Allah, Izinkan Aku Menyembah Mu

Assalamualaikum para pembaca budiman.

Dimana silapku, betapa berat dosa aku.

Saya memohon pembaca sekalian untuk memberi input mudah-mudahan membantu saya keluar daripada kepompong kejahanaman ini.

Saya seorang yang mencintai agama Islam, tapi saya ragu adakah saya hanya menyintai keindahannya tetapi tidak kepada ketaatan kepadaNya.

Saya tidak tahu apa masalah saya. Saya seringkali meninggalkan solat. Tolong saya. Tolong saya. Adakah saya disihir? Adakah ada dosa yang begitu berat sehingga terhalang sinar taufiq hidayah untuk terus saya istiqamah dalam solat?

Ada orang diuji dalam bab aurat, ikhtilat dan hal-hal yang lain. Saya malangnya diuji begitu berat begini, iaitu tidak solat!!! Allah!!!! Tolong lah hamba Mu yang malang ini!!!!

Saya sangat menjaga bab aurat, malah mengharap suatu hari nanti diberi kekuatan untuk memakai purdah. Saya sangat menjaga ikhtilat hinggakan saya tidak pernah sekali keluar berdua-an dengan lelaki bukan mahram untuk makan2 atau hal lain yang tidak penting. Kalau terpaksa naik satu kereta dengan lelaki saya pastinya duduk dibelakang. Saya tidak bercakap dengan lelaki melainkan atas tujuan kerja.

Allah ampuni saya.

Untuk solat 5 waktu, pelbagai buku telah saya baca. Pernah suatu ketika saya begitu tekad, saya pastikan setiap kali pulang dari kerja saya singgah di masjid dan duduk disitu sehinga saya benar2 menyelesaikan maghrib dan Isyak saya, kerana saya tahu kiranya saya pulang ke rumah, saya tewas atas dasar penat dan inginkan rehat. Tetapi tidak kekal lama. Mujahadah ku tak lama.

Atau ada jin ke yang menghalang aku? Kadang aku pasang ayat2 ruqyah. Ada waktu berkesan, aku solat ada kala tidak.

Allah. Apakah nasib malang hamba Mu ini, diuji sebegitu berat, Allah tolong lah aku. Tolong. Mana mungkin aku hidup tanpa sembah Engkau sedang itu tujuan utama ya Allah. Itu soalan utama ya Allah bila dikubur dan diakhirat sana. Tolong!!!!! Sebelum nafas ku berhenti. Sebelum aku tidak mampu berdiri atau mengambil wuduk sendiri.

Allah. Jadikan hidup dan mati ku kerana Engkau Ya Allah. Andainya ini satu penyakit, sembuhkan ya Allah T.T Andai kerana dosa lampau, ampunkan Ya Allah. Tolong lah. Jadikan aku hamba Mu yang sebenar hamba, pada sifatku, perlakuanku, kata-kata aku, pemikiran ku, tiap saat tiap waktu. Saat sendiri dan saat ramai. Allah, jangan jadikan aku makhluk Mu yang begitu malang dan hina dina dunia akhirat.

Pembaca sekalian. Tolong doakan aku. Tolong doakan mati aku dalam rahmat Allah. Mana mungkin aku boleh hadapi sakaratulmaut dan akhirat dengan membawa bebanan dosa macam ni. Allah, tolong. Aku tak nak langsung mahu cuba-cuba azab Mu. Api dunia pun tak mampu aku sentuh apatah lagi azab disana.

Kenapa aku tidak boleh bermujahadah dalam solat. Allah. Allah. Allah.

Manusia malang yang tidak solat.

– Halimah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *