Assalamualaikum, selamat sejahtera everyone. Aku sebenarnya dah lama terfikir nak share benda ni. Aku yakin apa yg aku akan kongsikan ni bakal trigger banyak pihak tapi apa yg aku nak bagitau ni adalah berdasarkan pengalaman peribadi aku, orang2 terdekat aku, dan ilmu2 yang aku kutip dari buku, video dan carian dalam internet.
Pencarian aku bermula bila aku mengalami kemurungan beberapa tahun yang lepas. Kemurungan ni berpunca drpd banyak sebab, ia macam 1 series of unfortunate events yang nampak mcm tak berkesudahan. Lepas satu, satu. Kemuncak segala2nya bila aku meltdown sampai bergegar 1 rumah, seisi keluarga bertengkar dan aku larikan diri dari rumah.
Tak tahan dengan semua tu, aku cuba seek help. Aku cari pusat kaunseling atau apa2 badan yang boleh tolong aku. Aku buat ujian saringan DASS (ni korang google la apa dia k). Aku join satu support group untuk depression survivor. Kat dalam group tu, ada someone terangkan yang setiap orang akan ada triggering factor masing2 dan masing2 tak sama triggering factornya. Ada yang boleh triggered bila sentuh bab agama. Contohnya bila dia cerita masalah dia, orang nasihat islamik sikit, dia akan triggered. Tapi aku tak lama dalam group tu. Aku left sebab aku senang trigger baca post2 kat dalam group tu. Aku ada jugak buat percubaan untuk contact pegawai kesihatan kat dalam support group tu tapi sebab dia reply lambat, aku tak jadi nak cerita
Jadi, aku teruskan pencarian nak seek help ni. Takdir Allah menemukan aku dengan seorang psychologist. Encik ni very fatherly. Dia dengar cerita aku sampai habis dan bagi saranan2 yang perlu aku buat untuk pulihkan semangat aku. Tapi masa nak balik tu, dia ada titipkan 1 pesanan: “Tengok balik solat you dan betulkan solat you dulu. You buat ni je dulu okay?”
Aku triggered. Serious. Masa tu baru aku faham orang2 yang triggered dengan nasihat agama. Tapi aku take it positively. Ada benarnya. Aku reflect balik solat aku. Memang kurang sempurna. So aku mulakan untuk penuhkan solat aku dulu sepenuh yang boleh. Lama-lama, aku mula perasan perubahan dalam hidup aku. Things started to fall in to places. Apa yang terbuku dulu, dah tersingkap. Apa yang aku harap sangat orang2 yang buat aku triggered ni nampak apa yang aku nampak, akhirnya diorang dah nampak. Satu, satu, Allah tunjuk.
Masa dalam proses recovery, Chester Bennington mati bunuh diri. Aku mesti la terkesan, sebab aku sendiri banyak kali ada suicidal thoughts, rasa dah fed up nak hidup, rasa mati lebih baik. Masa tu la aku terjumpa 1 video Ustaz Don Daniyal bercerita pasal Chester dan depression. Ustaz Don sebut Islam tak pernah tak acknowledge masalah dalaman yang kita tak nampak ni. Sebabnya dalam Islam sendiri, ada rukun iman iaitu percaya kepada perkara ghaib. Benda ghaib ni bukan sekadar jin, syaitan, makhluk halus. Tapi benda2 yang kita tak nampak. Pahala, dosa, syurga, neraka, iman, perasaan, emosi.
Ayat Ustaz Don yang sangat terkesan dalam hati aku ialah “antara punca depression ni bila kita tak mahir dengan ilmu qada’ dan qadar”. Benar. Sangat benar. Adakah kita betul2 faham apa yg dimaksudkan dengan rukun iman yang keenam ni? Sejujurnya aku tahu, tapi aku tak mengerti dengan sebenar-benar kefahaman. Hence why bila datang ujian, aku tak mampu lawan. Aku jatuh. Aku biarkan diri aku jatuh. Datang lagi masalah sebelum aku sempat bangun, aku jatuh lagi. Dwell dalam masalah2 tu sampai aku rasa terkepung, nampak jalan keluar tu kat situ. Dah nampak dah pintu tu. Tapi takde daya nak ke situ.
So apa saranan Islam untuk menangani depression? Ustaz Don mention dalam video tu “daepression has no face untuk tunjuk dekat orang. Ia ada dalam hati. Jadi, pi berkawan, jangan duk sorang-sorang”. Maksud berkawan ni la yang seek help tu. Cari bantuan. Macam-macam saluran ada untuk dapatkan bantuan. Kawan atau keluarga yang memahami, badan-badan bertauliah, NGO pun ada banyak. Cari. Jangan duduk sendiri, luah kat twitter, luah kat FB pastu kena kecam. Jangan. It will only make it worse.
Dan berbalik kepada pesanan psychologist yang aku jumpa tu, tentang solat. Aku baru dapat jawapan kenapa walaupun aku solat tapi jiwa aku tak tenteram, aku senang triggered, aku rasa nak mati. All thanks to Habib Ali Zainal Abidin dalam program Taman Syurga kat TV alhijrah. Let me tell you, aku ni bukan jenis suka tengok tv. Aku tak suka aktiviti sosial. Lebih suka duduk sorang2, layan perasaan. Jadi, macam pelik la kenapa tiba-tiba aku boleh bukak TV dan masa tu tengah tunjuk rancangan tu. Aku tak pasti tajuk syarahannya apa, tapi part yang aku tertengok tu pasal tipudaya syaitan yang bukan saja akan cuba menghalang kita dari solat, bahkan kalau kita berjaya solat, dia akan usahakan sampai kita tak dapat benefit solat.
Apa benefit solat? Dalam surah al Ankaboot ada Allah berfirman “dirikanlah solat, sesungguhnya solat dapat mencegah perkara keji dan mungkar”. So macam mana nak dapatkan benefit tu? Dengan khusyuk ketika bersolat. Jadi kat sini la syaitan buat tipudaya dia supaya kita tak khusyuk masa solat supaya kita tak dapat benefit solat tu. Apa dia buat? Masa solat tu la tiba-tiba kita teringat itu ini, terfikir nak tweet apa jap lagi, macam-macam lagi sampai kita terleka dah rakaat ke berapa, tadi ada sujud kali kedua ke tak, tadi tak baca doa qunut, tak sedar apa yang kita baca, pegi baca al fatihah masa tahiyat awal. Macam-macam.
Jadi, dari situ aku dapat relate. Apa sebenarnya punca semua masalah tekanan hidup yang aku alami selama ni. Hidup aku adalah reflection dalaman aku. Dalaman aku adalah reflection kualiti solat aku. Apa saranan Habib Ali untuk naikkan kualiti solat kita? Fahami bacaan dalam solat, hayatilah. Sebab bila kita faham dan hayati, kita akan faham betapa kerdilnya kita yang tengah berdiri, rukuk dan sujud pada Pencipta kita.
Bawak diri kita sama2 menghayati kebesaranNya. Dialah satu-satunya yang menghargai diri kita yang akan menghargai walau sekecil-kecil kebaikan kita yang sekecil zarah di akhirat nanti, Maha Penyabar dengan kita yang dah diberi macam-macam nikmat tapi masih mengeluh, masih susah hati dengan hal-hal duniawi. Maha Lembut, yang menyampaikan kelembutanNya melalui orang-orang yang Dia hadirkan dalam hidup kita. Allah.. sayangnya Pencipta kita pada kita..
Aku rasa dah terlalu panjang confession ni. Macam yang awal-awal tadi aku dah mention, ni atas pengalaman aku sendiri dan aku pernah jumpa beberapa orang yang ada psychosis, ada major depression yang dapat sembuh kerana mereka kembali berlari kepada Allah yang Maha Baik. Aku ni bukan alim, jauhhh sekali orang yang baik. Aku cuma nak berkongsi dan berharap ada kawan-kawan di luar sana yang mendapat manfaat dari confession aku ni. Terima kasih sebab sudi baca.
– Ami
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit