Meet My Mr. Mama

Assalamualaikum. Semoga kita semua dalam rahmat Allah. Sebelum ni Ciknah asyik duk baca orang share pasal isteri tu rezeki. Kali ni Ciknah nak share pasal suami tu rezeki.. Kami kawen masa umur 25 tahun. Masa tu Ciknah tak kerja lagi.. So Ciknah ikut la suami duk merantau negeri orang. Masa ni Suami Ciknah kerja freelancer dengan Abang dia.. Setahun lepas kawen, Ciknah dapat offer kerja KL.

Tuhan je yang tahu peritnya PJJ tambah-tambah Ciknah tengah sarat mengandung. Memang tiap-tiap malam rutin Ciknah nangis2 dalam bilik sewa sambil telefon suami.. Tak payah la tanya nape nangis tiap-tiap malam weh.. Emosi orang ngandung ni jangan main-main ye. Hari-hari juga lah bila pergi kerja mata Ciknah bengkak kalah panda. Dah la sarat ngandung perut memboyot. Mata Ciknah pon turut memboyot. Buruk benar la muka ko Ciknah time ni..

Lepas Ciknah lahirkan putera sulong, suami Ciknah buat keputusan berhenti kerja dan ikut Ciknah duk kt KL.. Dalam kereta masa otw ke KL tu kami berdua borak-borak. Ciknah bagitahu suami supaya betulkan niat stay sama-sama sebab nak bina keluarga kerana Allah. Masa ni kami tak punyai apa-apa pon. Saudara jauh di negeri lain. Tawakkal je kat Allah.

First day sampai kat Kl, kami cari rumah sewa, dalam sehari 3 buah rumah kami pergi view. Allah nak duga, hari yang sama juga kereta kami rosak. Econ tak function. Maklum la kreta pun pakai kereta second hand yang dah berusia 8 tahun ehsan adik beradik suami Ciknah.. Bayangkan kami berpeluh dalam jem dalam bandaraya KL.. Atas pangku Ciknah ada Az yang baru umur dua bulan. Menitis juga lah air mata ibu bila tengok anak kepanasan dalam kereta.. Dari pagi sampai malam kami pergi view. Maghrib baru jumpa rumah yang sesuai. Bermulalah episod di kota raya..

Kami decide nak jaga sendiri anak sebab memang langsung tak kenal orang sekeliling, tambah-tambah duk dengar banyak kes pengasuh dera budak kat KL ni.. Memandangkan tak ada apa-apa kerja, dengan sukarela suami Ciknah jadi Mr Mama. Makan minum tukar pampers mandikan Az suami Ciknah urus A-Z.. Sungguh. Ciknah tak sangka suami Ciknah mampu buat semua tu. Masa ni memang bergantung dekat gaji Ciknah sorang je. Ciknah ok je, cuma waktu ni kami cukup-cukup makan je.. Tak ada saving..

Untuk dapatkan saving, suami Ciknah decide nak kerja, tapi pada masa yang sama tak nak hantar anak dekat pengasuh. Nak dijadikan cerita, Suami Ciknah ni pandai masak makanan tradisional.. So dia decide untuk masak pastu bungkus dan hantar nasi bungkus tu ke restoren. Awal pagi dia hantar Ciknah pergi kerja, lepas tu terus hantar nasi ke restoren. Hari pertama, hantar 10 bungkus je. Petang pergi collect. 4 bungkus je terjual. Ya. Untung Rm10 je. Hari kedua hantar 10 juga. 3 je terjual. Allah.. Ciknah terus bagi galakan dekat suami.. Rezeki takkan datang bergolek. Dalam tempoh setahun kehulu kehilir suami Ciknah akan bawa Az sama-sama. Turun naik jualan nasi tu biasa.

Sampai la hampir setahun duk ulang rutin yang sama.. Ciknah bagi cadangan, supaya suami Ciknah buka gerai tepi jalan dekat tempat yang agak strategik. Suami Ciknah sambut baik cadangan tu.. Hari pertama niaga, bukak meja sebiji, pakai kad manila je nak bagi tahu jual apa. Pusing modal. Seminggu lepas tu up level sikit beli khemah, buat banner besar. Allahuakbar, hari pertama hanya 5 bungkus terjual. Dalam masa 2 tahun, kini sales hampir 40-60 bungkus setiap hari. Tiap-tiap minggu masuk order tempahan.

Dalam tempoh 3 tahun duduk KL, 3 tahun berturut Ciknah bersalin. Tiga-tiga anak Ciknah, suami yang jagakan. Dia niaga pagi, Ciknah kerja shift tengahari. So kami sama-sama jaga anak-anak. Walaupun tak berharta, tapi suami Ciknah sangat bertanggungjawab. Tak pernah dia abaikan emosi dan fizikal kami anak beranak.. Alhamdulillah. Dulu, dari rumah sewa. Kini, kami dah duduk rumah sendiri. Dulu dari kereta tak ada econ dan selalu tersadar tepi jalan. Kini kami dah boleh beli kereta kedua.. Ciknah syukur sangat-sangat atas anugerah terindah ni. Tq My Mr Mama.

Buat para isteri,

Andai suami mu sudah sehabis daya sepenuh usaha bekerja untuk mencari nafkah,redhakan mereka.
Usah dibanding kita dengan yang berada.
Usah meminta diluar batasan yang diusaha.
Abaikan mulut puaka dan syukuri apa yang ada.

Buat para suami,

Tunaikan kewajipanmu.
Rezeki datang pelbagai cara.
Bersabarlah.
Usah kau khuwatir.
Kepada Dia sebaik tawakkal.

Rabbana hablana min azwajina wazurriyatina qurrata’un waja’alna lil muttaqina imama..

Inna ma’al usri yusra. Disebalik kesusahan pasti ada kesenangan.. bersabarlah.. solatlah.. Moga cerita Ciknah ni memberi inspirasi buat pasangan muda yang baru membina keluarga. Usah kalian berputus asa dengan Rahmat Allah. Carilah hikmah disebalik yang direncana.

– Ciknah Isteri Mr Mama

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *