(Penulisan penulis sebelum ini boleh di baca di sini: https://iiumc.com/sayangnya-allah-pada-aku/)
“Abang, kalau sayang dah takde, abang jangan kahwin lain ye?” aku memecah sunyi..
“Yeee.. Sayang tu kot..”
“Haa laa.. Kubur abang merah lagi sayang dah kahwin lain.. Hehe..” Aku berseloroh..
Dia buat muka cemburu dia..
“Orang perempuan tak macam lelaki.. Senang ganti tempat di hati..” aku cuba memujuk..
Dia senyum je.. Kembali diam.. Tekun memandu..
Seminggu sebelum kejadian itulah yg aku rasa.. Seakan ajalku makin menghampiri.. Apatah lagi ketika itu aku sedang berbadan dua.. Banyak kemungkinan boleh berlaku..
“Abang, sayang takutlah.. Rasa macam ajal makin dekat.. Mungkin perasaan sayang je kot kan.. Moga Allah panjangkan usia abang, sayang dan anak2.. Aminn”
Whatsapp sent.. 1.16am.. 6.00am bluetick..
5 hari sebelum kejadian, aku maklumkan pada dia apa yang aku rasa.. Hanya melalui pesanan ringkas.. Dia sudah tidur ketika itu.. Aku tengok dia tidur.. Kepenatan.. Letih bekerja.. Dengar dengkuran halusnya.. ‘Jangan ambil nyawaku lagi ya Allah.. Sungguh aku belum bersedia..’
“I Love You Sayang.. sayang minta maaf belum jadi yang sempurna untuk abang.. Sayang harap abang terima baik buruk sayang macam mana sayang terima abang..”
Lagi sekali hati tak tenang.. Pesanan ringkas ku kirim lagi tika dia bekerja, sehari sebelum kejadian.. Dia hanya balas ‘Love U Too’ bersama emoji love..
Pagi kejadian, macam biasa, bangun tidur, dia kejut aku waktu subuh.. Bergurau macam biasa.. Manis senyumannya pagi itu.. Dia bekerja hari tersebut walau cuti umum.. Aku salam dia.. Pipi dia aku cium macam biasa.. ‘Sejuknya pipi’ .. Getus hatiku.. Dia cium dahi aku.. Lama.. Dia kuncikan pintu, kuncikan pagar rumah. Aku panjatkan doa semoga Allah permudahkan segala urusan dan lindungi dia dari sebarang musibah.. Dia lambai aku.. Yang terakhir kalinya..
Tengahari.. Telefon berbunyi.. Sepupuku, kakcik.. Aku jawab dengan seronok.. Tapi yang aku dengar buat aku hilang pedoman..
“Pak ngah dia eksiden.. Hang siap nah.. Sat gi abang cik pi ambik.. Siap nah”..
Aku dah terjerit..
“Teruk ke kakcik?”..
Kakcik tahu aku macam mana..
“Tu kakcik malas habaq.. Hang siap nah”..
Itu je jawapan kakcik.. Aku tak puas hati.. Telefonku berdering tanpa henti.. Kakak ipar aku telefon tanya pasal dia.. Aku tak tahu keadaan dia.. Aku hanya mampu menangis.. Aku hubungi ayahku, maklumkan tentang kejadian.. Ayah aku kata dah tau.. Ayah aku kat pahang boleh tahu keadaan di tempat aku? Tak puas hati, aku hubungi telefon dia.. Makteh jawab
“Ain sabaq.. Ain siap nah.. Mai sini..”..
“Teruk ke makteh?”
Makteh senyap.. Lagi sekali aku tegas bertanya teruk ke..
“Ain mai nah.. Mak pun nak mai kan..”
Mak aku dari pahang nak balik kedah? Untuk apa? Aku dah makin pelik..
“Makteh habaq la teruk ka dak?”
“Haa.. Teruk..”
Ya Allah.. Lindungi dia.. Aku pakai je baju apa pun.. Aku hubungi sepupuku supaya cepat sikit sampai.. Mak saudara aku sampai bersama abang cik.. Dalam perjalanan ke hospital, tak henti aku menangis.. Kakak aku juga maklumkan akan datang ke kedah.. Apa yg berlaku ni.. Eksiden apa sampai semua nak balik ni.. Aku mohon abang cik lajukan pemanduan.. ‘Abang, kuat abang..’ doaku..
Sampai di hospital, kakcik laju mendapatkan aku.. Dia peluk aku bawak ke zon merah.. Ramainya orang beruniform macam dia.. Aku nampak bos dia.. Bos dia buat isyarat supaya tenang.. Mana boleh tenang selagi aku tak tahu apa yg jadi.. Kakcik ketuk bilik rawatan, doktor buka pintu, aku masuk.. Aku nampak kaki dia.. Dia terbaring di atas katil.. Aku dah jerit.. Aku peluk doktor .. Aku tanya doktor, doktor diam.. Doktor cuma minta tandatangan aku untuk merawat dia.. Aku nak tengok dia, doktor kata nanti.. Doktor nak jahit dulu.
“Suami saya ok kan doktor?”
“Dia ok puan, cuma….. Kritikal..”
Doktor minta aku keluar dahulu.. Rakan sekerja dia dtg berikan handphone dan wallet dia.. Allah.. Apa jadi ni.. Kawan-kawan dia ceritakan apa yg jadi.. Eksiden motor dengan motor waktu nak keluar makan.. Sangkaku tak teruk.. Orang yang langgar siap nak larikan diri lagi.. Mestilah tak teruk.. Ya, jasadnya memang elok.. Tapi doktor maklumkan berlaku pendarahan di kepala.. Allahu..
Aku keluar masuk bilik zon merah.. Dia dah kaku.. Sepenuhnya bergantung pada bantuan mesin.. Sehinggalah doktor maklumkan dia dah tak dapat diselamatkan.. 27jam dia bertarung nyawa.. Tak henti aku mengharapkan keajaiban dari Allah.. Tapi apalah daya bilamana aku perlu berebut dia dengan Allah.. Sudah pasti Allah lebih berhak.. Apa yang berlaku sepanjang di zon merah, aku pernah kongsi di Facebook aku.. Mungkin ada dari kalian yg pernah membacanya..
Sebelum dia disemadikan, aku sempat tidur peluk dia buat kali terakhir.. Aku baring sebelah dia, peluk dia yg kaku dan sejuk.. Dengan perut yg sarat berisi Umar.. Walaupun cuma 3jam.. Cukuplah.. Ada juga kesempatan terakhir untuk aku.. Aku cium dia yang terakhir kalinya.. Sejuk.. Wangi.. Sama macam pagi terakhir aku cium dia waktu dia masih bernyawa.. Bezanya sekarang aku cium dia tanpa dia balas ciuman aku..
22 Januari 2019..
Genap setahun pemergiannya.. Segalanya masih segar dalam ingatan.. Tiada apa ku lupa walaupun satu.. Umar pun dah 10bulan.. Ramai kata umar seiras arwah abahnya.. Tak pernah aku lupakan dia walau sesaat.. Takkan ada penggantinya.. Kerana dia teristimewa dihatiku..
Al-Fatihah suamiku Ahmad Sayuti..
Allah kirim rasa pelik padaku.. Aku sangka aku yang bakal dijemput.. Rupanya itu hint untuk aku.. Suamiku yang pergi dahulu.. Selepas ketiadaannya baru aku faham semua yg berlaku pada aku.. Aku pernah kongsi semua itu pada confession ku yang lepas.. Saja aku share dengan korang semua.. Orang yg pernah alami kehilangan, pasti faham kenapa aku berkongsi cerita.. Aku cuma mengharapkan doa yg baik-baik dari semua.. Terima kasih yang sentiasa bagi sokongan hingga kini.. Hanya Allah yang mampu membalasnya..
Maaf kalau ayat tunggang terbalik.. Lagi pula aku bukanlah penulis yg hebat.. Hanya seorang yg biasa-biasa, meluah segalanya dengan penuh kejujuran.. Bukan nak minta simpati, aku cuma meluah apa yg aku lalui..
Aku tahu, bukan aku seorang diuji sebegini rupa.. Ramai lagi senasib dengan aku dan umar.. Doaku semoga rakan sekasut diberikan kekuatan sepenuhnya untuk menghadapi jentikan kasih sayang dari Allah ini.. Lahir adalah satu tarikh tak diduga.. Mati pula satu tarikh yang tidak dapat ditunda.. Kun fayakun.. Moga kita semua dijemput dengan sebaik pengakhiran.. Aminn..
Terima kasih semua yang sudi membaca sampai sini.. Assalamualaikum..
(Penulisan penulis sebelum ini boleh di baca di sini: https://iiumc.com/sayangnya-allah-pada-aku/)
– Ain
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit