan susunan kehidupan aku, sebab aku tahu dekat luar sana lagi ramai keluarga yang lebih susah dari aku. Sekian, Assalamualaikum.
– Ameena
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit