Perasaan Takut Mati

Assalamualaikum semua. Firstly, thanks admin kalau confession ni disiarkan. Saya N, wanita berusia lewat 20-an. Sudah berkahwin tapi belum punya zuriat. Saya adalah seorang suri rumah.

Okay straight to the point. Tujuan saya menulis confession ini adalah untuk meminta nasihat & pendapat semua kerana saya tidak tahu ke mana untuk meluahkan.

Pernah tak anda terfikir macam mana agaknya keadaan kita selepas meninggal dunia? Itu lah yg sering saya fikirkan sejak kebelakangan ini terutama pada waktu malam ketika saya cuba untuk melelapkan mata. Sy asyik terfikir tentang siksa azab kubur. Tentang keadaan di Padang Mahsyar. Ya Allah. Ngeri, sungguh ngeri. Ini membuatkan saya tak dapat melelapkan mata.

Sebenarnya sejak dahulu pun saya pernah terfikir tentang perkara ini, namun tidak berpanjangan seperti sekarang. Sekarang, boleh dikatakan hampir setiap masa saya memikirkan tentang perkara itu. Lebih2 lagi saya sering berseorangan di rumah. Jantung saya sentiasa berdebar.

Debaran seperti ketika mahu mengambil keputusan peperiksaan. Rasa terlalu takut kerana saya rasa saya belum bersedia andai ajal menjemput. Kerana saya tahu saya seorang pendosa. Belum banyak amal ibadah yg boleh saya bawa untuk menjadi bekalan.

Sy manusia yg lalai. Sy solat, tapi terkadang ada juga tertinggal terutama waktu subuh. Sy solat, tapi jarang2 diawal waktu. Sy puasa, tapi kerap kali melewatkan untuk mengganti puasa. Sy berhijab, tapi masih belum menutup aurat dengan sempurna. Allahu, lemahnya iman saya.

Kalau hendak dihitung, tak terkira nikmat yg Allah sudah beri kepada saya. Saya belum punya zuriat, tapi saya ada suami yg sangat baik. Sy ada keluarga yg menyayangi saya. Sy tiada masalah dr segi kewangan. Saya ada tempat tinggal yg selesa, kereta mewah. Suami sering menghadiahkan barangan berjenama & membawa saya bercuti.

Boleh dikatakan setahun 3 atau 4 kali suami akan bawa saya bercuti ke luar negara. Tujuan saya menceritakan tentang ini semua bukan untuk menunjuk2 dan riak. Tapi untuk menunjukkan bahawa betapa banyaknya nikmat yg Allah beri kepada saya, tapi saya masih lalai. Ampunkan hamba Mu ini Ya Allah.

Sekarang saya sedang cuba perbaiki diri. Saya cuba biasakan diri solat di awal waktu. Jika dahulu muzik menjadi kegemaran saya, kini saya perbanyakkan mendengar alunan zikir dan selawat. Kalau dahulu buka tv & youtube hanya untuk hiburan, kini saya lebih suka mendengar ceramah2 agama.

Sewaktu solat zuhur siang tadi saya menangis. Seawal mengangkat takbir, air mata saya sudah bertakung. Ketika berwirid, airmata saya tumpah. Saya menangis tersesak2 ketika mengangkat tangan memohon doa kepada Allah. Saya minta agar Allah beri saya peluang untuk menjadi hambaNya yg betul2 taat sebelum Dia menjemput saya pulang.

Saya mohon bersungguh2 supaya diberikan saya masa yg cukup agar saya dapat berbakti kepada orang2 disekeliling saya. Agar saya dapat menjadi isteri terbaik untuk suami saya. Agar saya dapat menjadi anak yg membahagiakan orang tua saya.

Sungguh, kematian itu sangat menakutkan bagi saya, manusia pendosa. Mohon doakan agar Allah berikan ketenangan hati kepada saya. Agar Allah kuatkan hati saya untuk berusaha menjadi hambaNya yg taat, & istiqamah dalam taubat saya.

Hamba Allah

– N

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *