“Apa susah kerja pilot ni? Kan ade ‘autopilot’”
“Kerja senang, boleh travel and duit masuk”
“Nanti kerja pilot gaji boleh sampai 30K”
Assalamualaikum iium confession dan salam sejahtera. Nama diberi Muhammad Daniel, bekas pelajar sekolah menengah. Ini merupakan confession pertama saya. Haaa mesti pernah dengar ayat kat atas kan? Hari ni saya nak cerita tentang pekerjaan pilot yang diidamkan ramai orang di luar sana. Semua maklumat yang saya dapat berdasarkan pengalaman mengendalikan projek “Flight Simulator” di sekolah dulu, carian yang saya buat dan maklumat daripada juruterbang sendiri.
Sudah tidak dapat dinafikan menjadi pilot sangat ‘cool’ dan hebat di mata masyarakat. Tapi disebalik keindahan pekerjaan yang gajinya tinggi dan peluang melihat dunia, ada sisi gelap yang semua wajib tahu.
Yang pertama dari segi perjalanan nak jadi seorang pilot bertauliah. Pilot perlu mendapatkan latihan penerbangan professional di flying school. Kelayakan minimumnya ialah SPM dengan kredit dalam subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Fizik/Subjek Sains dan dua subjek lain. Tetapi yuran untuk flying school sangat mahal iaitu secara purata RM350K. Saya juga dengar kurang pihak yang nak beri pinjaman untuk pelajar yang nak jadi pilot kerana pekerjaan ini lebih bersifat peribadi dan tidak menyumbang kepada mana-mana pihak. Hanya diri sendiri yang dapat benefit.
Yang kedua ialah peluang pekerjaan. Masalah juga kepada pilot yang baru grad untuk dapat kerja kerana mereka perlu kepada jam penerbangan yang tinggi. Biasanya company akan hire pilot dengan minimum 1500 jam dalam tangan. Untuk kadet yang baru grad agak sukar kerana ada flying school hanya dapat provide 500 jam sahaja kepada kadet selepas grad. Saya dapat tahu seorang pilot ( now senior capt Boeing 747 ) yang bekerja dengan pelbagai company untuk membina jam penerbangan sebelum masuk ke cockpit Airbus A320 dan sekarang ke Boeing 747. Berpeluh juga nak jadi pilot ni kan?
Yang ketiga ialah bangun pagi. Pilot mungkin ade jadual penerbangan pagi so kena bersedia setiap masa. Kadang-kadang perlu cancel majlis penting untuk rehat dan dapat cukup tenaga kerana ada flight pagi. Ini juga boleh berlaku kalau pilot kerja dengan company yang mana home base company di airport 24 jam. So nak jadi pilot kene jadi morning person lahh.
Yang keempat ialah standby duty. Ini boleh kata sama macam ‘on call’ doctor. Pilot kena bersedia jika tiba-tiba ada crew lain sakit sebelum bertugas, jadi kita akan dipanggil untuk menggantikan tempatnya. Ada juga pilot yang mungkin ada standby home yang dekat dengan airport supaya mudah bersiap jika dipanggil. Jika pilot tidak dipanggil, mereka dapat day off untuk enjoy. Saya juga dapat tahu pertukaran crew seperti pilot dan cabin crew antara sebab delay sebab perlu tunggu pilot yang sedang ‘berlumba’ di jalan raya hanya untuk sampai ke airport. Jadi kalau delay tu kena sabra juga lah, mungkin crew sedang otw.
Lastly ialah kekal sihat tubuh badan. Setiap pilot akan ada medical exam yang perlu dilalui untuk kekal terbang. Jika pilot gagal lepas medical exam atas sebab penyakit dalam jangka masa lama, mungkin pilot akan hilang kerja. Ikut logik pun kenapa company nak kekalkan pilot yang tak boleh terbang kan, kerana airline akan gain profit bila kapal bergerak. Nak kapal bergerak pilot kena ada. So pilot perlu maintain kesihatan sepanjang masa. Tidak perlu badan sado pun tak apa, tapi just eat clean, workout sikit dan amalkan gaya hidup sihat.
Saya hara panda semua suka confession saya untuk pertama kalinya. Segala kekurangan saya mohon maaf. Sekiranya anda ada komen dan pembetulan saya mengharapkannya untuk membaiki penulisan saya. Thank you !
– Daniel
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit