Bismillahirahmahnirahim, assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca iiumc, pertama sekali marilah kita sama sama berselawat keatas nabi Muhamad s.a.w. Saya seorang lelaki, umur pertengahan, tak terlampau muda dan tak terlampau senja, huhu.. terdetik nak menulis dan berkongsi dikala malam sedang merimbun, bulan sedang memantul cahaya, angin sedang meniup dan jasad sedang terisi dengan roh dan jantung sedang berdegup dengan rahmat Allah s.w.t.
Saya suka membaca kisah kisah yang di iiumc, tahniah diucapkan kepada pengerak pengerak page iiumc kerana mampu menyediakan platform maya yang menyediakan pelbagai topik topik menarik untuk diisi dan dibaca oleh orang ramai khususnya orang Malaysia kerana kebanyakan luahan disini dalam bentuk Bahasa melayu, hehe.
Saya nak berkongsi sedikit ilmu dan pesanan untuk pembaca khususnya buat yang beragama Islam. Beberapa minggu yang lepas saya ada terbaca mengenai satu luahan mengenai sensitiviti surau, kalau tak salah mengenai orang surau tetapi suka bercerita atau bergosip dan dari kisah tu, ramai yang memberikan komen komen yang ada berunsur positif dan ada jugak yang berunsur sedikit negatif sehingga boleh membawa imej yang buruk kepada ahli surau, huhu. Bila saya membaca komen komen netizen, dari pandangan saya, saya merasa ramai orang Islam tidak memahami Islam walaupun mereka sudah sedia ada Islam. Saya bukanlah seorang yang pro agama, hanya seorang lelaki yang cuba berkongsi sesuatu untuk memudahkan kita memahami tentang Islam.
Alhamdulillah buat yang berbangsa melayu khususnya yang beragama Islam, kerana secara kasarnya 90% bangsa Melayu Allah takdirkan dilahirkan dalam keluarga Islam, dilahirkan dalam fitrah Islam atau senang bahasanya Islam sedia ada. Lahir kedunia dalam keadaan mengenal Islam melalui keluarga. Tetapi ramai dikalangan kita hanya Islam dibibir, hehe. Contohnya, bila ditanya apa agama kamu, kita akan jawab kita agama Islam, tapi berapa ramai yang betul betul memahami apa itu Islam? Jom kita sama sama pahami tentang Islam. Saya akan cuba ringkaskan dan cuba mengunakan ayat ayat yang mudah paham. Tapi pertama sekali, ini adalah konsep pemahaman Islam yang saya pahami melalui ustaz ustaz yang saya pelajari, jika ada kekurangan atau kesalahan pembaca bolehlah menegur ye, hehe.
Agama Islam adalah ajaran yang Allah s.w.t turunkan untuk kita melalui rasulnya iatu Nabi Muhamad s.a.w. dan ajaran-ajaran tu terkandung didalam kitab yang dipanggil Al-quran. Ayat ayat quran tu disampaikan kepada nabi melalui perantaraan makhluk yang mulia disisi Allah iatu malaikat yang bernama Jibril a.s. Ayat ayat al quran tu ada pelbagai. Ada berbentuk kisah kisah nabi, ada berbentuk nasihat, ada berbentuk larangan, ada berbentuk puji pujian, ada berbentuk doa, ada berbentuk penceritaan yang ghaib contoh kisah hari kiamat, syurga dan neraka, pahala dan dosa. Ada dalam bentuk sains seperti contoh penceritaan tentang kejadian manusia dari setitis air mani sampai menjadi jasad dan pelbagai lagi, senang cerita Al Quran itu sempurna dan kompleks. Rahsia ilmu Allah dalam Al quran tu sangat sangat banyak. Makin dikaji makin membuatkan kita kagum dan bertambah keimanan. Nasihat saya, buat sesiapa yang membaca Al quran, bacalah Al quran yang ada tafsir. 1st baca ayat Al quran, selepas tu, pahami tafsir ayat yang kita baca tadi tu. Ada beza yang ketara antara orang yang membaca tetapi tidak memahami dengan orang yang membaca dan memahami. Al-Quran ni merupakan tempat rujukan yang memang Allah bagi khusus untuk kita jadikan panduan.
Sebelum Nabi Muhamad s.a.w wafat,baginda tinggal kan wasiat yang penting iatu dua perkara kepada kita iatu Al Quran dan Sunnah, Nabi Muhamad berpesan untuk berpegang teguh kepada dua perkara itu supaya kita tidak tersesat dalam kehidupan kita ini. Dan dasar agama Islam dibina atas Al Quran dan As Sunnah. Sunnah tu merujuk kepada cara atau amalan nabi kita iatu nabi Muhamad s.a.w semasa beliau hidup. Dan perkara Sunnah itu diriwayatkan oleh sahabat sahabat nabi, melalui pemerhatian mereka, pertanyaan mereka kepada Nabi Muhamad s,a,w semasa baginda hidup dan periwayatan itu dipanggil hadis. Hadis daripada fulan disampaikan kepada fulan, lepas tu disampaikan lagi kepada fulan yang lain sehinggalah periwayatan hadis dicatatkan didalam kitab kitab hadis untuk dijadikan sebagai sumber rujukan. Dizaman dahulu, kertas susah nak dapat. Al Quran dan hadis dicatatkan pada pelepah pelepah kurma dan kulit kulit binatang, tulang tulang binatang dan ada juga dicatat pada kepingan batu sehinggalah sahabat Nabi iatu saidina Abu bakar memerintahkan Zaid Ibn Tsabit untuk menghimpunkan ayat ayat Quran dari sahabat sahabat nabi Muhamad s.aw kerana khuatir ayat Al Quran akan terkikis sedikit demi sedikit atau dipalsukan. Pada era pemerintahan Saidina Utsman ibn Affan, beliau telah memerintahkan pembukuan ayat ayat al Quran dan naskah itu dipanggil Al Quran, dan naskah itulah yang bertebaran di seluruh dunia sekarang.
Mengenai hadis pula, hadis ini terbahagi kepada banyak kategori, ada yang sahih, ada yang ragu ragu, ada yang memang tak kuat periwayatannya, dan ada hadis yang memang tertolak yang senang cerita kemungkinan hadis itu direka reka itu tinggi. Contoh himpunan hadis yang kuat periwayatannya adalah himpunan sahih al Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu dawud dan dan ada beberapa lagi. Saya cerita secara ringkas untuk memudahkan kita memahami tingkatan tingkatan hadis tu. Tak semua hadis yang tersebar dekat media massa itu betul, jadi berhati hatilah takut tersalah sebar hadis yang salah.
Dan pesanan saya lagi, ni penting, sangat penting. Jangan sesekali kita mengambil atau memahami kepahaman ayat quran atau hadis itu melalui penafsiran logik akal kita secara terus, ayat itu kena melalui beberapa tapisan. Contohnya ayat Al quran ada yang terang jelas ( muhkamat ) dan ada yang samar samar ( mutasyabihat ). Jadi kalau nak memahami dengan baik, baca lah tafsir yang telah dikupas oleh ulama ulama terdahulu yang memang mahir dalam memahami ayat Al quran, sebagai contoh tafsir Ibnu Katsir dan pelbagai lagi dan belajar dengan berguru yang betul, jangan kita membaca dan memahami ikut pemahaman akal kita semata mata. Kita tak boleh memahami Al quran melalui terjemahan bahasa, ada perbezaan yang besar diantara “ Terjemahan ” dengan “ tafsiran ayat ” , terjemahanan hanya menukar Bahasa Al Quran iatu Bahasa arab kepada Bahasa melayu, kalau tafsiran , ulama ulama muktabar telah menterjemah dan menafsir ayat ayat Al quran untuk kita pahami agar kita tidak tersalah paham.
Berbalik kepada main point, tentang agama Islam, sebenarnya agama Islam ni mudah. Agama Islam ni akan jadi mudah bila kita paham, yang menyebabkan agama Islam ini nampak rumit, leceh, tak sesuai dengan masa adalah sebabnya kita sendiri tak paham agama Islam atau pun tak paham konsep beragama. Agama Islam itu sempurna,yang tak sempurna adalah muslim. Manusia ni memang tak sempurna. Dekat sini saya nak tolong bagi cerah dan paham cikit untuk kita semua. Pertama kita ni lemah, dan kita memerlukan kepada bantuan orang yang mahir dalam agama untuk bagi kita paham dengan cepat dan mudah. Sebab itu adanya ulama ulama, ustaz ustazah, diorang ni lah yang akan membantu kita untuk memahami agama Islam ini dengan cepat dan tepat agar kita tidak tersesat kat dunia yang fatamorgana ni, hehe.
First of alls, untuk kita dapat hidup dengan baik dan saksama di atas muka bumi Allah ni, kita kena paham apa itu KONSEP AGAMA dan apa itu KONSEP KEHIDUPAN, bila dapat paham dua konsep ni, Inshaa Allah mudah cikit perjalanan kita untuk hadap perkara perkara yang mendatang baik kehidupan di dunia mahupun kehidupan di alam lain. saya nak kupas bab konsep agama dari pemahaman saya yang cetek ni, kita ni tinggal di Malaysia, dan majoritinya penduduk Islam di Malaysia adalah berpegang kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Harap korang paham laa apa tu ahli Sunnah wal jamaah ye. Kalau tak paham, korang google atau pom bertanya pada yang tahu. Dan majoriti orang Islam di Malaysia bermazhab kan iman Syafie. Mazhab ni dari segi Bahasa bermaksud “ cara berfikir “ . 4 mazhab utama dekat dunia ni, mazhab Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali. Untuk penduduk di asia tenggara macam Malaysia, Indonesia, Singapura,
4 mazhab ni secara kasarnya berbeza pandangan dari bidang ilmu Fiqh iatu ilmu hukum hakam. Tetapi dari pegangan Tauhid 4 mazhab ini adalah sama,sebab itu dipanggil golongan ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun berbeza dari segi berfikir hukum hakam syariat. Sebagai contoh mazhab Iman syafie mengatakan rukun sembahyang ada 13 tetapi kalau mazhab Hanafi rukun solat hanya 5. Walaupom berbeza pandangan, orang yang mazhab Hanafi masih dikalangan golongan ahli Sunnah wal jamaah, oleh sebab itu, kita jangan cepat menuduh atau menghukum seseorang ye semua bila mana kita melihat seseorang membuat ibadah tak sepertimana kita. Paham betul betul ape itu mazhab jangan cepat mengkafirkan seseorang, huhu.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat sesiapa yang berfikir. Assalamualaikum w.b.t.
– Kepok Lekor
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit