Assalamualaikum wbt. Pertama sekali, terima kasih kepada admin jika cerita ini disiarkan. Izinkan aku kongsi cerita yang tak seberapa ini. Sebelum aku kongsi cerita yang bakal aku kongsikan ini, aku minta maaf kalau pendirian dan pandangan aku tak sama dengan sesiapa yang membaca.
Aku baru graduate tahun lepas, 2018 dan tak sampai 2 bulan habis belajar aku dah dapat kerja pertamaku. Rasa bersyukur sangat2 sebab Allah permudahkan aku untuk dapat kerja kira awal juga bagi ‘fresh graduate’. Sebagai fresh graduate yang eager nak kerja dan aim nak tolong keluarga aku, aku tak letak expectation lebih dan tak memilih kerja langsung walaupun kerja tu bukan bidang yang aku belajar. Aim aku cuma untuk tambah knowledge dan experience. So, aku terima tawaran sebagai Engineer di sebuah syarikat yang tengah membangun. Staff situ tak sampai 200 orang but we handle a lot of big project that cost millionssssss USD.
Dipendekkan cerita, jawatan aku ni ada kaitan dengan business & development. Dalam department aku tak ramai pun staff, termasuk aku tak sampai lima orang. Tapi projek yang kitorang terima tersangat banyak dan semua ada deadline yang dekat2. Jadi sebagai pekerja baru yang perlu belajar benda yang baru, aku terima semua tu sebagai cabaran untuk aku lebih berpengetahuan dalam karier aku. Alhamdulillah tak sampai sebulan aku kerja, aku mula suka dengan jobscope aku. Tambahan pula, colleague aku semua baik, environment kerja bersih, selesa & mencukupi lagi2 aku kerja dalam ofis je so takde kena pergi site ke, duduk bawah panas ke.
So, luaran memang totally okay, Alhamdulillah rezeki kan. Tetapi, disebabkan kerja terlalu banyak, setiap hari kitorang akan balik lewat. Normal working hours kitorang 8 hingga 5.30 tapi kitorang hari2 balik lewat, pukul 11 malam ke 12 pagi everyday. Ibarat kerja 10 orang tapi yang buat nya 3 orang. Kadang-kadang waktu public holiday, sabtu ahad atau on leave pun kena kerja dari rumah atas arahan bos nak itu bos nak ini. Jadi aku sebagai pekerja yang agak baru masa tu, aku ikut je sebab bagi aku ni semua pengalaman. Lagi banyak aku kerja lagi banyak knowledge aku dapat. Itu lah philosophy aku masa tu sampai waktu ‘quality time’ dengan family aku terabai.
Setelah beberapa bulan aku kerja, I was mentally and physically tired dah masa tu sebab hari2 balik malam2 buta sampai takde quality time dengan diri sendiri & family, I totally lost my work life balance. Bukan aku tak boleh tunggu kerja tu esok pagi, tapi kerja ktorang masa tu semua kena siap on time & kadang2 sebab bos nak haritu jugak. Masa tu ada lah terfikir nak resign tapi macam teragak2 lagi sebab aku rasa aku tak ada reason yang solid untuk diri aku resign.
Sampai ada satu masa, perbualan antara bos dan bos aku tentang ‘nak suap client’ terjadi dekat depan mata aku. Tapi masa tu aku cuba husnuzon, malas nak amek port. Tapi perbualan tu keep happen depan aku masa kitorang meeting untuk menang projek yang aku handle masa tu. Masa tu aku dah start tak selesa, yelah sebagai Islam kita semua tahu benda tu haram. Hari2 benda tu terngiang2 dekat telinga dan tak lekang langsung dari fikiran aku. Drive pergi balik kerja pun terfikir, solat pun terfikir. Rasa serba salah sebab halal ke kerja aku sekarang sebab aku dah tahu. Tapi aku tetap teruskan kerja aku masa tu macam biasa.
Beberapa minggu kemudian setelah aku bergelumung rasa serba salah yang teramat banyak dekat diri aku, aku decide nak tanya ustaz apa hukum kita sebagai pekerja tahu bos kita cheated on business dan kita kerja untuknya? Dan ustaz tu jawab: ‘Yang haram itu jelas. Yang halal itu jelas. Jikalau kamu dah tahu kamu berada dalam keadaan yang jelas keharamannya. Maka adalah perlu untuk kamu keluar dari ia. Saya cadangkan, niat utk keluar, kumpul gaji, sambil cari kerja baru & kemudian berhenti’
Tersentak weh aku baca masa tu. Rasa nak nanges, rasa berdosa semua ada even bukan aku yang buat, tapi sebab aku tahu dan perbualan tu jadi depan aku. Masa tu baru aku macam tersedar ‘this is it. Allah dah bagi jawapan’. Disebabkan masa tu tak tahan sangat dah hari2 kerja menggunung everest yang kena balik lambat and the best part is no overtime allowance at all bercampur perasaan serba salah dengan benda haram tu, so aku decide untuk resign. Tapi masa tu aku takde backup kerja lain. Aku betul2 berserah dekat Allah masa tu, aku niatkan ya Allah aku berhenti demiMu dan aku berserah atas rezeki yang datang selepas ini. Sebab aku faham credibility aku akan dipersoalkan dengan majikan lain yang interview aku nanti kenapa tak sampai setahun aku dah berhenti. Dan aku tahu mungkin orang lain tak bersetuju dengan apa aku buat, tapi masa tu aku betul2 rasa serba salah dekat Allah dan aku tak boleh dah nak teruskan.
Selepas dua minggu aku resign, every week rezeki interview tu ada. Tapi tak pernah lekat sebab banyak majikan persoalkan experience dan credibility aku, kerja tak sampai setahun dah resign. I almost give up masa tu sebab hari2 aku doa nak dapat kerja, tapi tak dapat2. Until one day, Alhamdulillah Allah jentik hati aku untuk perbaiki lagi hubungan aku dengan Dia. Aku perbaiki ibadah, perbanyakkan ibadah dan amalan aku, baca Alquran setiap hari dan aku tukar cara aku berdoa. Sebelum ni aku doa macam ‘aku nak jugak kerja ni, nak jugak. Murahkan rezeki aku’, so aku tukar cara doa ‘berikan kerja yang terbaik untuk aku. Sesungguhnya aku berserah padaMu’. Dan cukup 2 bulan aku menganggur, aku dapat kerja baru yang lebih lebih baik dari kerja aku sebelum ni.
It was a really tough decision for me to leave a job that I love, tapi disebabkan sebab2 tertentu yang mungkin Allah tak berkati, I need to leave. Bagi aku, aku takkan rasa manisnya gaji tu kalau aku sendiri tak confident berkat ke gaji tu. Jadi, apa yang aku cuba nak sampaikan ialah percaya rezeki Allah tu sangat luas. Bila Allah dah jentikkan hati kita untuk berhenti melakukan sesuatu yang jelas haramnya, berhenti lah sebab itu tanda Allah masih sayang kita, Dia jentikkan hati kita. Aku anggap ini semua ujian, pengajaran dan hikmah yang Allah nak bagi pada aku. Kalau benda ni tak jadi, bila lagi aku nak perbaiki hubungan dengan Allah kan dengan busy tak sudah? Sentiasa bersangka baik dengan ujian Allah and trust on Him, maka Allah bagi yang lebih baik.
Aku harap cerita ni dapat motivate seseorang untuk bersangka baik dengan ujian Allah dan jadi hamba yang lebih baik disisiNya. Dan pada fresh graduate yang masih mencari kerja, sentiasa doa pada Allah, perbaiki hubungan dengan Allah, bila interview utk satu jawatan tu korang study balik apa yang korang dah belajar yang related dgn job scope tu, perbaiki communication skills and sentiasa practise nak jawab interview mcm mana. Goodluck! Itu sahaja dari aku, wassalam.
– Anonymous
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit