Berhenti Berharap

Assalamualaikum semua. Aku jenab berumur lebih 20 tahun. Dalam hidup setiap orang mesti tak lari dari kisah cinta nak nak umur yang makin meningkat dan serius dalam hubungan tetapi sebaliknya. Apa yang kita berharap dan merancang tak semestinya akan tertunai. Sesungguhnya hanya Dia yang Maha Mengetahuinya.

Aku baru 3 bulan putus cinta dengan tunang orang. Mula mula kenal,dia adalah orang atasan aku. Aku pun tahu status dia dari awal lagi. Pada awalnya hanya sekadar kawan dan menghormati dia sebagai bos tetapi lama kelamaan aku mula jatuh hati. Dia sanggup buat apa saja untuk aku,tinggalkan kerja dia untuk menolong aku,berhabiskan duit untuk aku,bila aku sakit dia orang pertama terpacak depan rumah aku. Cakap apa saja semua benda dia akan buat sampai kerana budi aku jatuh cinta.

Kami hanyut dalam dunia kami sendiri bagai dalam dunia ni hanya ada aku dan dia sahaja  (jangan fikir bukan2 ya) sampailah prestasi kerja dia menurun dan selalu dimarahi orang atasan kerana hilang dari radar tempat kerja. Kemana lagi kalau tak hilang ke tempat kerja aku dan akhirnya dia berhenti kerana tak tahan tapi kami masih bersama. Sepanjang dia menganggur dia tak pernah berubah malah sentiasa ada untuk aku sampaikan hasrat dia untuk meminjm dengan along kerana hutang kereta yang tertunggak lalu aku offerkan diri untuk bagi dia pinjam duit. Apalah sangat banding duit yang dia habiskan untuk aku.

Setelah beberapa bulan dia menganggur,akhirnya dia dapat kerja baru dan dia tarik aku masuk ke company itu. Mula mula aku takut tapi akhirnya aku setuju. Aku hantar notis sebulan ketempat kerja lama aku. Beberapa minggu lepas itu,dia senyap untuk beberapa hari. Dan akhirnya aku dapat tahu dia memilih tunang dan keluarga dia berbanding aku. Dia cakap dia sayangkan tunang dia dan keluarga dia dan tak sanggup kehilangan mereka. Allah saja yang tahu perasaan aku sewaktu itu. Berhari hari keminggu aku menangis merayu padanya sehingga aku tak lalu untuk menguruskan diri. Jawapan yang diberi pada aku “saya sayang tunang dan keluarga saya”.

Disebabkan aku dah hantar notis berhenti jadi aku terpaksa masuk company yang sama dengan dia. Aku masih berharap belas ehsan darinya,aku merayu bagai tiada maruah kerana sayangnya aku pada dia. Bekerja satu bumbung ibarat membunuh diri sendiri. Aku bagaikan orang gila,siang gelak macam tiada apa apa yang berlaku,bila malam menangis kerana tak mampu nak bendung rasa dihati. Betullah orang cakap, orang paling banyak ketawa tu sebenarnya orang paling sedih. Sehinggakan aku persoalkan pada seseorang kenapa Allah uji aku sebegini? Senang saja jawapannya, ‘sewaktu kau dan dia,aku tengok kau dah tak jaga solat,balik 2/3 pagi,balik kampung jarang. Allah hadirkan ujian untuk bagi kau sedar tapi semudah itu kau mengeluh. Semakin berat ujian semakin Allah nak bersihkan.’ Terkesan dihati aku.

Selama itu aku muhasabahkan diri aku,aku ingat balik selama dengan dia banyak buruk atau baik yang aku dapat. Sejak itu aku menjauhkan diri dari dia. Aku cuba meminta hutang aku tapi aku dimakinya balik. Katanya aku tak kenang jasa dia selama dia bantu aku,jadi aku dengan seikhlasnya untuk menghalalkan hutang aku padanya disebab budi. Semakin untuk pulihkan hati dan bangkit semula, tiba tiba aku dapat whatsapp dari dia mengatakan yang dia rindu dan sayangkan aku.

Bahagianya aku macam orang gila tapi tak lama selang beberapa hari kemudian dia up status makan bersama tunang tersayang. Rupanya aku diberi harapan palsu. Ujian Allah untuk aku membuatkan aku makin sabar dan kuat. Akhirnya aku buat keputusan untuk berhenti kerja dan sambung belajar. Aku harus kuat,nekad pergi jauh dari dia,bayang bayang dia yang tak kan kembali lagi. Aku akan hantar notis sebulan. Doakan aku tabah dan kuat untuk hadapi selama sebulan selama sebumbung dengan dia. Rasanya cukup hint suruh aku berhenti berharap. Aku hanya ingin teruskan hidup dan melupakan segalanya.

Makin hari ke hari ke minggu ke bulan aku sedar semua ini ada hikmahNya. Ada rahmat Allah nak beri dan gantikan dengan sesuatu yang kita sendiri tak pernah duga. Betapa besarnya nikmat Allah pada hambaNya sedangkan hambaNya sering alpa dan masih belum merasa cukup dengan apa yang disekelilingnya. Permulaannya memang aku sering salahkan dia salahkan diri aku sampai satu masa hati aku terasa dijentik oleh Allah.

Allah hadirkan dia dalam hidup kita untuk memberi pengalaman atau pengajaran dalam sebuah hubungan. Aku sedar apa yang berlaku semua ini adalah suratan takdir ilahi. Bukan aku tak redha dengan ketentuanNya, dan tak mungkin aku mengulangi kekhilafanku lagi. Disetiap doaku tak pernah putus mohon padaNya, Allah maha dzat yang bolak balikkan hati ini andai dia bukan untukku. Moga Allah ampunkan segala dosa dosaku dan dosa dosa dia sepanjang perkenalan kami. Allah uji kerana Allah sayang.

– Jenab

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *