Tahun 1 dan Pandai Membaca

Assalamualaikum semua. Jan dah lepas, masa aku tulis confession ni dah 1Feb dah pun. Banyak confession suruh anak pandai membaca sebelum tahun 1. Antaranya confession ini, (https://iiumc.com/isu-budak-darjah-1/). So, aku pun nak tulis juga la sikit2 mewakili Mak anak ramai yang anak sulong dia baru tahun 1.

Confession ni aku tulis bukan nak bash mana-mana pihak, malah setiap orang ada pandangan masing-masing. So, tak salah kita bertukar-tukar pendapat dan idea, setiap orang kan punyai pandangan Dari sudut yang berbeza-beza. Sebagai pengenalan, anak sulong aku ni tidak la aku hantar ke mana-mana taska terkenal tanah air, aku hantar dia ke taska yg biasa-biasa jek untuk dia belajar sambil bermain. Aku start hantar pun mula umur 5tahun, sebelum tu memang aku la yang ajar dekat rumah.

Alhamdullilah sebelum hantar tu memang dia kenal dah abc, 123, Alif ba ta. Tapi macam ramai cakap, tahun 1 kena pandai baca, sayangnya anak aku masa bulan 12 2018 tu dia belum pandai membaca pun, tidak lancar sampaikan anak kawan aku yang sebaya dia pernah cakap “eee, dah nak darjah 1 tak pandai baca lagi ya? Kenapa slow sangat” —- ni budak yang cakap bukan orang besar tau

Tapi petang tadi, masa aku ambil dia balik sekolah, nampak wajah murung dia, aku tanya “why you look not happy?” sebab aku takut anak aku jadi mangsa buli or kena denda dengan cikgu ke kan. Korang tahu dia jawab apa? “Abg not happy dekat school. Kenapa kawan-kawan bising? Bising dalam kelas, bising dekat Dewan, bising masa rehat. Cikgu Suruh senyap, kenapa kawan-kawan bising?”

Aku terkejut sebenanrnya, sebab anak aku pun sejenis tak duduk diam juga masa tadika dia. “Abang kan bising juga masa sekolah dulu, skrg abang dah tak bising ke?” “Mummy, cikgu Suruh senyap, kenalah senyap, kenapa tak dengar cakap cikgu?” “Cikgu marah kawan2 abang, cikgu cakap tak tau bahasa. Tak tau bahasa tu apa mummy?”

Sebenarnya sebulan persekolahan ni anak aku yang tak pandai baca, yang slow tu dah pandai baca pun gaisss, semua homework siap, semua pesanan cikgu sampai, Kelas pendidikan seni yang bermain dengan water color tu pun elok tak tercuit baju putih dia. Barang-Barang terjaga elok, belum ada kes hilang pensil, pemadam, buku n etc.

Aku cuma follow apa yang seorang pengamal early childhood education selalu tekankan, betulkan sikap anak-anak sebelum mereka masuk sekolah untuk belajar. Cantikkan sikap anak-anak sebab sikap ni terbentuk hanya sehingga mereka berumur 8tahun. Selepas tu, nak tegur untuk betulkan sikap mereka, mereka dah besar kepala, dah susah. Bantu cikgu dengan mudahkan urusan mereka mendidik anak kita di sekolah.

Dan korang nak tau, umur paling lambat untuk pandai membaca ialah 9tahun. Sama mcm anak kita kalau lambat berjalan, kita bawa jumpa pakar, pakar akan kata umur paling lewat berjalan ialah 18bulan, sama mcm kes dengan membaca. Ye, kalau paksa elok jek anak tu pandai baca, sama jek mcm kita paksa bawa Kereta, start enjin terus masuk gear 3 nak jalan, jalan tu memang la jalan tapi lama-lama rosak kereta tu.

Sepatutnya seawal umur ini, yang perlu kita ajar ialah sikap Dan Nilai-Nilai murni. Sikap bertolak-ansur, hormat menghormati, kasih mengasihi, bertanggungjawab, berfikiran positif, optimis. Betul, silibus darjah satu berat, tapi tanggungjawab kemenjadian seorang manusia itu adalah lebih besar dari yang lain-lainnya. Aku takut kita lahirkan ramai yg dapat result straight A’s tapi sikap2 mahmudah tu semua tiada Dan hilang. Kita ada ramai doktor tapi sifat empati tu takda dalam jiwa — haaaa, gitulah contohnya.

Sebenarnya sebelum anak kita berumur 7tahun, ada 6 aspek yang kita kena monitor dan betulkan (nak tulis pun file dekat bilik study, ni tinggal nak tutup mata untuk tidur dah ni, insyallah, nnt tulis lagi ya). Selepas ready elemen ni semua, baru masukkan elemen pembelajaran. Sayangnya kita hanya fokus dengan pandai membaca, kena pandai baca, wajib pandai baca.

Syok sebenarnya dapat kelas mix pandai dengan belum pandai, banyak aktiviti boleh buat nak pupuk sikap yang elok dikalangan mereka. Tanamkan dalam minda kita, mereka yang belum pandai baca sebelum umur 7tahun tidak semestinya dia bodoh Dan takda masa depan. Perjalanan mereka masih jauh. Anak-anak itu anak-anak kita, masa depan negara terletak di tangan mereka nnt.

Semua penulisan sebelum2 ni yang berkaitan dengan kes ni tiada yang salah, semua betul, cuma untuk memudahkan semua pihak, setiap dari kita jalankan lah tanggungjawab yang betul. IbuBapa jalankan tanggungjawab dengan memberi perhatian perkembangan anak-anak, kawan-kawan anak kita tu anak kita juga, sama-sama jaga.

======
Btw, penggunaan gunting dan gam tu memang perlu tau, kalau takut sangat, Suruh jek anak-anak kita main “messy play”. Tak pandai baca tak semestinya anak-anak tak boleh buat eksperimen mudah dekat Rumah, cubalah!

– Mak anak ramai

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *