Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika siarkan luahan ini.
Aku sebenarnya baru kehilangan orang yang aku sayang. Ayah aku. Lebih kurang 5 bulan yang lalu.
Sakit, rindu, yang tak akan dapat diubati sampai bila bila. Aku sebenarnya anak yang agak manja dengan arwah ayah. Tapi aku indenial. Sampailah tiba waktu aku bernikah, baru aku tahu beratnya hati dan sedihnya raut wajah ayah melepaskan tanggungjawabnya keatas aku ke bahu suamiku. Dan waktu tu, aku sedih hingga terpadam sebelah mekap mata aku sebab gigih sangat lap air mata.
Ayah menangis tapi dia berpaling ke belakang. Aku cuma nampak matanya bergenang dan titik air pada baju melayunya yang aku yakin air matanya yang baru dia sapu
Ayah. Adik rindu. Ayah pergi tanpa adik sedia.
Arwah ayah meninggal mengejut. Walaupun aku dah bernikah, takdir Allah, aku masih tinggal dengan ibu bapaku selepas rancangan asal untuk berpindah tinggal bersama suamiku tertangguh. Suamiku perlu outstation ke luar negara dan hanya pulang ke Malaysia sekali atau dua kali sebulan.
Masa tu, aku jalankan tanggungjawabku pada ibu bapaku seperti biasa. Pada saru hari, Ayah ajak mak dan aku keluar bermusafir. Makan angin katanya.
Ayah merancang untuk keluar makan angin selama 4 hari ke Pantai Barat. Ayah dah lama teruja nak makan angin dengan ibu. Atas kebenaran suami, aku ikut sekali.
Pada hari tersebut, aku memandu macam biasa. Tapi, Setibanya di tempat penginapan, ayah mula diserang demam. Ayah tidur seharian. Makan tak lalu. Ayah macam hilang upaya. Mak dan aku sepakat bawa ayah ke klinik, tapi ayah menolak. Ayah memang tak ada sebarang sejarah penyakit. Alhamdulillah. Ayah cuma cakap ayah nak rehat dan nak tidur.
Risau dengan keadaan ayah, Aku kemudian tinggalkan mak dan ayah, beli ubat di farmasi berdekatan. aku siapkan makanan dan suapkan ubat, ayah tidur semula.
Sampailah waktu tengah malam sikit, mak macam pillow talk dengan ayah. Aku dengar sebab katil aku sebelah je ngan mak dan ayah. Mak mintak maaf dari hujung rambut smpai hujung kaki. Mak minta ayah halalkan semua makan pakai yang ayah bagi selama ni
Ayah cuma berkata iya. Tiba² aku dengar ayah nyanyi lagi Alleycats tu, ” Andainya aku pergi dulu sebelum mu, usahlah kau bersedih hati”.
Mak cakap, jangan cakap macam tu. Mak suruh ayah tidur dan rehat. Aku terlelap dalam tangisan yang aku sembunyikan sambil memeluk bantal
Esoknya, aku bincang dengan mak. Kami setuju untuk pulang awal dan batalkan percutian lepas tengok demam ayah makin kuat.
Aku bersiap awal. Minta sediakan sarapan kebilik dan terus kemas beg pakaian. Usai semua urusan checkout, Kami mula bertolak pulang. Dalam hati aku tekad akan ke hospital dahulu. Aku buckle up mak dan ayah di seat belakang, dan mula memandu. Aku cuma berdoa semoga selamat sampai ke hospital.
Hati aku dah mula diruntun sedih dan pilu. Hati aku sangat berdebar debar. Aku tak kisah kalau ayah sakit, tapi aku sedih tengok ayah. Aku tengok dari cermin pandang belakang, ayah tidur dan mak pun sama tidur sambil tepuk² dada ayah. Macam dodoikan. Ayah tidur dengan nyaman.
Aku memandu sambil menangis. Aku sendiri tak tahu kenapa air mata ni tak nak berhenti. Aku tak nak mak atau ayah nampak aku menangis. Setiap kali gugur air mata, aku terus lap sebab takut mak sedar
Aku tahu mak sedih dan aku taknak mak nampak aku menangis. Aku tak nak mak nampak aku lemah. Sebab aku tahu mak fragile. Jika aku tak kuat, mak apatah lagi.
Sambil memandu sambil aku pandang belakang. Tiba² Aku terperasan, kenapa ayah macam tak bergerak. Ayah macam tak bernafas. Mak masih tidur sambil menggengam tangan ayah.
Aku berhenti tepi jalan. Dalam debaran yang amat sangat aku pusing belakang, aku renung betul². Betul. Mak bernafas dan ayah seolah diam tanpa sebarang gerak. Kebetulan masa tu ada stesen petrol berhampiran. Aku masuk dan parking.
Aku bukak pintu dan terus ke tempat duduk belakang. menggigil aku memegang dan mencari nadi tangan ayah. Allahurabbi. Tiada. Aku panggil mak.
Mak, ayah dah tak ada..
aku ulang dan menangis² tak percaya. Allahu. Ayah.. ayah..
Mak kaget pandang aku. Aku dah lembik tak mampu berdiri.
Datang orang awam ke kereta kami tanya apa yang berlaku. Mula ramai mengerumuni. Ada yang mula menelefon ambulans dan polis. Aku dan mak cuma mampu duduk ditenangkan orang awam.
Akhirnya mayat arwah ayah dibawa ke oleh polis ke hospital untuk bedah siasat. Alhamdulillah mayat arwah ayah selamat dikebumikan pada keesokan harinya.
Allah. Masih baru dan masih segar semua itu. Ayah pergi tanpa kami sedia.
Ayah.
Walaupun tak selalu adik ucap adik sayang ayah, tapi adik memang sayang.. Dan adik rindu ayah, sangat..
Al Fatihah Ayah.. semoga ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang² beriman.
Sesungguhnya mati itu pasti. Walaupun ayah pergi tanpa adik sedia, tapi adik redha. InshaaAllah sampai masa kita jumpa di syurga yang kekal abadi..
– Yang merindui
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit