Assalamualaikum semua. Saya S, some may have read my confessions her previously.
Part I, (https://iiumc.com/kisah-klcc/).
Part II, (https://iiumc.com/kisah-klcc-ii/).
Today saya nak share expectations on being a doctor. Rasanya ini buat ibu dan ayah yang memasang niat nak tengok anak jadi doctors atau students yang ada cita cita to be one. Please note, pengalaman saya baru 3 tahun bekerja dan saya adalah lulusan luar negara, hence mungkin pengalaman doctors seniors atau lulusan tempatan mungkin berlainan.
1. Circle of friends
Ketahuilah ur circle of friends adalah sangat penting. Jika semua berebut rebut nak dapat good grades selalunya anak anak akan ikut sekali. Sekali bersemangat with kawan kawan rapat. To parents, get to know your child’s close friends. Circle of friends juga penting waktu houseman. They are ur support system.
2. Interest
Buat parents yang Inginkan anak mereka menjadi seorang Doctor. Jagan la paksa jika anak tidak minat. Percaya la , passion is needed in this profession. I’ve seen a lot of uni drop outs and even houseman drop outs because they succumb to the pressure and stress. In the end hanya minat ja yang akan hold that doctor to teruskan journey dia. Bukan status, bukan duit. So tips to parents ; jangan paksa.
3. Be supportive
Be very supportive! perjalanan mana mana student uni bukan mudah. Dengan assignments and exams . Parents jgn pressure pulak. Be a parent and a friend. Support them and dua for them. Kalau anak tengah down flunk exam jgn la cakap ‘Napa tak study? Nanti kena repeat’ cakap la ‘takpa, kakak try lagi, ibu doakan kejayaan kakak’.
4. Applying to unis
Jika score mmg hebat adalah rezeki nak masuk local uni. If takda rezeki mcm saya, banyak actually uni private yang offer medical degrees. My only advice ; make sure uni itu Di ikhtiraf oleh kementerian. Boleh check di website mereka.
Local grads mmg akan ada banyak advantage sebab mereka membuat clinical years di hospital kerajaan. Oversea grad pulak selalunya akan rasa mcm ayam yang di baling dalam kandang kambing, haha. Tetapi don’t fret ! U are nothing less too. Semuanya bergantung kepada individu. I was a Russian grad and I became leader in 4 of my postings. Kira adalah kan wibawa sikit, hehe.
5. Alam pekerjaan (housemanship)
Banyak mesti dah baca tentang bertapa susahnya hidup seorang houseman. Saya antara avid believer yang housemanship sepatutnya susah. Kalau sekarang saya di bayar sejuta untuk repeat housemanship, hmmm no, simpanlah sejuta tu, haha. Memang perit. Tak nak repeat! Housemanship is a training ground of a doctor. 2 years long. Itu pun if pass semua exams posting. U will have to finish 6 posting in total :
Every posting = 4 months
End of posting = exam
If fail exam = tambah 2 bulan and repeat exam
Departments are :
Orthopaedic, Surgical, Medical, Obstetrics and gynaecology, Paediatrics, Emergency/ anaesthesia/ psychiatry/ primary health.
2 tahun ini akan rasa mcm vicious cycle. Masuk department baru, tak tahu apa apa, learn learn learn , master it and be comfortable then u akan enter new department and the cycle continues. As u become more senior, ur life will be better. U akan ada banyak episodes in ur life yang u akan datang kerja jam 5am balik jam 11pm then sambung balik esoknya as usual. I pernah kerja 3 bulan straight with no off. Memang sedap rasanya.
Hidup mmg zombie like tapi I’m not complaining . I still feel it is essential untuk membentuk seorang Doctor yang kental. Kalau boleh buat housemanship dkt dengan parents buatla. At least ada tempat mengadu dekat. Ada org tolong masak. Tolong basuhkan baju . Bukannya malas tapi mmg tak larat sometimes!
I did mine 8 hours drive from home. Haha Mmg tunggang terbalik hidup. Saya pernah tertidur with half a burger next to me. Saya bangun and nampak fillet o fish sebelah saya atas bantal. Adui! Saya selalu tertidur atas lantai dengan baju kerja. Bangun bangun dah jam 5 am, ya Allah, dengan tudung lagi! Nangis tu jgn ckp la. Di tandas tersedu sedu, now ingat balik pun rasa kesian dgn diri sendiri. Tapi sebab pengalaman tu la, I am what I am today.
6. Posting expectations
Please don’t be a Doctor sebab u rasa the title is nice atau u akan dapat banyak duit. Bila u become a doctor, u are not yours anymore. U are own by the people. Habis housemanship u will be posted somewhere u pun tak tahu. Bandar ka, Kampung ka, Semenanjung ka, Sabah ka, Sarawak ka. U won’t know! So pls expect this. Jangan nanti nangis kena post pergi jauh jauh pulak. This is a package. Bila u decide to be a doctor, this is expected.
Seperti mana juga kejaya yang lain. Semua ada pros and cons dia. Bila u jadi mo u akan Di beri pilihan, Hospital atau primary care. It’s 2 different worlds that complete each other. Ini bergantung kepada minat masing masing. 2 tahun houseman u akan dpt idea apa ur interest is.
Point is , there’s very little chance u will be able to go through being a medical student and a houseman if u are not interested with medicine . If u do not have passion and resilient it’s very very difficult. Training is meant to be challenging sometimes it feels like a war. Although I don’t support bullying , I’ve also been a victim of it.
Bersabar la, bertabah la dan berdoa. Selalunya org rasa I want to be a doctor sebab I nak treat people. Percayala u akan terkejut, being a Doctor lebih daripada itu, skopnya sangat luas. U rasa mcm Padang pasir yang luas terbentang, banyak u boleh lakukan.
I didn’t want to do medicine tapi I did sebab ayah suruh. Alhamdulillah for me I developed the interest at school. Tapi itu risiko yang besar yang ayah ambil. Doctors tak gah pun. Manusia biasa Sahaja. Putus cinta juga, buat silap juga, kena saman juga.
Perjalanan hidup kita sudah ditetapkan tapi kita kena usaha juga and banyak berdoa semua di permudahkan. Adik adik medical student ready la untuk tunggu 10 bulan keatas sebelum dapat kerja. Jangan mengeluh, ini baru cabaran pertama. Banyak lagi yang mendatang.
Bila sudah berjaya habis housemanship. Jadilah seorang doctor yang baik. Betul kan la niat selalu, berbuat baiklah. Berbuat adillah kepada pesakit . Berdoalah perjalanan kerjaya di permudahkan. Patients shouldn’t thank us, we should give thanks to our patients cause from them we get pahala and lessons.
Rezeki itu luas. Good luck! Ibu dan ayah please ingat, jangan paksa anak anak. Bila they choose to be a doctor, they are choosing the difficult pathway. Be ready to support! But this goes to all profession too! Maaf jika ada tersilap kata, hanya sharing from me, yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk ini dari kekhilafan saya sendiri.
– S
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit