Modus Operandi Terbaru Penjual MLM

Assalamualaikum pembaca semua. Hope all is well for you guys. Just nak cerita dekat korang something (if you have not heard) pasal online coaches yang semakin berlambak. Sekarang memang banyak coach online especially dekat instagram yg offer online coaching utk kurus. Ramai lah yg join, lebih2 lagi yg obese.

But, this is the most interesting part. Sambil menyelam minum air sangat dorang ni! I adalah salah sorang peserta yang dah terkena. I ada follow sorang coach ni kat instagram sebab dia selalu kongsi tips diet, meal plan etc. Selalu juga nampak dia ada buat iklan utk online coaching dengan team dia. Lepas beberapa kali tengok post tu, terfikir nak join sebab berat i jadi stagnant je tak turun2. So i pun whatsapp coach tu dan buat pembayaran. Yuran dia RM380, untuk 25hari program. Lepas bayar tu dia masukkan dalam whatsapp group. Dalam tu ada beberapa orang lagi coaches yang dahulunya peserta jugak, dan peserta senior yg dah berjaya kuruskan badan.

So beberapa hari sebelum program secara rasminya bermula, ada sesi suai kenal dalam group whatsapp. Dan coach mula mention pasal minum shake. I tak faham, jadi i terus pm coach. I tanya shake tu wajib ke, kena beli ke? Dia kata shake tu dah termasuk sekali dlm yuran tu. Nanti dia akan post kan. Shake yg dia maksudkan tu ialah produk Herbalife. So shake tu akan ganti makanan utk breakfast and untuk dinner. Dalam meal plan, cuma ada makan buah utk snacking pagi n petang, dan makan tengahari. Seminggu pertama i ikut juga sebab belum tau niat utama mereka.

Bila dah masuk minggu kedua, coach tu buka peluang untuk peserta baru rejoin program untuk batch seterusnya tanpa yuran. Siapa nak dia suruh submit nama dan nanti dia akan call utk terangkan kelayakan untuk rejoin tanpa yuran tu. Juga kononnya nak bagi coaching yang lebih detail lah masa dia call nanti. Dalam hati gigih jugak coach ni nak call sorang2 peserta. Masa tu rasa macam wahh bagusnya program ni.

Rupa2nya hmmmm..dia nak explain pasal produk herbalife tuuuu ! Dia kata kalau nak kurus lagi cepat dia suruh join detox program 3 hari, program tambahan selepas tamat 25 hari tu. Untuk join detox program tu kena beli set Herbalife tu, boleh beli ikut kemampuan katanya. Paling murah RM500. Set yang sampai RM 2000 pun ada. Lagi I tak boleh terima, dalam 3 hari detox program tu cuma minum Herbalife tu je and minum air kosong. Tak boleh makan langsung. Boleh turun 4kg katanya. Dah kau memang tak makan langsung kan memang lah turun !!! Sorry a bit emosi tapi geram lah !!

Dia kata tiada paksaan untuk beli tapi sebagai coach dia nak yang terbaik untuk para peserta. Chewahhh konon lah kan ! Masa tu baru sedar yang dia ni sebenarnya orang MLM jual produk Herbalife tu haa ! Yang menguatkan lagi teori dia tu orang MLM, masa program 25 hari tu berlangsung, dia ada pegi bercuti ke Taipei dengan group ramai2, dan ada Gala Dinner kat sana. Geng2 MLM la kebanyakan yg ada Gala Dinner bagai ni.

Coach ni pernah tanya dalam group, lepas habis program ni macam mana kami nak maintain berat badan ? I jawab la saya akan continue maintain berat badan dgn intermittent fasting (IF). Terus dia tanya berkesan ke IF tu. I jawab la sangat berkesan, I dah turun 24kg. Dari 80kg lepas beranak, baby masuk 4 bulan i dah 56 kg. Tapi berat stagnant je, target 50kg tu tak tercapai2 lagi. Sooo terus dia bash IF. Ingat lagi ayat dia, sebab tu la berat stagnant. Nampak kan IF tak berkesan ? Awak ada weight loss tapi bukan fat loss. Daripada awak buat IF baik puasa sunat terus.

Ok i malas nak jawab apa2. Tapi tak lama lepas tu dia post kat ig pasal IF. Lepas tu, berkali2 juga lah i nampak dia cerita keburukan IF. Takde fat loss tu je la point dia. Aiii takut bisnes tak laku ke kalau orang buat IF hehehe. Tapi serious lah kawan2, IF ni memang berkesan. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh join FB group. Search je Intermittent Fasting Malaysia. Kat sana ramai dah yang share journey dorang berjaya kurus dengan amalkan IF ni. Puasa sunat pun salah satu IF juga, dipanggil dry fast. Coach tu apa tau? Tau nak kecam je cehhhh.

Rasanya dia ni bukan coach yang diiktiraf. Tak berapa pasti tentang tu. Tapi yang pasti dia org MLM and rasanya ni adalah modus operandi terbaru dorang nak tinggikan sales ! Memang berlambak tau coach online dalam instagram ni yang juak produk MLM tu. Tapi dekat IG langsung takde share tentang produk2 dia. Haha. Taktik minum air banyak sebab ambik Herbalife tu ada juga. Dia suruh minum sampai 5-6 liter. Kebanyakan peserta memang gila ikut cakap dia, minum sampai 8 liter sehari pun ada. I beranikan diri share gambar pasal bahaya water intake yg berlebihan yg i ambik dari page KKM dalam group whatsapp. I cakap, mohon pencerahan tentang water intake yg terlalu banyak.

Gambar ni i jumpa dari page Kementerian Kesihatan Malaysia. (I saja letak full name biar dia tau bukan calang2 orang yang post). Lepas tu dia cakap the more you drink the more you shrink. Banyak org dlm group ni minum 5-8 liter takde masalah pun. Lepas tu terus panggil peserta senior yang minum 8 liter sehari tu buat testimoni. Senior tu pulak cakap semua ok je. Tiap 3 bulan pegi check up, buah pinggang semua ok je katanya. I pun malas nak menjawab dah. Takut kang lain pulak jadi. Coach tu pm i pulak bila i diam. Hahaha. Dia tanya, macam mana, dah menjawab soalan ke jawapan dlm group tu ? I reply je dah. Lepas tu terus i left group and tak join program sampah tu. Coach pun entah apa2.

Sebenarnya i memang dah lama buat intermittent fasting. Saja nak join program tu sebab nak lebih disiplin dlm pemakanan dengan harapan dapatlah capai target. Biasanya kalau ada group support ni kita lebih bersemangat. Tapi tersalah pilih coach pula. Jadi korang semua hati-hati lah ye. Nak kurus ni sebenarnya perlukan disiplin yang tinggi? dan ilmu yang betul. Cari support dari platform yang betul. Online program yang saya join ni bukan kisah sangat pun pasal peserta.

Sorry kalau terlalu panjang. Tak pandai sangat nak bercerita. Terima kasih sudi luangkan masa baca. Jaga diri jaga kesihatan.

– Sarah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *