Dah lewat malam ni. Aku tak boleh tidur. Teringat dekat arwah mak and ayah.. Tak kisah la esok kerja ke tak tapi aku rasa macam nak luahkan isi hati sbb rindu sangat so aku pilih untuk luah kan di sini..
Al-fatihah untuk mak dan ayah aku. Tak tahu dari mana nak mula.
Mak pergi tinggalkan kitorang adik beradik masa raya haji 2017. Aku still rasa mcm baru je lagi mak pergi. Ye masa tu aku tengah sambung belajar diploma baru habis first year. Sehari sebelum puasa aku habis final. Habis je final exam aku terus drive balik dari kuala selangor ke nilai.
Otw balik accident kene langgar tapi nasib baik tak teruk and nasib baik masa tu dah dekat nak sampai rumah. Dah la tu kereta viva kesayangan mak aku. Sampai je nilai terus pergi spa arwah mak bersama sejambak chocolate bouquet sbb mak pernah call cakap dia maybe ada kanser rahim tpi Dr. salah tgk. Tah apa tah something mcm rahim tebal je. Then mak cerita kakak pun sakit time tu tk ingt sakit apa.
Masa tu mak cakap dia dah sihat dah. So aku pun cakap la bouquet tu utk kakak aku yang sakit then mak aku merajuk dia cakap dia sakit aku tkde pun bagi. Time tu tetibe rasa zupp tersentap nya dengar mak cakap mcm tu then apa lagi cover line la, ‘oo ni utk mak sekali la share dgn along. Adik buat khas utk dua dua’ baru la nampak muka mak ceria balik..
Mak sakit masa ni, cuma dia tk bgtau aku pun dia sakit. And dia sendiri tak tahu sebenarnya sakit apa. Fast forward masa hujung ramadhan, dia panggil aku masuk bilik dia. “adik cuba pegang breast mak ni, rasa ada biji la kt tepi ni keras je” aku pun pegang. Mak tnya lagi “kenapa ni eh” then aku pun cakap “selalu kalau ada biji kt breast ni kanser. Mak dh pergi check ke belum? Pergi la check awal awal ni” tapi mak tk pergi check pun. Dia lengah kan masa sampai la ke raya puasa. Kitorang balik kampung tpi aku boleh nampak mak aku tengah tahan sakit sbb dia asyik merengek je cakap sakit la penat la.. Masa ni aku menyesal tak hantar pergi hospital terus..
Balik dari kampung dia memang dah tak tahan sakit so dia pergi buat check up and dr diagnose dia breast kanser tahap 2 tpi tk perlu operate pun cuma buat kemoterapi je. So mak kene admit ward. Time ni dh nak masuk sem baru, aku extend sbb nak jaga mak. Masa dlm ward, ada benjol besar dkt dahi mak and perut mak membusung. Masa ni dh nak dkt raya haji. Dr sah kan yg mak sebenarnya kanser lymphoma. Mak sempat buat kemoterapi sekali dkt hospital swasta ni then insuran dah habis cover kitorang minta transfer ke hospital kerajaan.
Silap kitorang dkt sini, tak terus bawak mak pergi hospital kerajaan tapi kitorang bawak mak balik dulu. Hari pertama mak boleh jalan duduk dekat laman termenung then mak tanya aku “adik rasa mak lama lagi” aku dh tahan air mata sambil pujuk mak ” apa mak cakap ni mesti la mak lama lagi mak kan kuat. Yg penting tak boleh putus asa” itu je yang mampu aku ucap. Aku menyesal tak bagi kata kata semangat lebih dkt mak sbb aku pun tahan nangis time ni. Maklum la aku cenggeng sikit kalau nak cakap heart to heart dgn mak ni. Dlm hati sayang depan depan ego.
Haritu mak minta makan pizza padahal mak not a big fan of fast food ni. Aku layan kan je. Hari ke 2 mak dh tk larat nak bangun dari tilam. Kencing pun aku tadah guna besen. Mak dah tak banyak cakap. Dia suruh aku potongkan kuku dia, mandikan dia, pakai kan bedak, losyen, lipstick sikit. Lepastu aku teman mak baring borak borak dgn dia. Aku ingat lagi mak cakap “banyak pahala adik dekat mak” Allah mak, adik banyak dosa dekat mak tak terhitung dosa adik dekat mak tapi mak boleh cakap mcm tu..
Dalam masa sama bila kakak aku balik kerja (dia tolong jaga spa mak masa mak sakit) aku bagi kakak aku pulak jaga mak aku sebab aku nak pahala tu biar kitorang semua dapat. Mak bagi aku semua barang kemas dia utk aku jaga. Tapi tah mcm mana tempat yg aku rasa paling secure dah aku sorok boleh hilang separuh barang kemas tu. Masa ni mmg aku sedih gila rasa nak mati. Ada lah jugak sesi tuduh menuduh dlm rumah tpi tkde sapa nak mengaku so semua move on je la.
Hari ke 3 mak dah tak boleh bangun. Tidur je. Makan pun taknak. Buang air pun tak. Dia pun dah start lupa kitorang. Dia tak kenal family dia sendiri. Kitorang call ambulance. Rupanya buah pinggang mak dah rosak and hati dah rosak. Ambulance terus bawa mak ke hospital seremban.
Masa dekat hospital seremban ni mak agresif walaupun tak sedar. Dia nak cabut wayar jarum dekat badan dia. Pihak hospital pun ikat la tangan dengan kaki mak. Allah sedihnya tengok mak sendiri kene ikat macam tu tapi aku faham keadaan memaksa.
Mak semakin nazak. Dr. transfer ke hospital pakar di ampang. Dekat sini mak masuk icu masuk bilik kuarintin. Dekat 2 minggu mak dekat sana. Kitorang sewa homestay utk senang ulang alik tengok mak. Masa ni dh 2/3 hari raya korban di raikan tapi kitorang tak raikan pun sbb jaga mak.
Masa ni ingat segar lagi dlm ingatan. Waktu melawat dah habis. Kitorang semua nak pergi makan masa magrib ni. Baru keluar perkarangan hospital dlm 15 min mcm tu dapat call dari hospital suruh datang sbb mak dah nazak. Aku dgn kakak aku sampai dulu. Apa lagi kitorang berlari pergi icu. Kakak aku sempat ajar mak ucap kalimah syahadah, aku hanya mampu menangis. Tak mampu bercakap.
Lepas je habis kakak aku ucap, mesin pun dah tkde nadi mak.. Lagi meraung la kitorang. Paling kesian dekat adik aku paling kecik. Baru 6 tahun masa ni sempat tengok mak aku 2 kali je dlm icu. Dia pun nangis. Sedihnya aku tengok. Then aku tengok adik lelaki aku umur 13. Ye dia seorang je lelaki dlm adik beradik. Kesian dia tahan menangis. Dia kene kuat. Aku peluk dia. Sama sama nangis.
Okay lepas mak meninggal hidup kembali normal.. Ayah tiri jaga kitorang bawak jalan jalan nak hilangkan sedih.. Sepatutnya aku dh kene masuk belajar. Tapi extend lagi sbb takda duit untuk yuran. Lepas berbincang utk berhenti belajar, ayah kandung paksa jugak aku masuk belajar dia bayarkan semua yuran. 4k tau utk 1 sem. Dekat sini aku nampak ada sinar harapan utk belajar lgi.
Fast forward 100 hari selepas mak meninggal. Kitorang buat kenduri arwah. Tengah siap siap semua, dapat panggilan mengatakan mayat ayah kandung dijumpa dalam kereta tepi sekolah di melaka. Pak guard sekolah yang jumpa. Ayah kene heart attack masa memandu dlm hujan. Dia sempat berhenti tepi sekolah nak turun minta bantuan sebab dia tk bawak telefon tapi belum sempat dia keluar kereta, Allah dah tarik nyawa dia. Pak guard jumpa mayat di msa magrib. Allah nak uji baru je hilang mak tercinta, luka belum sembuh hilang pulak ayah tersayang.
Ye aku berhenti belajar sebab takda sapa nak support finance. Sedih memang sedih tapi apakan daya.. Takkan nak suruh bapak tiri bela kot dia pun ada anak dgn first wive dia dulu yg perlu dia tanggung.
Jangan ingat episod duka sampai sini je. Lepas je mak ayah kandung aku meninggal, ayah tiri halau kitorang adik beradik keluar dari rumah tu. Yg ni boleh baca dlm confession kakak aku tajuk ‘nasib si yatim piatu’ (https://iiumc.com/nasib-si-yatim-piatu/). Life kitorang ni duka, duka, duka.
Kadang kadang aku pun hilang arah hilang punca rasa nak bunuh diri. Yelah kehidupan tak stabil lagi kan. Kene pakai banyak duit rupanya dalam hidup ni. Tapi tulah nak bunuh diri nanti kesian pulak dekat kakak aku nak kene jaga adik aku 2 orang, anak dia lagi, spa arwah mak lagi, nak buat batu nisan utk aku pulak. Batu nisan tak murah wey.. Mengenangkan adik beradik la aku keep on fighting walaupun kadang tersungkur. Bila dah ada tanggungjawab ni la baru merasa pengorbanan ibu bapa besarkan kite dulu.. Perit duka luka diorang.. Terima kasih mak ayah berjaya besarkan kitorang.
Sekarang bapak tiri yang dulu hina kitorang halau kitorang, datang merayu minta maaf. Kakak aku maafkan. Aku? tah la. Malas dah nak amik tau psl dia. Redha je la dgn semua ujian ni. Yang penting kitorang adik beradik slow slow bangun semula. Sekarang dlm proses cari rumah sewa. Mahal jugak deposit rumah sewa 3k lebih.. Huhu ikat perut lah ye.. Spa arwah mak juga kitorang nak jual sbb dah takde duit sngt.. Sesiapa berminat boleh bagitahu.
Aku tulis ni untuk luahkan hati perasaan aku malam ni sebab aku terlampau rindu kan mak aku. Rindu kan saat saat terakhir dengan dia. Oh ya, sebelum lupa. Mak aku sempat masakkan makanan favorit aku.. Cuma terkilan sikit masakan last dia masak, aku tak makan.. Kari ayam. Sampai hari ni kalau nak makan kari ayam aku mcm hilang mood sbb teringat dekat mak.. Sayur sup bayam pun sama sbb hari hari aku masak sup tu utk mak masa dia sakit.
Dah terubat sikit rindu bila dapat luahkan. Aku rindukan life semasa ada mak ayah. I miss them so much.. And tanggungjawab sekarang terasa berat utk dipikul tapi jangan mengalah, keep on fighting!
Sorry kalau ayat berterabur and sukar utk difahami sebab aku type sambil menangis mengenangkan memori bersama mak ayah.. Terima kasih baca luahan hati ni. Jangan kecam please.
Mana yang kenal tu diam diam ye. Jangan cakap pasal ni.
Sekian…
– Adik
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit