Mat Nga (Pelupa)

Assalamualaikum semua. Aku seorang lelaki. Daripada kecil lagi ahli keluarga aku panggil aku ‘mat nga’. ‘Mat nga’ ni dalam bahasa Terengganu bermaksud pelupa. Dari sekecil perkara hingga sebesar perkara. Lupa tutup lampu kereta adalah perkara biasa. Baru tadi tertukar selipar dengan ayah di masjid. Ayah naik motosikal. Aku naik kereta. (saya tidak dengar kuliah hari itu). Sampai di rumah, ayah bising sebab balik kaki ayam. Yang ini cerita kecil . Yang nak diceritakan adalah cerita yang besar. Berlaku enam tahun lalu.

Ditakdirkan aku dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang perubatan. Untuk semua pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara dan ditaja kerajaan, pihak penaja menyediakan duit persediaan sebanyak rm19,600 dalam bentuk ‘traveler’s cheque’ or TC. TC mempunyai nama pemiliknya. Hanya pemiliknya boleh keluarkan duit. Acara penerimaan cheque tu diadakan di Putrajaya tiga hari sebelum tarikh penerbangan.

Selepas bincang dengan keluarga, aku membuat keputusan untuk pergi ke KL berseorangan terlebih dahulu dan menginap di rumah abang. Pihak penaja bagi cheque sekali dengan backpack. Jadi aku letaklah segala benda Allah yang berkaitan dengan duit dalam beg tu. Dalam acara tu juga, pihak penaja bagi wang tunai dalam US dollar. Selepas tukar duit Ringgit yang keluarga bagi, 2000usd tunai dapat dikumpulkan. Jumlah terkumpul wang tunai dan traveller’s cheque berjumlah hampir RM28k.

Lepas dua malam menginap di rumah abang, aku menginap pula di rumah mak saudara dan ahli keluarga dari Terengganu akan sama menginap di rumah mak saudara. Flight ke negara yang dituju adalah pada pukul 7 malam. Seperti biasa, pertama kali mengemas beg bagasi saiz yang paling besar, kelam kabut. Dengan kicap, ikan bilis, belacan. Semua bawa. Adapter pun bawa. Sebab electric plug negara yang dituju lain. Nasib baik mak tolong. Hari penerbangan. Pukul 10 pagi. Aku dan mak siap kemas barang. Tiba-tina, aku rasa tak kena. Mana pergi beg yang ade duit tu. Aku cuak. Terus aku telefon abang aku. Minta tolong periksa di rumahnya. Tiada.

Pukul 3 petang. (Penerbangan pukul 7 petang). Aku sudah berada di lapangan terbang KLIA. Satu sen duit pun tiada dalam tangan aku. Tiba-tiba dapat panggilan daripada abang. Dia di balai polis. Balai polis berdekatan dengan rumahnya. Katanya, beg tu berada di balai polis. How come?? Rupa-rupanya jiran sebelah rumah abang aku yang hantarkan beg itu ke balai polis. Jiran abang aku terjumpa beg itu depan rumah abang aku. Aku tertinggal beg tu mase punggah beg-beg nak ke rumah mak saudara. BODOHNYE AKU!!

Pukul 4 petang. Beg itu masih di balai polis. Polis yang bertanggungjawab atas kes aku sedang bercuti. Pegawai di balai polis itu cuba menghubungi polis yang bertanggungjawab sedaya upaya sejak sejam yang lalu. Tetapi tiada panggilan balas. Pukul 4.15 petang. Balai polis itu minta my “ID verification”. Macam manalah aku boleh ada di balai polis itu sedangkan flight aku kurang 3 jam lagi. Nasib baiklah KLIA ada balai polis. Abang polis kat KLIA tolong fakskan salinan IC ke balai polis tu.

Pukul 5.15 petang. Kurang dua jam sebelum penerbangan. Masa ini aku dah “check in” luggage. Cuak tak cuak, setiap 5 minit text abang. Jalan sesak. Jalan sesak. Tiba-tiba satu ketukan di kepala dengan buku lima dari belakang. Sakit yang amat. Abang aku bersama-sama beg itu. ALHAMDULILLAH. Syukur sangat2. Semua duit selamat. Bukan main marah abang aku. Mak aku sahaja yang selamba.

That exact moment, aku terpaksa turun escalator. Escalator KLIA yang memisahkan penumpang flight dengan pelawat. Titik akhir untuk ucap selamat tinggal. Dari tadi tak terfikir langsung untuk jadi emotional. Tiba-tiba pipi sudah basah. Automatically terpeluk mak. Maka selamatlah aku dan duit aku. Tamat.

GRADUATED…

– Mat Nga

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *