Mencari Keikhlasan Sedekah

Hendak aku ceritakan kisah dimurahkan rezeki. SEDEKAH, cliché kan? Dari posting FB hingga lah ke masjid ustaz ustazah berbuih bercakap soal sedekah ni, tak cukup masjid balik ke rumah pula kena berleter dengan mak isu yang sama. Anda mahu menjadi kaya? Inginkan kejayaan? Mahu dipermudahkan segala urusan? Jom sertai sedekah dan amalan ini (mungkin begitulah copywriting yang boleh digunakan oleh para asatizah sekalian). Tapi reality tidak begitu ya kawan sekalian. Sedekah itu bukanlah semudah jampi P. Ramlee, “ngiak ngisummm, matek aji semal ngisem”, ngeekkkk~~~~ bunyi pintu rezeki terbuka.

“Habis tu jika bukan bersedekah apa perlu aku buat? Aku ni diajar dari kecil pasal sedekah dan rezeki”, tanya keyboard warrior. Sabar-sabar, jangan kecam dahulu. Sebelum menjawab persoalan korang, biar aku perbetulkan dahulu apa yang korang tanya. Aku tak cakap sedekah itu tak penting atau tak perlu. Apa yang aku ingin sampaikan adalah ia hanya salah satu jalan menuju ke pintu rezeki. Sesudah sampai di depan pintu adakah ia dapat dibuka atau tidak? Itu bergantung pada kunci di tangan. “Alahai apa pulak kunci-kunci ni? Pening la”. Okay kejap lagi aku terangkan.

Seperti ustaz dan ustazah anda nasihatkan, sedekah ni senang saja, sesiapa sahaja mampu bersedekah tidak kira kaya atau miskin. Tak mampu dengan wang ringgit, bantulah dengan tenaga, tak cukup tenaga, doa juga dikira sebagai sedekah. Malah, malaikat turut mengaminkan doa dan dan kembali berdoa kepada kita. Pendek kata, segala bentuk bantuan yang memudahkan urusan mahkluk lain juga itu dikira satu sedekah. Namun, apa yang sukar dan bukan semua orang miliki adalah keikhlasan hati dalam bersedekah. Itulah sebenar-benar kunci pembuka pintu rezeki.

Di dalam kehidupan ini, kita seringkali bertarung dengan nafsu sendiri. Saat tangan di atas menghulur dan tangan di bawah menerima, apakah yang kita perjudikan? Adakah dengan pemberian ini berharap rezeki akan turun mencurah-curah ke ladang gandum? Jika itu yang dikejar maka suatu masa anda akan berputus asa dengan apa yang anda kerjakan. Percayalah, soal sedekah dan dimurahkan rezeki doesn’t work that way. Mesti anda pernah dengar kisah pelacur dan anjing. Selalu orang kaitkan kisah ini dengan keampunan tuhan, tapi bagi aku dari sudut pandang lain boleh juga dilihat dari sudut sedekah.

Sangat ekstrim perbandingan yang Allah ceritakan. Masakan tidak, pekerjaan yang dihina agama diganding pula dengan haiwan yang juga diharam agama. Namun, apa yang aku boleh simpulkan dari kisah itu adalah bukan soal siapa yang memberi, siapa yang menerima, mahupun apa yang diberi. Tetapi, jiwa yang ikhlas tidak berharap sebarang balasan, niat di hati lillahi ta’ala cuma mahu membantu. Jika sekalipun tidak mendapat ganjaran di dunia tidaklah mengapa kerana bukan itu tujuan utama. Dan saat itulah kurniaan tuhan itu hadir tanpa diduga.

Dari semua yang aku cerita diatas aku pelajari dan alami dari beberapa pengalaman sendiri. Bila diharapkan sesuatu dari sedekah yang aku beri, tiada apa yang aku dapat. Seperti aku katakan, aku bukan malaikat, aku juga punya nafsu dan keinginan.

Kisah hujung minggu, biasalah bawa keluarga minum petang di Teras Jernang, Bangi. Kalau dah nama orang Terengganu, mesti lah keropok lekor dan satar menjadi juadah pilihan. Selesai sahaja si anak isteri membedal keropok berbatang-batang dan satar bercocok-cocok, singgah sebentar ke kedai gunting rambut kampung (bukan hipster yang menjadi trend anak muda), ini betul-betul kedai kampung berdindingkan kayu beratapkan zink. Masuk ke kedai memang tiada orang, hanya kami anak beranak. Awalnya aku bagi anak anak sulong dahulu diguntingkan rambut yang sudah mula panjang. Selesai anak, tibalah giliran bapak pula. Terasa begitu lama rambut dipotong, tengok cermin memang sangat teliti kerja anak muda ni. Terhendap-hendap mata beliau antar gunting dan rambut. Mungkin inginkan tampak balance kiri dan kanan. Begitu teliti.

Aku rasakan itulah potongan rambut paling lama yang aku pernah buat. Tengah dia potong tu dalam kepala aku tak fikir lain, aku mesti kasi lebih kepada anak muda ni. Sambil tu aku perhati senarai harga “Dewasa RM 10, Kanak-Kanak RM5”. Sudah sahaja gunting, aku hulur RM20. Anak muda buka wallet mencari note RM5 sebagai baki. “Eh, takpe-takpe ambil je” kata aku. “Betul ke bang” tanya beliau. Lalu berulang kali mengucapkan terima kasih dengan muka yang gembira. Di pendekkan cerita, lepas tu aku terus ke masjid untuk solat maghrib. Aku pergi dulu sementara wife jaga anak-anak didalam kereta. Then tiba turn wife aku pula untuk solat. Ketika wife aku berjalan pulang ke kereta aku nampak ada 2 bungkusan polystren dibawa bersama, isinya nasi beriani atau minyak, aku pun sudah lupa. Anggaran sebungkus RM 8, total 2 bungkus RM 16. Berair mata aku waktu tu, “Begitu cepat engkau balas ya Allah” kata aku dalam hati.

Itu kisah note yang kecil. Ini pula kisah nilai yang agak besar. Aku hadiahkan ibu aku gelang emas RM 2k+ (tidak lah besar bagi orang kaya, tapi besar bagi rakyat marhein seperti aku). Aku buat suprise dengan membawa beliau pilih sendiri di kedai emas pasar payang. Dari riak wajah dia memang cukup gembira. Iyelah, perempuan mana tidak sukakan emas. Bagi lelaki seperti aku ni, ia tidak lebih seperti besi sahaja.. Itu lah lelaki..haha. Kata mak aku sudah dekat 30tahun lebih dia tak pernah masuk kedai emas. Sebelum ini aku ingat nak belikan siap-siap dan bungkus sahaja. Tapi atas nasihat wife aku, katanya barang kemas ni seronok waktu memilih dan boleh sentuh katanya. Aku ikutkan sahaja, tak kisahlah lagipun aku bukan pandai sangat hal begini, seperti aku katakan ia sekadar “besi” sahaja. Duit tu adalah hasil kerja freelance aku hujung minggu. Memang sebelum dapat untung lagi sudah aku niatkan mahu belikan emas untuk ibu aku.

Masih segar dalam ingatan, hari sabtu aku suprise kan ibu, hari isnin aku masuk kerja. Hari pertama kerja selepas cuti panjang di kampung. Isnin tu aku dipanggil oleh boss untuk ke HQ, katanya mahu bincangkan sesuatu. Alahai, apa pulak ni. Aku memang nervous kalau jumpa boss, apalah kesalahan aku dah buat ni. Aduuhh. Masuk sahaja bilik boss, dia offer aku naik pangkat. Gaji dinaikan RM2k, diberikan kereta, toll dan minyak kesemunya ditanggung. “Allah, siapalah aku untuk dikurniakan semua ini, aku tidak layak ya Allah, begitu cepat Engkau balas” dalam kepala memang aku teringat kisah 2 hari lalu. Waktu aku hadiah kan emas, memang aku tiada niat hatta sehalus zarah pun untuk rezeki kehadapan. Aku cuma mahu mengembiran ibu. Itu sahaja, tidak lebih.

Ada lagi beberapa kisah lain, kalau mahu diceritakan semua memang tak tidur malam aku menaip. 2 kisah yang aku ceritakan ni indah sahaja bunyinya kan. Tetapi ada sahaja lepas beri sedekah aku kena buang keje. Kehidupan ini bukalah seperti novel, segalanya indah. Dan sedekah bukanlah jampi. Kesimpulanya, betulkan lah niat dan cuba ikhlaskan jiwa, ya memang susah, aku tahu. Tapi cubalah, sungguhpun keikhlasan itu belum hadir, bersedekahlah juga. Bak kata umar dalam soal kemustajaban doa “aku tidak risau akan penerimaan allah dengan doa, yang aku risau bila aku tiada keinginan untuk berdoa”, begitulah juga dengan sedekah.

Sekian,

– Suami Anak 3

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *