Assalamualaikum semua. Terima kasih admin andai cerita saya disiarkan.
Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis kisah masalah saya, tapi saya terpaksa lupakan kerana bagi saya, mungkin masalah saya tidak cukup berat untuk dikongsikan sehinggalah saya terbaca kisah Bahana Game, (https://iiumc.com/bahana-game/), yang penulisnya senasib dengan saya.
Saya bekerja dalam bidang construction yang mana otak dan badan saya memerlukan rehat yang secukupnya. Tapi saya jenis yang susah tidur. Untuk tidur, saya memerlukan sekurang-kurangnya 1 jam untuk berbaring dan golek2 atas tilam sehingga saya tertidur.
Oleh kerana saya baru sahaja berpindah ke projek baru, jadi saya perlu berpindah rumah. Di rumah baru, saya berkongsi bilik dengan seorang roommate. Saya jarang dapat bersembang atau bertegur sapa dengan roommate kerana setiap kali pulang ke rumah, earphone sentiasa tersumbat di telinganya.
Semasa awal2 saya berpindah, saya selalu terjaga tengah2 malam kerana terdengar suara orang bercakap2. Pada mulanya agak seram, kerana saya sangkakan roommate saya meracau. Iyalah, pukul 2-3 pagi dengar suara orang bercakap sorang2, siapa yang tak seram.
Lagi satu seram sebab saya ingat dia kena rasuk dengan jin dari pelbagai negeri, kadang2 dia cakap loghat utara, kadang2 loghat sabah, kadang2 loghat kelantan, pernah juga saya dengar dia cakap bahasa jawa. Masa itu saya belum tau lagi kewujudan game itu.
Ada suatu malam, pukul 4 pagi roommate saya menjerit “shit! shit! “. Saya yang sedang lena tiba2 terkejut. Berderau darah, rasa nak gugur jantung. Esoknya saya cerita pada housemate yang lain. Barulah saya tau roommate saya tu bukan kena rasuk jin, tp bermain game viral tu.
Malam2 seterusnya, suasana dalam bilik masih serupa. Walaupun sebilik, tapi kami tidak bersembang. Masing2 pegang fon. Tapi yang membuat saya bertambah terganggu, bila saya letak fon, dan tutup sahaja muka saya dengan bantal, terus dia menjerit2. Orang yang mengantuk pun boleh terbeliak mata, apa lagi saya yang baru nak ambil mood nak tidur. Kadang2 saya hilang sabar. Semasa dia jerit2 tu, terus saya membebel. Tapi saya rasa dia tak dengar sebab dia masih terus jerit2.
Kesan yang saya alami sepanjang berada di rumah baru, saya tidak cukup tidur. Prestasi kerja merosot akibat mengantuk. Mana tidaknya, kadang2 lepas terbangun akibat terkejut tengah2 malam itu, saya tak boleh sambung tidur sampai subuh.
Part yang kelakar, saya tak perlu kunci jam setiap hari kerana tepat pukul 6 pagi sehingga 7 pagi, jam loceng roommate saya akan berbunyi tanpa henti, tapi roommate saya langsung tidak bangun. Saya pun tak tahu roommate saya kerja apa dan mula kerja pukul berapa kerana sehingga waktu saya keluar bekerja, roommate saya masih belum bangun.
Kesimpulannya, bermain tidak salah. Tapi, seeloknya cuba jaga adab berjiran. Dunia ini bukan milik kita seorang. Jika kita rasa kita perlukan ruang untuk berhibur, tolong hormati mereka yang perlukan ruang untuk berehat.
Andai kata2 saya mengguris hati mana2 pihak, saya memohon maaf. Terima kasih kerana sudi membaca.
– Puteri Beradu
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit