Kita Bahagia Dengan Jalan Yang Berbeza

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau approve confession ni. Confession ini tak boleh nak kongsi dengan orang lain, bahkan kawan baik. Sebab tu aku pilih untuk cerita disini. Sekadar mahu berkongsi rasa dalam hati waktu ni.

Tadi, masa aku tengah layan lagu jiwang-jiwang sambil buat kerja tiba-tiba teringat seseorang. Tanpa fikir panjang, terus search nama dia di IG. Ingat-ingat lupa sudah apa nama dia. Nama dia yang dulu susah nak buang dari kepala pun dah mula kabur dari ingatan.

Gambar pertama yang aku nampak, gambar dia dengan seorang perempuan dan seorang bayi kecil. Eh, dia dah kahwin ke???? Laju betul jantung aku tadi. Aku scroll ke bawah. Tanpa sedar, aku dah tersenyum sorang-sorang. Bila tengok isteri dia seorang perempuan biasa, tutup aurat dengan baik. Sungguh, aku rasa bahagia sebab dia bahagia.

Aku teringat pertemuan terakhir aku dengan dia, dia ada cakap, “Awak ingat lepas kahwin saya takkan berubah ke? Saya tahu tanggungjawab saya la.” Aku percaya dia boleh berubah sebab selama aku kenal dia, dia seorang yang sangat bertanggungjawab cuma aku taknak libatkan diri lagi dalam hidup dia. Aku pun nak bahagia. Tapi aku perlu lepaskan dia, lupakan dia.

Aku kenal dia masa aku tak matang lagi. Baru 25 tahun. Kenapa aku cakap aku tak matang? Alkisahnya, kami kenal secara online. Masa tu aku ada kerja dekat negeri tempat dia tinggal. Entah macam mana, boleh pulak aku setuju nak jumpa dia. Seminggu aku kat sana, 3 hari aku habiskan masa keluar dengan dia lepas kerja.

Hari pertama, dia ambil aku lepas kerja dan bawa aku pergi makan. Masa tu aku pegang handphone dia dan aku tanya dia boleh ke nak tengok-tengok. Masa tu dah kantoi dia playboy kaw-kaw. Entah berapa banyak perempuan da dia sayang-sayang rindu bagai. Aku dah macam, erk. Bak aku kata, masa tu aku tak matang, jadi aku fikir, okay fine playboy. Lepas aku balik dari sini, aku memang takkan contact dengan kau dah. Aku fikir aku cuma nak hilangkan bosan. Itu aku fikir masa tu lah.

Keesokan harinya, aku kena pergi kerja juga dan kebetulan aku tengah period pain. Kadang-kadang period pain aku teruk sampai aku pergi cucuk ubat tahan sakit kot. Aku layankan je sakit aku sampai setel kerja. Hari tu sebenarnya hari minggu, aku tak tau pulak pintu belakang yang aku selalu pakai untuk keluar masuk tu kena tutup lepas tengahari. Bila aku tengok sana sini pintu tutup, aku dah nangis. Dengan perut sakit, nak kena usung barang-barang untuk keje aku, sungguh aku dah tak larat nak jalan.

Hari tu sepatutnya lepas kerja aku keluar lagi dengan dia, dia nak bawak aku shopping. Aku tak ingat siapa mesej siapa. Yang aku ingat, masa aku tengah duk pusing-pusing kat situ cari tempat nak keluar, aku nampak dia datang kat aku. Dia terus angkat barang-barang aku dan bawa aku pergi kereta yang dia sewa (masa tu dia tak ada kereta lagi huhu). Masa tu aku rasa something pelik dalam diri aku. Aku terus terlupa pasal dia tu playboy. Aku terharu sangat sebab dia berusaha cari aku dalam kawasan yang besar tu sedangkan boleh je dia tunggu aku kat tempat yang kami dah janjikan.

Pendekkan cerita, masa aku nak fly balik tempat aku. Aku mesej dia cakap jangan cari aku lagi. Dia cakap, eh kenapa. Dia suka kawan dengan aku. Aku jawab ape ntah masa tu. Lepas tu dia jawab kita go with the flow je lah. Aku macam..whatever. Aku kenal lelaki buaya darat macam kau. Tak boleh pakai. Aku tak nak ambil risiko.

Seminggu lepas aku balik tempat aku, memang aku tak contact dia. Boleh kata masa tu aku jadi sangat serabut. Aku asyik mengelamun. Asyik fikir pasal dia dan rasa macam satu perasaan kehilangan sangat. Suatu hari tu, aku saja nak hilangkan perasaan so-called rindu, aku search nama dia kat google. Dapat tengok gambar dia kat facebook pun jadi lah kan. Cari-cari tak jumpa. Aku tak puas hati. Habis segala keyword aku letak. Lepas seharian aku, akhirnya aku jumpa satu blog ada nama dia. Aku scroll-scroll bawah tengok, zapppp. Gambar dia dengan awek dia.

Aku terus jelajah blog tu dan aku dapat tau, dia dah lama couple dengan awek dia tu. Aku tak tau kenapa, tapi aku gigil-gigil masa tu. (Menggigil tubuh ini, melihat kau bersamanya – bak lagu Meraung). Aku terus whatsapp gambar tu kat dia dan dia cuma cakap, “wah power lah awak boleh jumpa”. Oh my, this guy. Dia langsung tak jawab soalan-soalan aku, sebaliknya dok tanya khabar aku, cerita pasal masa kitorang habiskan masa sama-sama haritu. Seriously, he’s one good playboy I have to admit.

Kebetulan aku kena pergi tempat dia lagi untuk setelkan kerja kat sana, so aku cakap dengan diri aku. Aku akan habiskan apa saja perasaan yang aku ada kat dia ni. Jadi, dia drive aku balik tempat aku (masa ni aku drive pergi tempat dia semata-mata nak dia drive aku balik tempat aku balik) lepastu aku hantar dia pergi stesen bas. Sempat lah aku nangis puas-puas depan dia luahkan frust bla3 dan lepas aku dah diam, dia tanya aku, “dah okay dah?” dengan senyuman kencing manis dia. Haish, macam mana lah aku nak benci dia? Masa aku tinggalkan dia kat stesen bas tu, air mata aku mengalir. Sebab tu aku langsung tak pandang belakang tengok dia. Bila aku masuk kereta, dia hantar mesej suruh jaga diri dan cakap sedih sebab aku tak pandang belakang. Baguslah, nampak cool sikit kan.

Lepastu, aku jadi macam orang putus cinta. Aku asyik menangis bila ingat dia, bila cakap pasal dia. Kebetulan masa tu aku sibuk kena pergi kerja sana sini. Dalam kereta, kat site, depan colleague aku (yang rapat dengan aku), bila aku nak tidur, air mata aku turun macam air terjun. Aku pernah mengerekot atas katil, menangis, letak tangan kat dada sebab rasa sakit sangat masa tu. Sungguh sampai hari ni aku boleh ingat rasa sakit tu. Lama juga aku bertahan dalam keadaan macam tu.

Aku hilang arah sampailah aku dijentik dengan perasaan nak mengadu dengan Allah. Sejak dari tu, perlahan-lahan aku tambah dan perbaiki amalan aku. Aku perbaiki diri aku. Aku nak jadi lebih baik. Dan Alhamdulillah aku rasa aku jadi lebih baik. Aku bangun solat malam, aku banyakkan berzikir. Bila aku ada masalah pun, aku boleh bersabar. Masa tu sungguh aku rasa sangat tenang.

Tapi lepastu dia selalu mesej aku cakap rindu lah, dan selalu ambil berat pasal aku. Buat kali pertama dalam hidup aku, aku rasa ada orang yang boleh lindungi aku (aku ada cerita lain dengan ayah aku yang tak perlulah diceritakan di sini). Bagi aku masa tu, dia seorang kawan, abang, dan seseorang yang sangat istimewa dalam hidup aku. Dia seorang yang sangat positif sampaikan aku mula ubah cara aku berfikir sedikit demi sedikit. Dia suruh aku berbaik dengan ayah aku. Nasihat aku itu ini. Bebel itu ini. Kongsi cerita macam-macam dengan aku walaupun aku tak pernah jumpa dia dah lepas tu. Dan hubungan jarak jauh tu berlarutan beberapa tahun. Hubungan yang tak ada nama.

Dalam tempoh tu, aku pernah acah-acah nak berundur sebab awek dia tau pasal aku dan aku tak nak rampas orang punya. Tapi lepastu kami contact-contact balik, konon-konon sebagai kawan. Apapun, awek dia pun dah kahwin lain setahun sebelum dia kahwin dan dah ada anak juga. Pernah juga aku diam berbulan-bulan sebab rasa macam dah lupa tapi tak ada maknanya. Semua laki mendekat, semua aku bandingkan dengan dia sampaikan kawan aku bising sebab aku tak nak terima lelaki lain.

Pertemuan seterusnya aku dengan dia adalah yang terakhir. Terakhir sampai sekarang. Terakhir yang betul-betul punya sebab aku memang tekad nak lepaskan dia, lupakan dia dan mulakan hidup baru. Aku tukar nombor aku. Dan lama-kelamaan, aku dah mula lupa pasal dia. Adalah sesekali terlintas tapi aku dah tak ada rasa apa-apa. Aku terima yang jodoh perkenalan aku dengan dia sekadar itu sahaja.

Dia seorang lelaki yang baik dan aku rasa dia takkan jadi macam ayah aku. Tapi aku tak boleh terima sifat playboy dia dan masa tu banyak sangat awek-awek cantik, free hair, seksi-meksi yang bersayang-sayang dengan dia. Aku tak yakin yang aku boleh lawan semua tu sebab tu aku beralah. Aku tau dia akan jadi seorang suami yang baik tapi aku takut kalau suatu hari nanti hati dia terbuka untuk perempuan lain selain aku. Sebab aku rasa aku tak mampu nak sentuh pun hati dia.

Hari ni, bila aku tengok senyuman dia dan isteri dia. Aku rasa bahagia. Orang yang aku pernah suka separuh nyawa dulu sudah bahagia dengan orang yang baik-baik juga. Oh yeah, aku selalu doakan dia akan jumpa perempuan yang baik, dan berubah jadi lelaki yang baik dan setia dengan orang yang dia sayang. Terima kasih kerana bahagia.

Btw aku pun bahagia. Sungguh.

– Aku

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *