Kiamat Kecil

Assalamualaikum semua. Aku Hana. Aku ada baca confession sebelum ni tentang kiamat, (https://iiumc.com/kiamat/). Confession beliau mengingatkan tentang pengalaman aku sendiri iaitu kiamat kecil. Salah satu kiamat kecil adalah kematian. Ye aku mimpi tentang kematian. Yg lebih menyeramkan adalah aku mimpi kematian aku sndri. Apa yg bakal aku ceritakan adalah benar berlaku pd aku dan tujuan aku cerita kat sini kerana aku mahu mmberi peringatan kpd sahabat2 sekalian dan pd aku sndri. Aku bukan org yg baik tp aku harap ada saham utk aku diakhirat kelak.

Semua bermula apabila aku buka mataku kerana rasa tidurku terganggu. Buka sahaja mata aku berada dalam situasi yg aku tak jangka. Aku bangun dari pembaringanku sambil melihat sekelilingku. Ramai. Terlalu ramai org sedang baca yassin. Aku hampiri mereka dan aku terlihat ibuku dsebalik org ramai. Aku panggil dia tp tiada sahutan. Aku panggil lagi adik beradik aku yg lain tp tiada sahutan juga. Entah bagaimana bole terlintas dhati yg aku sudah meninggal. Menggigil aku mencari jasad aku sendiri. Berulang kali aku ckp pada diri ini hanya mimpi tp semua yg ada depan mata aku terlalu real. Aku jmpa. Aku sedang dmandikan. Perasaan malu timbul apabila auratku dbuka. Air mata aku jatuh fikir semua dosa yg aku lakukan. Air mata yg jatuh terlalu real utk dianggap sebagai mimpi.

Situasi seterusnya aku sedang diiring ke tanah kubur. Aku terbayang kisah pendek hassan (bole search di utube malikul maut) aku menggigil lagi. Aku lihat atas kerandaku mencari jika ada haiwan atasnya. Alhamdulillah tiada. Aku menangis lagi kerana situasi ini adalah real apatah lagi aku bakal dtanamkan. Kemudian aku sedar aku sudah berada dlm kubur telah tertanam didalam tanah malah aku mendgr org membaca talkin. Aku menggigil semakin kuat dan berpeluh seluruh badan. Aku benar2 takut ketika itu. Aku lihat sekeliling tp aku tak boleh bergerak. Sekeliling aku gelap terlalu gelap tanpa secebis cahaya. Aku mula berasa panas dan rimas berada dlm keadaan sempit. Aku cuba jerit sekuat hati tapi yg keluar hanya nafas yg tercungap cungap.

Sedang aku cuba untuk melepaskan diri bacaan talkin sudah selesai. Aku dgr derapan kaki mereka smbil kira smpai tujuh langkah. Degupan jantung aku makin kuat kerana aku benar2 rase keseorgn. Aku tak pernah rasa seperti yg aku rasa ketika itu dan mula terbayang dosa2 aku. Mula terfikir bagaimana pengakhiran aku. Aku menangis kerana aku takut sebb yg aku lalui ketika itu terlalu benar terlalu real utk mjadi mmpi. Tiba2 aku dgr derapan kaki. Bunyi derapan itu makin lama makin dekat dan aku mula terfikir itu adalah malaikat munkar dan nakir.

Aku rasa nafas aku makin laju sbb aku sgt takut. Aku tak mampu nak describe perasaan takut tu mcm mane. Tp aku betul2 takut waktu tu dan badan aku menggigil sgt2. Waktu tu aku benar2 pasti yg aku sudah mati. Belum sempat mereka sampai ke tempat aku, aku tersedar dari tidur dlm keadaan tercungap cungap. Aku berpeluh seluruh badan dan aku masih menggigil. Aku menangis dan aku berulang kali ucap terima kasih Allah terima kasih Allah. Bukan sbb aku masih hidup tp terima kasih kerana beri peluang untuk hidup lagi.

Mimpi tu sgt real utk aku sehingga aku terbayang berhari hari. Aku akui aku mula perlahan lahan hampiri Allah. Aku perbyk solat sunat perbyk baca alquran n byk igt Allah. Namun aku adalah manusia yg terlalu byk kelemahan. Kdg2 aku lalai n aku leka mengejar dunia. Tp bile teringat mmpi tu aku btaubat smula. Dan begitu la cycle nya smpai sekarang. Fitrah manusia mmg selalu lupa dan kisah aku ini merupakan pengajaran dan peringatan utk org lain serta diri aku sendiri yg fakir. Semoga pengakhiran kita adalah pengakhiran yg terbaik. Semoga apabila saat kematian itu tiba, aku kau dan kite semua tiada penyesalan dlm kehidupan ini.

– Hana

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *