Assalamualaikum semua. Thanks admin kalau post confession ni.. Ok straight to the point aku nak confess pasal peniaga melayu yang suka sangat main harga.
Ok mesti korang dah familiar dengan dropship kan. Tapi korang perasan tak sekarang ni dah ade peniaga2 yang memang jual harga borong. Tapi dalam masa yang sama ade dropship. Aku bukan peniaga ye.. Dulu aku pernah buat part time dropship saje2 tambah income tapi aku buat dropship sendiri. Means aku sendiri cari product ade buyer aku bli dan bg alamat buyer. Barang2 aku paling2 cikai RM15 untung sebab aku jual harga standard tak murah tak mahal sangat.
Tapi sekarang ni aku tengok banyak sangat peniaga yang jual harga borong terus pada customer. Contoh paling senang tudung bawal. Kalau zaman2 aku pakai bawal dulu memang harga paling murah rm8. Sekarang org jual RM3 pon ade. Tapi yang jual tu Islam. Takkan tak tau basic berniaga dalam Islam kene jual harga semasa.
Bukan ape, bile peniaga2 ni jual harga macam tu, peniaga kecil yang baru nak buat bisnes memang susah nak compete. Dan maaf la pada yg jual dropship kalau untung kau satu barang rm2 ke RM5 korang dah dipergunakan.. Cari sendiri barang untuk dapat sekurang-kurangnya RM10 untuk satu barang.
Aku ade follow seorang peniaga melayu ni kat Facebook. Harga dia jual memang ikut harga semasa.. Orang kate harga standard dan untung dia sebulan paling cikai rm50k.. Macam tu baru betul berniaga.. dan dia jugak pernah post pasal kenapa dia tak jual kat Instagram sebab bosan dengan peniaga2 yang main harga sampai untung rm2 pon sanggup asalkan barang dia paling murah.
Aku tau aku melalut ni tunggang langgang tapi point aku ialah aku harap peniaga melayu jangan main harga, sampai bila nak maju kalau korang asyik main harga.. Tudung people, duck jual shawl tudung beratus2 korang kalau boleh nak jual sampai rm3 RM5.. Ape yang korg dapat dengan main harga yang untung rm1 rm2.. Paling2 untung kalau 50 org beli dapat la rm50
Kepada yang ade dropship jangan ambil kesempatan.. Kesian kat orang tu nak berniaga tambah pendapatan dia.. Kau setakat berape ringgit tu pon nak sapu dari peniaga kecik2 ni.
Oklah tu je aku nak membebel. Sekian.
– Miyoko
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit