Perniagaan Terbantut

Assalamualaikum dan hi semua. Aku surirumah anak dua, lepasan degree tapi adalah buat bisnes kecik2 jual balm baby. Aku asal bisnes kosmetik jenama local malaysia tapi bukan timbang kilo la, yang produk OEM buat kat kilang.. bukan krim warna warni la kiranya. Aku beralih sebab aku nampak bidang kosmetik dkt malaysia netizen dah dapat kesedaran, orang dah tak nampak produk yang lawa jap je, pastu breakout. Diaorang dah beralih ke produk drugstore yang lebih selamat n yakin. Thanks to sifu-sifu atas ilmu pasal skincare dan produk timbang kilo. Start dari tu aku nekad tak mahu dah jual produk overclaim ni, takut jatuh hukum menipu customer.

Aku tak tahu la aku je yang rasa insecure atau makcik2 aku nak yang terbaik untuk aku, sebab aku anak sulung, tapi tak keje, adik aku no dua sekarang jadi guru interim dini kat terengganu, nampak macam makcik2 aku compare aku ngn dia, iyela dia kearah dapat mengajar tetap dalam 2-3 tahun lagi, aku? Ntah la weh aku mcm pening dh. Macam niat di hati nak je continue bisnes dari rumah/mintak keje. Tapi aku stuck la korang. Boleh ke aku berjaya bisnes dari rumah? Aku nak cuba buktikan yang bisnes dari rumah pon boleh berjaya. Sebab aku masa kat uni dulu pon aku niaga dah, tp aku nmpk target n audience aku sebab yang beli pon mostly budak uni jgk.

Kalau ikut dulu customer duk jauh aku sanggup pegi COD biar kena jalan 1km pon janji customer dapat barang. Malam2 pon sanggup COD. Sekarang tak, aku tak mmpu nak post iklan mcm aku buat dulu2, baru nak iklan, anak nangis, anak merengek nak dukung, aku pon sekarang fon jarang kat tangan, anak tido blh la pegang, anak bangun mmg fon letak tepi, tak jadi keje la kalau hadap fon je kan. Sampai satu tahap aku rase malu nak iklan balik kt fb, ig. Aduh macam jiwa aku yang berkobar2 dulu buat bisnes dah hilang. Aku tak tahu nak develop balik macam mane.

Dah kuar uni ni aku stuck la, aku mcm tak tahu nak mula dari mana. Aku cuba nak iklan dkt group besar2 tapi krik2. Aku nak cuba nak iklan kat group daerah tmpt aku duduk tp admin block post iklan. Aku sekarang banyak bergantung pada SHOPEE.. situ jela tempat aku cari makan yang dapat customer dari seluruh negeri dan kebanyakkan customer aku dari sarawak n sabah (aku tahu diaorang nak jimat postage sbb tu diaorang beli ikut shopee).

Yang aku nyesal sampai sekarang aku dah tak mampu nak cod sebab aku takde lesen kereta, harapkan laki aku yang dah penat keje nak kena cod lagi.. aku tak mahu susahkan dia lagi. Dia dh banyak berkorban untuk kami sekeluarga. Kami plak hidup kat pekan kecil je. Bila jual balm ni kan aku tahu yang membeli ni ibu2 yang educated je, yang sedar kebaikan essential oil (EO) mampu rawat masalah anak, tapi aku duk pekan kecil iklan balm kecik je orang cakap mahal wehh.. sbb dia kata benda secoet je tp harga yahudi, btw ni balm antara termurah tau. aku memang pengguna jgk sbb aku tahu EO ni mmg mahal, dah jadi bentuk balm kita lumur je pon dah sangat padan ngn harga dia, kita tak perlu cairkan dah. Tapi tula tahap kesedaran diorang tak sama ngn yang duk bandar2 besar mcm kl, selangor, penang, johor.

Aku tengah plan nak amek lesen kereta, pastu nak fokus bisnes makanan la, makanan ni semua orang makan kan? Haha tak pun aku amek lesen kereta, pastu dah mahir kereta, mintak keje ikut kelayakan degree aku. Aku pon mcm confuse ngn diri aku nak buat ape. Ralat kan bila dalam otak pikir macam macam tp kita tal dapat buat benda tu disebabkan takde lesen kereta.

Kalau ikutkan aku tak nyesal pon jadi surirumah sebab aku boleh tengok anak2 aku membesar depan mata tapi dgn dunia sekarang perlukan duit, I have to do something to help my husband. Aku sampai kena pergi jumpa doktor sebab anxiety aku tahap teruk, sampai gigil tangan, jantung laju rase sempit je, aku kuat sangat fikir sampai benda tu attack balik diri aku. Doc cakap jgn stress2 sbb tu aku meluah kat confession ni, laki aku selalu cakap abang kan dah keje, tapi dia pon keje makan gaji, ade loan nak di bayar, aku pon ade ptptn nak bayar. Dia pon baru naik pangkat. Aku tak mau berharap sangat kat dia, tapi alhamdulillah nafkah dia tak culas.

Korang if ade idea lebih bernas korang share eh kat komen.. nanti aku baca.. kot ade peluang bisnes yang lebih bagus ke. Tapi dah la ea produk kecantikan, aku penat dah rase mcm membongak kat orang pakai 7 hari hilang cela. Skincare drugstore pon tak claim camtu. Kalau ade cikgu2 bisnes yang harga tak mahal sangat, ilmu dia mahal untuk aku folow korang tag diorg kat komen ea.

Thanks sudi baca luahan hati aku, lega dah sikit bila dah luah ni.

– Nana

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *