Assalamualaikum semua. Saya Ira. Gadis 22 tahun. Saya sorang je perempuan dalam adik beradik saya dan ibu ayah saya dah lama berpisah. Ayah pula tak menjenguk kami lagi lepas berpisah. (Itu tak jadi masalah bagi kami. Sebab kami lagi bahagia tanpanya. Alhamdulillah.)
Saya dahulunya seorang yg periang, tak sedar tiba2 menjadi seorang yang pendiam dan malu yg teramat. Kadang2 saya terfikir adakah disebabkan perpisahan parents yg buat saya macam ni? Tapi saya gembira jer walau tanpa ayah disisi.. hmmm.
Luahan ni random, sorry kalau memeningkan kepala. Tapi saya just nak nasihat, pendapat or kecaman pun boleh. Ok… saya mulakan yer..
Saya kadang2 terfikir “umur aku makin lama makin meningkat, takkan sampai ke tua nak macam ni?” “nanti nak kerja mcm mana?” “kalau kahwin nanti takkan nak harapkan org lain jer?!”.. dan banyak lagi benda yang selalu bermain kat kepala otak ni.. haihh.
Sosial:
1) Sebelum ni, saya tertarik dengan luahan pasal penyakit al Ain, (https://iiumc.com/penyakit-al-ain-itu-benar/). Sebelum saya tahu ada penyakit al Ain ni, saya selalu tertanya kenapa kalau saya bercakap dengan orang lain, diorg pandang sekejap.. lepastu terus pandang tempat lain. Membuatkan saya dh tak ada mood nak cakap. Bukan sorang dua jer.. tapi setiap kali saya nak bercakap akan saya perhati riak wajah mereka. Diorang mesti mengelak.
Haaa… kalau diorg mengelak muka nak pandang saya, mulalah macam2 fikiran yg timbul. “Mulut aku berbau ke?” “aku tak menarik ke?”dan macam2 lagi yg mengarut timbul, hahaha.. hmm. Then lepas saya baca pasal al Ain ni lagilah saya runsing. “saya terkena penyakit ni ke” aduhh peningnyer kepala. Lagi saya tak nak fikir..lagilah macam2 yang menjelma kat kepala otak ni.
2) Saya perasan, saya tak boleh nak bercakap dengan betul bila mood dh tak ada. Lagi2 dengan strangers. Bibir saya akan geletar, muka saya jadi tak keruan.. mata saya pandang atas, bawah, kanan, kiri..dan yang paling tak leh control muka saya berubah macam nak nangis.Macam mana saya tahu? Sebab sebelum ni saya bercakap dengan strangers dan kat belakang dia ada cermin besar, memang nampaklah muka saya macam nak menangis, hahahah. Nak control pun tak boleh, sebab memang rasa nak berhenti bercakap waktu tu jugak n tinggalkan tempat tu. Betullah org kata apa yang ada kat hati boleh nmpak kat riak muka.
3) Saya tak pandai nak cakap dengan lelaki even ramai lelaki kat rumah. Ada yang cakap saya sombong tapi sebenarnya saya tak tahu nak mulakan macam mana. Melainkan kalu dia start dulu, baru boleh saya cakap. Ada yg minat kat saya, tapi disebabkan saya tak banyak cakap, dia ingatkan saya tak minat dia dan cakap saya membosankan. Sedih tu takyah cakaplah tapi nak buat camne… Saya pulak bukan orang yg romantik dan jenis tak reti nak memujuk. Kesianlah siapa suami saya nanti… tu pun kalau ada…hahahahaha.
Attitude:
1) Saya ni umur semakin meningkat, tapi semua benda apa yang saya buat jadi huru hara. Macam tak ada jati diri! (tak tau nak discribe macam mana). Contohnya:
Acah nak buat itu ini, tapi bila tiba masa hampeh satu benda pun tak buat. Asyik dgn phone phone phone memanjang. Pernah biar phone 0% n letak kat bawah sofatapi tak sampai 2 hours amik n main waktu charge.
Acah nak kerja time cuti,bila tiba time cuti tak nak pulak kerja.. alasan penat baru lepas final exams. Sifat pemalas mmg susah nak diubah. Padahal dulu saya seorg yang rajin, yg ada jati diri yg tetap, yg berdisiplin tapi tak tau sifat tu hilang entah kemana.
Sempena tahun baru ni doa2 kanlah yer saya jadi org yg berguna.. lebih2 lagi berguna untuk diri sendiri. Saya dah penat dah dengan ‘hati kata lain,yg buatnyer lain”. Saya nak ada pendirian yg tetap.. tapi tulah doakan saya yer untuk jadi lebih baik tahun ni.
Tak tau bezakan pengorbanan dan kebodohan:
1) Kadang2 saya penat menyalahkan diri sendiri sbb tak nak buruk sangka dengan orang. Kadang2 saya penat nak buat kebaikan, bukan sebab tak dibalas(itu saya tak kisah nak balas ke, tak nak balas ke itu lantak kau, janji aku buat baik), tapi saya lama2 penat nak menyedapkan hati ni, bila tiap kali kebaikan saya diungkit-ungkit.
Saya minta maaf pun diungkit.. membuatkan saya jadi keras hati dan keras kepala dan pendendam(ada yg saya maafkan walau sakit. Tapi saya takkan lupa apa yg dia dh buat smpi bila2). Saya luahkan rahsia pun dibocorkan.. jadi saya lebih suka memendam dan biarlah aku dan Allah jer yg tahu.
Saya tak tau nak luahkan macam mana dekat sini, sebab macam2 yg saya lalui. Saya sekarang lagi suka senyap dari bercakap even kat rumah. Kadang2 saya fikir “kenapalah aku tak jadi jer lelaki macam adik beradik yg lain, hidup diorg relax jer.. penat jadi perempuan ni.. banyak sgt memikir” huhu..
Banyak sangat nak diluahkan sebenarnya, sebab saya tak tau nak luah kat siapa. Kalau ada yg nak nasihat, saya berterima kasih sangat. Kalau ada yg nak kecam, kecamlah abis abisan sebab saya nak tahu sangat pandangan jujur korang after baca luahan saya ni.
Akhir kata, sekali lagi saya memohon maaf kalau luahan saya ni tak teratur dan macam entah pape. Saya just nak luahkan sahaja. Terima kasih, assalamualaikum.
– Ira
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit