1. Bila dapat gaji pertama, kau terus belanja semua rakan sekerja kau.
2. Belanja itu memang bagus, ianya dianggap sedekah. Tapi kalau dah setiap hari kau diminta untuk belanja. Itu bukannya belanja, tetapi dipergunakan. Haha.
3. Cukup 3 bulan slip gaji, anda terus buat kira-kira untuk membeli kereta pertama anda.
4. Asalnya hanya ingin membeli axia, akhirnya termakan hasutan kawan sekerja, kau pun pergi ke showroom kereta import.
5. Tanpa kau sedar, kau sudah terbeli kereta idaman kau dengan komitmen bulanan hampir RM1000.
6. Tapi kau tak sedar, komitmen tersebut bukan setahun dua, tetapi hampir mencecah 7-9 tahun.
7. 3 tahun selepas kau membeli kereta idaman kau, kau mula memasang impian untuk membeli rumah pertama kau.
8. Tapi sayang, loan rumah kau tak lepas. Sebab apa? Sebab kau dah ada hutang kereta idaman kau hampir mencecah ribuan ringgit. ”Habis rosak rekod DSR dan NDI kau”.
9. Tak cukup dengan hutang kereta. Kau tambah lagi diri kau dengan hutang kad kredit. Seronok swipe sana swipe sini semasa sale besar. Hujung bulan hidup terpaksa merangkak di kaunter bank. Haha
10. Tanpa kau sedar, tahap profil kewangan kau sudah semakin tenat. Nak pinjam pada kawan, semuanya sudah hilang. Dulu bukan main minta belanja. Haha.
11. Tanpa berfikir panjang, kau terus memohon personal loan dengan tujuan untuk menampung hidup kau.
12. Bila dapat 10,000 cash dari loan, kau happy dan meloncat. Tapi dalam hati penuh gundah gulana memikirkan cara untuk membayar semula hutang tersebut. Haha.
13. Kepada fresh grad, gaji pertama kau adalah penentu masa depan kau. Dapat gaji pertama, sila ambil kertas dan pen dan rancanglah sebaiknya.
14. Kad kredit, personal loan, selera yang tinggi adalah racun kepada duit anda. Nampak seperti mudah, tetapi jika tersilap langkah, sila tepuk dahi dan mengucap banyak-banyak. Haha.
15. Fresh grad sepatutnya patut menjadi contoh kepada masyarakat di dalam menguruskan kewangan. Jika bukan anda, siapa lagi? Anda sanggup lihat kewangan anda tunggang langgang di usia muda? Tepuk kepala betulkan otak. Haha.
– Aidil Adha
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit