Kerani Ada Degree

Assalamualaikum semua. Terkesan dengan luahan penulis ‘Hati seorang Posmen’ (https://iiumc.com/hati-seorang-posmen/). So saya rasa saya pun nak meluah juga, situasi lebih kurang sama, degree holder tapi kerja biasa biasa saja.

Siapa yang baca kisah posmen tu dan rasa dia perlu cari kerja gomen or kerja yang lebih baik dari seorang posmen?? untuk orang yang berfikiran macam ni korang kena faham apa yang abang posmen tu cuba sampaikan, tujuan utama dia kerja posmen sebab dia perlukan kerja yang flexible masa untuk dia bahagikan masa dia menjaga isteri dan anak anaknya.

Tak faham kenapa ada lagi yang suruh dia cari kerja lain.. itulah, orang orang sekeliling kita ni ‘toxic’ sebenarnya. Mereka baca apa yang kita luahkan tapi bukan semua faham apa yang di baca. Mereka melihat tapi bukan semua yang nampak, mereka dengar tapi bukan semua yang mendengar.

Berbalik kepada kisah saya, saya kerja kerani di sebuah company kecil. Mempunyai Ijazah dan pengalaman kerja yang boleh tahan, cuma tiada rezeki kerja dengan Government. Selepas graduate, saya kerja dalam pelbagai bidang, kerja KFC, Sales Girl, kerani, Guru tuition dan bidang paling lama ialah sebagai Sales Representative.

Sepanjang masa saya bekerja sebagai guru tuition saya selalu mengimpikan untuk bekerja di bidang yang lebih baik dan menjanjikan gaji yang tinggi. saya bercita-cita tinggi, ingin menjadi seorang career woman yang berjaya. 5 tahun berlalu, hutang PTPTN mula tertunggak, lama kelamaan terhenti membayar PTPTN, 10 tahun berlalu reality kehidupan slaps me on my face. Di umur lewat 20 an sudah mengalami masalah kewangan dan keluarga mendesak untuk mencari kerja yang lebih baik, masa ni saya kerja dalam bidang sales yang tidak mempunyai gaji basic cuma berharap kepada komisyen semata-mata.

Beberapa tahun selepas itu saya tukar kerja namun dalam bidang yang sama juga cuma kali ni saya ada basic pay. Di sini saya mula stress dengan kerja saya sendiri, kerja yang saya buat bertahun tahun akhirnya saya stress dan depress untuk buat kerja itu semula. Dalam bidang kerja saya ni, saya kena cari project dan saya kena convince a decision maker (biasanya bos-bos) untuk sain the project agreement.

TAPI… macam biasalah.. orang buat sales ni dalam 101 benda yang dia cakap bagus, tiada satu pun yang betul. Im seriously sick of that situation, setiap hari convince new client yang system di promote itu is the best system dan tiada masalah. Sampai pada satu tahap.. bila client decline, saya akan rasa lega tapi bila client ok, sign dan project on, stress level saya sudah naik, sebab system yang di jual ni sebenarnya is not that good, support pun hampeh, service buruk. Saya selalu stress sebab jual system yang orang cakap.. system level ayam.

Bila tiada sales, bos pula buat kita tekanan. Dia akan selalu brainwash kita kata banyak prospect, di mana mana ada prospect cuma kita ni saja kena rajin, kalau tiada sales tu maksudnya kita ni malas. Dia tak tahu yang sebenarnya untuk jual system tu is a sin to me. hahah! sangat stress tau ndak! setiap kali closing client rasa berdosa sangat sebab menipu. Lepas jual system mesti client akan bagi feedback ini itu ada masalah. Ex bos saya ni jenis yang cepat gelabah, bila ada client yang ada problem dengan system tu dan tiada support yang respon call mereka. Client akan direct call boss, bila boss dapat call untuk system issue, dia akan cari sales dulu WALAUPUN tengah malam.

Lepas tu bila issue tak selesai lagi, esok pagi pagi lagi office dah macam kena serang ribut, kecoh support dan sales untuk selesaikan issue client saja. Saya ingat lagi time interview boss tu cakap dia berniat mahu besarkan company kecil tu, in the future dia mau ada R&D dia sendiri.. sekarang bila ingat balik hangat hangat tahi ayam dia tu mahu tergelak saya.

So saya berhenti kerja. Saya apply kerja kerani. Kenapa kerani? Sepanjang masa saya stress dengan kerja sales tu saya selalu membandingkan kerja saya dengan kerani di tempat kerja saya tu, most of the time saya akan berfikir ‘Bagus nya kalau saya just seorang kerani, cuma siapkan kerja tak payah stress buat sales’ and God says.. kerja la kerani hahah and Here I am.

Apa yang saya cuba sampaikan ialah, Setiap orang ni ada fasa-fasa dalam kehidupan. Ada masa kita rasa career tu penting, dan ada masa kita rasa keluarga lebih penting. Dan yang paling penting, akan tiba fasa di mana kita rasakan kesihatan mental kita lebih penting dari segalanya iaitu berasa gembira. Ramai yang terpaksa kerja kerana inginkan gaji yang tinggi tapi.. kita tidak tahu mungkin mereka sekadar bertahan sebab mereka tidak mempunyai pilihan. Tidak semua orang tahan dengan stress kerja.

Berbalik kepada situasi saya, saya rasa kerja sebagai seorang kerani tidak salah walaupun saya degree holder. Saya mempunyai pekerjaan, punya gaji dan tidak menyusahkan keluarga saya, saya berdikari. Sama juga situasinya dengan si Posmen tadi tu, dia sebenarnya tak kisah kerja sebagai posmen tapi dia tekanan dengan standard yang di tetapkan oleh orang sekeliling dia, yang berpandangan seorang degree holder kenalah bekerja lebih baik dari seorang posmen. Orang orang macam ni berlambak, even ahli keluarga sendiri boleh menjadi toxic ni dan membuatkan kita stress.

‘Belajar tinggi tapi kerja kerani saja’

Too harsh… saya pilih untuk tidak memperdulikan mereka tapi i end up jadi introvert, hahaha sebab tak mahu berdepan dengan reaksi begini saya kurangkan berjumpa dengan orang I am more into my own hobby which is something yang saya enjoy. Entah lah, there is no solution to this saya just fikir yang … the most important here is ME. kalau saya happy then tak kisahlah apa orang nak kata.

To Mr. Posmen.. lets prove them wrong. Actually ada Degree is not because we want to have high pay salaries. NO. The years yang kita spend to have that Degree is actually membentuk kita sebagai seorang manusia yang know what is important and how to life survival. Pat on our shoulder.

Yang terkesan.

– Clark

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *