Kesunyian dalam Keramaian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat insan-insan yang sudi meleburkan masa anda. Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian semua. Di ruang waktu ini pada pukul 3.03 pagi, ingin sekali daku yang bakal menyambut hari kelahiran yang ke 29 tahun (alhamdulillah) berkongsi rasa atau lebih tepat mengutarakan persoalan yang muncul di benak fikiran ku.

Dari semenjak kecil hingga besar, aku bukanlah yang aktif bergaul namun aku selalu berkawan dengan sesiapa yang sudi dekat denganku terutama mereka yang suka bercakap dan aku hanya mendengar. Baguslahkan. Aku akan mengambil inisentif menegur orang yang selalu duduk seseorang. Sebenarnya aku curious tentang insan-insan sebegini. Namun aku selalu mendapati diri aku kesunyian, terutama sejak aku berpindah keluar dari rumah. Selama 10 tahun setelah merantau belajar dan bekerja ke negeri lain. Tersangat kitikal sejak 5 tahun kebelakangan ini. Mungkin sebab dah habis belajar jadi tiada lagi kawan yang mengajak keluar dan bersosial.

Itu lumrah kehidupan. Walaupun aku bergelak ketawa dan bertemu dengan rakan-rakan, aku masih sunyi. Malahan ada ketika aku menangis sendirian setelah bertemu dengan rakan tauladan serta crowd to be specific. Aku lebih gembira bila berkeseorangan. Aku pasti ramai lagi insan di luar sana seperti diriku. Geng-geng introvert pasti mengerti. Persoalanannya sihat ke sikap begini. 3 bulan tak keluar rumah pun tak mengapa, aku masih waras. Bila keluar sekejap bertemu dengan manusia yang ramai, aku terasa seperti aku tidak perlukan di sana. Itu bukan tempat aku. Adakah aku berdosa kerna tidak menjalankan tanggungjawab sosial, atau khalifah di muka bumi ini?

Sedangkan Allah menyuruh kita untuk menyembah Dia dengan solat dan menjadi khalifah dengan berbuat baik sesama manusia. Aku juga mendengar ceramah agama, untuk memanjangkan usia kita seharuslah menghubungkan silaturrahim sesama keluarga, jiran dan sahabat. Aku boleh kira berapa kali aku menghubungi keluarga dan rakanku,jiran pun aku tak kenal. Berdosakah aku? Sesungguhnya bila aku bersama mereka aku terasa foreign object, bukan foreign person. Aku masih sunyi biarpun aku bergelak ketawa kerana selalu percakapan kita-kita kosong semata-mata. Ye lah terasa aku amat kosong. Bila aku bersendirian aku terasa banyaknya perkara yang aku boleh buat, walaupun sebenarnya aku tak productive pun.

Itu satu hal, persoalan kedua adalah isu yang panas, bila nak kahwin? Sesungguhnya aku ingin berkahwin kerana sebab yang paling utama adalah Tuhan menyuruh manusia berkahwin. Hukumnya sunnah dan boleh jatuh wajib buat sebahagian besar manusia. Aku teramatlah pasti suruhan dan larangan Allah adalah yang terbaik belaka. Ingin aku ajukan persoalan seterusnya, terutamanya yang telah berkahwin anda tak terasa sunyi ke mendapat pasangan tidak memahami. Setakat aku hidup, aku masih tidak bertemu insan yang memahami diri aku. Anehnya aku amat memahami mereka seperti membaca buku kanak-kanak. Hal ini menyebabkan aku terasa sunyi. Sebenarnya lagi sunyi bila mendapat pasangan yang tidak memahamikan. Lebih baik bersendirian.

Bila dapat pasangan yang tidak memahami, aku melihat insan – insan di sekelilingku menjadi extreme workhaholic atau fanatic gamers, shophaholic, extreme pemalas. Sudah pasti aku pun tergolong dalam golongan yang sama. Adakah aku perlu juga berkhawin padahal aku akan mendera perasaan pihak sana? Nanti terkeluar complain pasal aku dekat sini. Hahaha. Sepertinya aku lebih bahagia bersendiri cuma kadang kala malah selalu juga aku memerlukan pertolongn cuma tidak terkeluar dekat mulut je. Murmur je lebih. Akhirnya aku biarkan diri aku tidak ditolong, membiarkan semua perkara berlalu pergi dan menolong diri sendiri setakat yang termampu. Pernah aku jumpa insan-insan yang memahami tapi mereka hanya mampu melihat kepayahan aku. Hanya mengasihani aku. Kepayahan apa pun aku sendiri tidak mengerti. Pelik bukan.

Lebih memedihkan perasaan bila ada insan rapat denganku meminta pertolonganku namun aku tak mampu menghulurkan tangan seolah-olah dunia aku dengan mereka berlainan. Terhalang oleh pintu besi yang aku sendiri tidak tahu passwordnya. Terasa diri aku teramat selfish, kenapa la susah sangat aku nak memberi. Ego, atau ketakutan. Adakah kerana aku pernah dicabul oleh waktu kecil menyebabkan aku hilang kepercayaan kepada lelaki dan semua manusia? Sebenarnya peristiwa tersebut aku dah mampu berdamai kerana sepertinya terdapat kesilapan aku sendiri. Biarlah tuhan sahaja yang mengetahui. Sesungguhnya dunia mereka dan aku berbeza seperti dinding yang pisahkan, walaupun aku cuba untuk meruntuhkan dinding tersebut. Sekejap saja, aku kembali membina dinding tersebut.

Entahlah kenapa aku confess kat sini, sebenarnya aku pernah confess di sini 4 tahun dahulu, komen-komen sangat membina. Sekarang terdapat pelbagai golongan masyarakat, pelbagai peel, itu amat menakutan bagi aku. Hahaha. Moga aku tidak tergolong gologan yang menjatuhkan. Semoga kita sama-sama menjadi insan membina. Terima kasih jika sudi berkongsi nasihat dan fikiran. Lebih kepada merapu sebenarnya ni almaklumlah pagi yang sunyi kan. Dan aku pasti ramai yang seperti diriku, namun berbeza dari semua segi.

– Pulut pagi

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *