Assalamualaikum readers. Tengah duduk santai2 ni rasa mcm nak cerita pengalaman berpantang setiap anak. Aku pon baru setahun jagung je dalam bab2 menguruskan anak2 ni. Anak aku 3 orang. Setiap anak ragam sangat berbeza.
Anak pertama, aku berpantang rumah mertua. Seminggu sebelum bersalin, aku dah duduk kat rumah mertua aku. Dalam rumah ni hanya ade mak ayah mertua aku je. Anak2 semua duduk asing. Sebelum bergelar ibu, kehidupan kite pastinya tenang setenang air di kali. Bebas terbang kesana kemari. Lepas bersalin, bermulalah kehidupan aku berubah. Anak pertama, tak ada pengalaman. Semua jadi kucar kacir. Banyak benda yg tak cukup. Suami aku pulak, kemain eksaited nak beli baju anak. Tapi die hanya beli baju je, seluar tak ada. Aku tanya mana seluarnya? Suami aku boleh kata, “Abg ingatkan baby pakai baju je”. Hmmmm. Alahai suami.
Dalam pantang anak pertama aku stress, setiap 2 jam die nak bangun menyusu tu perkara biasa. Masalah aku sekarang, die bukan nak menyusu je, pampers, baju, seluar, barut, bedung semua kene tukar. Anak aku yg sulung ni tak boleh rasa mcm basah sikit terus melalak tak henti2 selagi kau tak tukar semua pakaian die. Kau bayangkan setiap 2 jam die nak tukar baju. Dalam sehari basuh baju die selambak. Kesian mak mertua aku.
Aku ni segan sebenarnya bila mak mertua aku buatkan semua. Mandikan baby, masakkan utk aku, basuhkan baju2 baby, jagakan baby waktu aku mengurut, waktu aku sembelit 5 jam dlm toilet. Sebab tu, seminggu lepas bersalin, aku dah start mandikan baby sendiri, masak lauk pantang aku sendiri & basuh baju baby sendiri. Baju2 aku & laki aku, aku memang tak bagi mak mertua ku basuh sbb segan.
Setiap pukul 4.30 pagi je anak aku akan menangis tak henti sampai pagi. Jadi mak mertua aku akan ambil anak aku start dari 4.30 pagi tu & suruh aku tidur rehatkan badan. Yang peliknya, anak aku akan tidur sampai pukul 11 pagi bila tidur dgn atok nenek die. Anak sulung aku kerap kembung, jadi oleh kerana tak ada pengalaman aku tak tau nak buat apa. Aku stress bila dia asek menangis tak henti2. Jadi, mak ayah mertua aku yg letakkan minyak, tuamkan baby, urut sampai die kentut.
Sejak tu, aku belajar mcm2. Kalau baby nangis berpanjangan, mungkin dia menahan sakit dari sesuatu. Yang lagi pelik, lepas habis 44 hari, everything went normal. Berpantang di rumah mertua sama je rasa mcm berpantang dgn mak ayah sendiri. Tu bagi aku lah, kalau bagi orang lain lebih selesa dgn mak ayah sendiri then proceed. Ni aku cerita bagi diri aku. Aku akan ingat jasa2 mak ayah mertua aku yg jaga aku dalam pantang sampai bila2. Dorang jaga aku macam anak sendiri tanpa pilih kasih. Terima kasih mak ayah!
Berpantang anak kedua aku berpantang dgn mak ayah aku sendiri. Aku ingatkan anak pertama tu dah cukup stress nak handle. Rupanya lagi stress aku kene hadap. Tapi itulah pengalaman yg kau takkan dapat kat mana2. Anak kedua aku setiap 30 min sekali akan menangis. Aku praktikkan perkara yg sama masa pantang anak pertama dulu, aku tukar pakaian die semua lps tu letak minyak Anugerah & bagi susu. Masih lagi die bangun 30 min sekali. Ya Allah, ape lagi yang dia nak ni. Dalam pantang anak kedua memang laki bini struggle jaga anak. Tapi suami aku kata kat office die tak mengantuk langsung. Mungkin berkat setiap malam kene layan kerenah anak menangis 30 min sekali. Benda ni berlarutan sampai habis pantang.
Lepas habis pantang pon, anak kedua aku kerap menangis. Oleh sebab die suka nangis, jadi aku akan nyanyi lagu “Jangan Menangis Anakku” dlm filem Ahmad Albab masa die kerap menangis tu. Aku pulak lepas suami aku pergi kerja, aku dah tak boleh tahan. Aku mintak tolong mak ayah aku tengokkan baby & anak sulung aku sementara aku renew balik energy yg hilang setiap malam. Aku akan tidur dalam sejam atau dua jam macam tu. Cabaran anak kedua, breast aku berdarah & melecet teruk. Bertambah lagi stress aku. Agak kerap yg keluar bukan susu tapi darah. Anak pertama tak ada pulak macam ni.
Hari2 aku menangis masa baby breastfeed sbb sakit sgt. Rasa give up! Setiap kali nak give up, suami aku akan bagi moral support. Moral support dr suami seriously penting. Sebab dalam pantang emosi kau sangat tak stabil. Selalu pikir benda2 yg negatif. Selalu rasa nak tekap anak dengan bantal suruh die berhenti menangis. Bayangkan, lagu2 klasik yg mendayu2 pon aku boleh menangis tersedu2. Jadi kene banyakkan berzikir & istighfar.
Berpantang anak ketiga. Rasa macam tak berpantang sebabnya anak aku tidur aje memanjang. Aku pulak yang kene kejutkan die setiap 2 jam sekali nak bagi susu. Nak kata kuning, tak ada kuning. Tapi kenapa asyik tidur je. Aku risau perkembangan die terbantut atau ape. Belum pernah lagi terjadi perkara misteri anak kuat tidur dalam pantang. Kadang2 bila die menangis tu aku akan suke. Jadi aku akan biarkan die menangis dalam 2-3min macam tu baru aku bagi susu. Susah nak dengar suara die menangis. Sbb aku dah standby lagu “Jangan Menangis Anakku” utk dodoikan die.
Anak yang paling senang dijaga waktu dalam pantang. Rasa macam tak ada baby pon ade. Perangai die yang kuat tidur ni, berlarutan sampai 5 bulan. Lepas tu aku tak bagi die tidur sgt. Risau aku. Aku akan ajak die main tapi masih 2 jam sekali dah melahau2 nak tidur. Ok ke baby kuat sangat tidur ni? Aku tanya nurse kat klinik kesihatan. Dorang kata ok je. Sampai sekarang umur die dah setahun, die akan tidur 4 jam sekali. Kalau tak bagi tidur, menangis macam kene pukul.
Jadi, tamatlah kisah pengalaman berpantang aku. Agaknya yg ada anak 6, anak 9 tu lagi banyak pengalaman kan. Kawan2 aku dalam pantang kadang2 aku tanya khabar baby ok tak. Mane tau kalau tak tahu ape2 aku boleh bagi pendapat sikit2 utk bantu ape yg patut. Cume pengalaman anak2 kene kuning je aku tak ada. Jadi bila kawan2 tanya macam mana nak turunkan bacaan kuning anak2, aku hanya boleh bagi jawapan kerapkan die susu supaya die kerap kencing & berak. Itupon mak mertua aku yg cerita sebab mak mertua aku dulu mantan matron bahagian perbidanan kat salah sebuah hospital kat Selangor.
Sekian sahaja dari saya. Terima kasih kerana sudih membaca. Assalamualaikum.
– Ain
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit