Belum Cuba Belum Tahu

Assalamulaikum admin dan pembaca iiumc sekalian. Tujuan saya confess ini untuk berkongsi bagaimana cara untuk menambat hati insani.

Cinta tak perlu dan sayang juga tak perlu. Tapi hanya perlukan suka. Dapat tak dapat bukanlah persoalan. Kerana usaha kita itu adalah penentu segala – galanya.

Dulu masa saya belajar dekat USM. Saya ada sukakan seorang wanita. Saya mula sukakan wanita itu ketika kami ini terlibat sama dalam temasha olahraga tahunan ( TOT ).

Selepas habisnya temasha tersebut saya ada tanya kawan – kawan dia bagaimana diri dia dalam batasan agama dan akhlak dia dengan orang sekeliling. Kesemua jawapan yang saya terima positif. Itu yang membuatkan perasaan saya makin tertarik dengan dirinya. Tapi saya ini individu yang dahulukan akademik dari jodoh. Dik kerana itu saya jadikan peristiwa itu sekadar warna warni dalam hidup.

Ketika saya berada di tahun akhir dekat USM. Saya ada tanya kawannya adakah dia itu masih single ataupun sudah berpunya. Jawab kawannya dia itu masih single. Sebelum tibanya musim konvokesyen saya ada buat solat sunat istikharah. Jawapannya diri saya ini semakin bersemangat untuk confess isi hati ini dekat dia.

Ketika hari konvokesyen insan yang saya suka itu. Saya mula face to face dengan dirinya dan nyatakan hasrat yang tersimpan dalam hati ini. Tapi apakan daya dia reject terhadap apa yang saya luahkan itu dengan ayat “MAAF YA, MALAS NAK FIKIR “. Walaupun kena reject saya tetap tidak berasa malu kerana saya berpendirian yang usaha saya itu adalah baik. Malah hati saya juga tidak gusar kerana saya tahu hati manusia ini milik Allah. Allah juga yang membolak balikkan hati manusia.

Usaha saya untuk dapatkan insan tersebut bukan terhenti disitu sahaja. Tapi setelah saya pulang ke kampung. Saya mula bina pendekatan yang baru untuk menambat hatinya. Bila Saya suka dekat seorang wanita dengan niat untuk nikahinya. Saya just ambil pendekatan berhubung dengan pemilik hatinya di talian hotline 24434 ( solat fardhu ).

Suka saya itu dihijabkan dengan syariat supaya suka terhadap seorang wanita itu sekadar dalam genggaman sahaja bukan dalam hati. Kenapa saya hanya letak dalam genggaman ? Supaya hati saya ini tidak terheret ke dalam lembah zina.

Tindakan ini juga terkait dengan Qada dan Qadar Allah. Jika apa yang saya hajatkan ini tidak diizinkan oleh Allah, saya mampu melepaskannya dengan penuh redha. Tindakan itu berketepatan dengan sifat kita sebagai manusia. Kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa mendatang. 5 tahun saya berdoa untuk insan yang saya suka dengan meletakkan sifat tawakal pada Allah tanpa putus.

Dalam waktu yang sama, kehidupan saya ini sentiasa diusahakan untuk berada atas landasan syariat. Ini kerana apabila kita berbuat maksiat, perkara yang kita minta dari Allah itu mampu terhijab dengan maksiat malah dapat membebaskan diri kita dari memperolehi nikmat dalam keadaan istidraj.

Insan yang saya suka ini adalah seorang anak perempuan kepada seorang tok guru agama. Jadi itulah jalan yang terbaik untuk memikat hatinya kerana dirinya itu seorang yang sombong dengan ajnabi. Dalam 5 tahun itu sambil – sambil saya berdoa untuk insan yang saya suka. Saya mampu tambahkan kefaqihan dalam agama, tamatkan pengajian master saya dan dapatkan kerja yang tetap.

Ketika kami berjumpa dekat KL Sentral selepas 5 tahun terputus hubungan. Saya pun menyapa dia dengan memberi salam. Hasilnya belum sempat untuk saya confess buat kali kedua tiba – tiba dia nyatakan. Bukan ke kamu ini individu yang saya reject dekat majlis konvokesyen USM dulu.

Maaflah ketika itu saya terpaksa reject terhadap apa yang kamu luahkan kerana perjalanan saya dalam menuntut ilmu bukan setakat itu tapi jauh lagi. Apatah lagi diri saya ini individu yang lebih dahulukan akademik dari jodoh. Justeru, untuk kali ini jika kamu betol – betol ikhlas untuk jadikan diri saya ini isteri kamu. Bolehlah masuk berjumpa dengan orang tua saya di kampung.

Kini hidup kami bahagia dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Alhamdulillah. Dalam hidup ini, janganlah lemah kerana Allah sentiasa bersama kita. Jagalah Allah, Nescaya Allah akan menjaga kita. Allah is The Best Planner.

– Lelaki

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *