Assalamualaikum w.b.t.
Saya tak ada nak confess apa pun. Cuma ingin bertanya pendapat & cadangan. Sebelum tu saya minta maaf terlebih dahulu kalau penceritaan saya ni tidak tersusun. Keadaan semasa saya yang tengah pening ni memyumbang kepada penceritaan yang kurang memuaskan. Hehe. Ada tak sesiapa dikalangan pembaca IIUM Confession ni yang pernah berdepan dengan Vertigo?
Based on Google, “vertigo is a sensation of whirling and loss of balance, associated particularly with looking down from a great height, or caused by disease affecting the inner ear or the vestibular nerve; giddiness.”
Bahasa senang nak faham adalah pening, pusing, hilang keseimbangan, mual-mual. Salah seorang doktor yang pernah merawat saya 2 tahun lepas, dia cakap penyakit tu adalah vertigo, akibat dari ketidakseimbangan cecair dalam telinga kiri dan kanan. Kalau mengiring ke kiri buat kita pening, means cecair dalam telinga kiri lagi kurang berbanding kanan.
Saya cerita kronologi dulu ya. Setakat ni dah empat kali saya berhadapan dengan vertigo. Pertama kali kalau tidak silap, semasa tahun 2008/2009. Keadaan sama seperti di atas. Saya demam panas. Pening, dunia seakan akan berputar dengan laju, bila nak bangun berdiri, langsung tak boleh. Nak berjalan terhuyung hayang. Hilang keseimbangan sampaikan orang kena pimpin/mandikan. Masa tu sekadar makan ubat demam, dua hari pening tu hilang.
Kali kedua masa tahun 2012. Masa tu demam juga. Pada mulanya demam biasa. Langsung tiada pening. Setakat selsema dan batuk. Tengahari tu saya masuk toilet, nak mandi. Tiba-tiba, saya tak boleh berdiri sebab rasa dunia ni berpusing dengan laju. Terus rasa meloya tapi tak muntah. Abang bawa ke kecemasan, dan dapat satu suntikan. Masa tu doktor cakap mungkin sebab demam panas, dan angin dalam badan. Sebab tu pening. Keesokannya, pening tu hilang.
Kali ketiga kena, dua tahun lepas. Masa ni saya sihat. Tak demam. Tengah lunch dengan colleague. Masa nak cuci tangan, tiba-tiba pening tu datang. Sinki tu nampak berpusing dengan laju. Nasib sempat berpaut dekat sinki tu. Dan terus panggil colleague. Dia hantar saya balik. Saya rasa mungkin disebabkan tak cukup tidur. Tapi bila baring, langsung tak boleh tidur. Pejam mata ke buka mata ke, berpusing pusing dunia ni. Malam tu ke klinik. Doktor cakap pening semua tu disebabkan vertigo. Katanya tak ada cure cuma boleh makan ubat untuk kurangkan. Dan saya lupa nama ubat tu due to dah lama.
Kali keempat 6 hari lepas. Selepas suami saya pergi kerja pukul 6.30 pagi, kebiasaanya saya akan minum susu HL dan kemudian sambung tidur sejam dua. Saya surirumah dan hanya ada bisnes online kecil. Selepas saya minum susu tu, terus saya masuk bilik air. Ngam keluar dari bilik air, terus pening dan pusing tu datang menyerang. Dengan tiba-tiba. Saya merangkak naik ke katil, dan cuba lelapkan mata namun tak berhasil. Pening semakin teruk. Saya call suami sekadar untuk menceritakan keadaan saya. Suami terus patah balik, katanya ambil EL, dan nak bawa saya ke klinik. Apabila dia sampai, saya cuba bangun untuk bersiap.
Akan tetapi tiba-tiba saya meloya, dan terus muntah. 3 kali muntah, dan terus ke klinik. Semasa tunggu giliran, saya muntah lagi. Langsung tak boleh bersandar di dinding sebelah kiri, dan tak boleh tunduk. Bila jumpa doktor, saya ceritakan keadaan namun saya lupa mention vertigo. Saya cuma ceritakan simptom sahaja. Perkataan vertigo tu langsung luput dari ingatan. Kebetulan dua hari sebelum, saya cirit birit. Jadi doktor mengandaikan bahawa saya gastrik sahaja. Masa saya cakap dekat doktor tu pasal simptom vertigo, dia acuh tak acuh je dengar then bagi ubat pening, gastrik, angin, dan air garam.
Namun, sekarang dah masuk hari ke enam dan pening pusing tu masih tak hilang. Saya langsung tak boleh buat kerja rumah disebabkan tak boleh berdiri lama. Suami ada ke farmasi untuk mencari solution lain. One of the staff suggest ubat Betaserc, katanya dia pun ada vertigo dan ubat tu sesuai dengan dia. Tapi tidak ada apa-apa perubahan pada diri saya selepas 3 hari consume.
Saya ada google tentang vertigo ni. Most of the article cakap tak ada cure selain suggestion untuk kurangkan, seperti fisio dan jaga pemakanan. Kalau esok masih tak okay, saya akan ke klinik/hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. But still saya nak tanya andai kata ada antara kalian yang pernah alami benda ni dan do you have any solution to overcome this?
Terima kasih. Assalamualaikum w.b.t.
– Nur Ain
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit