Postpartum Depression / Meroyan

Assalamualaikum semua. Saya telah bersalin anak kedua. Ternyata pelbagai faktor menyebabkan saya mengalami postpartum depression:

1. Air susu yang lambat keluar dan tidak mencukupi. Bayi terkena kuning.

2. Di tegur kerana seolah2 tidak mahu menyusukan bayi susu badan, hakikatnya kuantiti air susu badan memang sedikit.

3. Anak pertama kuat meragam kerana belum boleh menerima adik.

4. Memikirkan masalah kewangan, saya membuat kerja sambilan selepas berpantang 30 hari. Saya fikir ok, tapi sebenarnya kerana terpaksa, keadaan mendesak, saya buat juga.

5. Tinggal berjauhan dengan suami. Suami bercuti menjaga saya selama sebulan selepas saya bersalin. Saya sangat sangat bersyukur dan rasa lega kerana suami menjaga saya dengan baik. Keadaan menjadi teruk bila suami kembali duduk berjauhan kerana bekerja. Ibu, adik2 perempuan ambil alih menjaga saya. Apa yang terjadi, seolah2 saya menjaga diri sendiri, bayi dan anak pertama saya yang berusia 3 tahun sendiri. Saya tidak tidur siang malam menjaga bayi selama beberapa hari dan saya sangat penat.

Ibu dan adik2 perempuan tidur di waktu malam, saat saya paling perlukan bantuan, namun tidak terucap kerana takut menyusahkan mereka. Tapi mereka tidur di rumah saya kerana ingin menjaga saya dalam pantang. Namun saya tidak nampak pun keadaan yang sepatutnya. Sehingga satu ketika, saya tidak tertahan apabila anak pertama meragam dan mengganggu adiknya.

Saya pukul kaki anak saya, terkeluar kata2 ingin membunuh anak dan sebagainya. Geram kerana ibu dan adik2 tidak bantu uruskan anak pertama yang meragam. Geram kerana melihat adik2 tersenyum melihat sikap saya ketika itu. Mungkin mereka ingat saya bersikap kebudak2an. Tapi hakikatnya saya memang sangat tertekan ketika itu dan hampir hilang kawalan. Mungkin mereka kurang pengetahuan tentang stress selepas bersalin. Selepas insiden itu, saya menjaga bayi dan bergilir dengan ibu atau adik perempuan bila saya penat.

6. Sensitif dengan kata-kata yang tidak sedap di dengar. Saya terdengar adik bergurau dengan adik seorang lagi, mengatakan adik bongsu seperti ‘amah’ kerana saya sering meminta bantuannya menjaga bayi. Mungkin bergurau tapi entah macam mana saya ambil serius. Hari yang sama, saya meminta ibu dan adik2 untuk tidak perlu tidur di rumah saya menemani saya dan anak2, dengan alasan sampai bila mahu uruskan kami anak beranak. Saya mahu belajar berdikari, walaupun terhiris hati mendengar kata2 adik sebelum ini.

7. Menguruskan anak-anak sendiri. Sampai hari ini, hampir genap 3 bulan selepas bersalin. Saya mengaku mengalami kemurungan dan tertekan. Kadang2 saya menangis, pernah pukul dinding sekuat hati, jadi pemarah dll. Saya uruskan anak2 tanpa suami di sisi. Saya akan cuba atasi kemurungan ini. Doakan saya.

Kesimpulannya, postpartum dep tu memang wujud. Berilah sokongan kepada isteri, anak, atau keluarga anda yang baru lepas bersalin. Orang lepas bersalin boleh jadi lebih sensitif dari sebelumnya walau dalam sekecil hal. Saya selalu rasa diri tidak berguna kerana terpaksa memarahi dan kdg2 pukul anak pertama yang kadang2 degil. Lepas tu, menangis sendiri tengok muka anak waktu tidur. Selalu terfikir dan berdoa alangkah bagusnya kalau ayahnya berada di sini kerana keadaan akan menjadi lebih terkawal.

Sekadar luahan untuk kurangkan beban dalam fikiran dan sebagai iktibar bersama.

Sekian, terima kasih.

– Depressed mom of two

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *