Berpindah Mengikut Suami

Assalamualaikum semua. Nama aku Bunga, umur 20-an, baru sahaja berkahwin dan sedang mengandungkan zuriat kami yang sulung. Aku asal Kedah dan merupakan penjawat awam yang bertugas di ibu kota. Suami aku pula berasal dari Borneo.

Kami bahagia. Suami aku sangat bertanggungjawab dan ringan tulang. Hari-hari kami sebagai suami isteri adalah sangat-sangat membahagiakan aku. Oh ya suami aku juga penjawat awam yang juga bertugas di ibu kota.

Kami melalui perkenalan yang singkat sebelum masing2 bersedia untuk terus menuju ke pernikahan. Aku tak fikir panjang, terus sahaja setuju memandangkan segala urusan perkahwinan berjalan dengan mudah. Ibu bapa kedua belah pihak setuju, tarikh nikah di tetapkan, rumah untuk di duduki setelah nikah sudah disediakan. Aku fikir ini lah tanda bahawa dia jodohku.

Tapi lama kelamaan makin kerap pula suami menanyakan bila kami akan berpindah ke borneo. Sedangkan kami tidak pernah membincangkan hal ni sebelum berkahwin, sbb pada pandanganku, kami sama2 bertugas di ibu kota, jadi tidaklah aku pernah terfikir untuk pindah ke kampung mertua dalam masa terdekat. Sungguh aku langsung tidak bersedia untuk berpindah.

First of all sebab aku rasa Borneo itu terlalu jauh. Aku akan keseorangan di sana ( walaupun suami di sisi). Aku tiada keluarga yang ada pertalian darah denganku di sana. Aku takut sangat. Takut apa2 jadi nanti, dan aku keseorangan. Ibu bapa ku pula nun di Kedah. Sedih aku membayangkan kalau jauh dari mereka. Kalau apa2 jadi, sempatkah aku balik? Bolehkah aku balik?

Kedua, budaya keluarga kami tidak sama. Aku tak pandai bawa diri bila di kampung mertua. Memasak apatah lagi. Tidak sama cara masakan kami, menu2 nya lagi. Kalau aku cuba jugak masak style orang kedah masak, pasti tidak di jamah sebab tidak menepati selera mereka yang lebih gemarkan masakan ‘plain’ yang bagi ku kurang ‘kick’. Kurang rasa dan cara masakan yang rebus/ stim/ sup. Aku tidak boleh telan. Bayangakn kalau aku pindah sana.

Aku pula jenisnya sukakan privasi. Aku suka menghias rumah mengikut citarasa sendiri. Kalau duduk dekat dengan mertua, pastinya mereka kerap ke rumah kami. Pasti esok2 mereka yang sibuk2 susun atur rumah ku. Aku benci tu.

Aku tau syurga seorang isteri adalah di tapak kaki suami. Aku cuma tak redha kalau kami berpindah. Aku belum bersedia dan terlalu banyak benda negatif yang aku fikirkan akan terjadi. Tolong lah readers, bagi aku tips bagaimana untuk bahagia dan redha sekiranya berpindah mengikut suami yang jauh sangat dari asal usul kita.

Tolong kongsikan pengalaman kamu semua. Tolonglah aku dalam dilemma. Kadang2 aku sampai fikir baik kami bercerai sahaja sebab aku betul2 tak mahu berpindah. Tapi aku sedih memikirkan kandungan ku. Tolong aku.

– Bunga

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *