Contohilah Mufti Dalam Menegur

Assalamualaikum semua. Artikel ini ringkas je. Pasal SS, Flat Earth dan cara kita. Walaupun agak lambat tapi bukanlah nak ulas tentang bumi ni bulat atau rata atau datar atau petak dan sebagainya tetapi cara kita meluahkan pendapat di dalam media sosial.

Kecoh seluruh media sosial bila SS mencabar kefahaman kita mengenai bentuk bumi adalah rata dan bukan sfera seperti yang kita semua faham dan belajar. Semua jadi celik mata untuk mengeluarkan pendapat-pendapat bernas termasuk pakar dalam bidang masing-masing.

Apa yang bagus tentang kejadian ini? Ramai yang membaca pasal sains bumi, graviti dan lain-lain terutamanya orang awam. Tetapi apabila kita lihat komen-komen di media sosial bagaikan menghina SS dengan gelaran-gelaran yang tidak sedap dibaca. Keluarganya juga terkena tempias kritikan netizen.

Apa yang kita semua dapat jika kutuk, hina orang itu hanya kerana pendapat berbeza dari segi sains? Puas ke? Dapat ubah SS ke? Akan ubah bentuk bumi ke? TIdak sama sekali. Ia hanya merugikan kita sebenarnya.

Netizen yang suka menghina ingatlah perkataan kita lontarkan akan dipersoalkan di akhirat. Jika kita tengok posting SS adakah menghina ? Dia hanya berpegang pada pendapat yang mengatakan bumi ini rata. Terjemahan yang dia gunakan juga berdasarkan ilmu dia ada. Jika ilmunya tinggi tentang quran, tinggilah pemahamannya dan sebaliknya.

Perbahasan bentuk bumi ni sama sekali tidak berkait rapat dengan aqidah, hukum fekah dan sebagainya betul? Ia hanya perbahasan sains. Malaikat tak tanya pun apa bentuk muka bumi pun mati nanti. Pendapat dia pun takkan diterima pun dalam pakar-pakar bidang sains dan astronomi.

Tapi ingat tak kita sebagai netizen yang menghina dia, kita tetap dapat dosa. Dan dosa manusia dengan manusia hanya boleh diampunkan dengan manusia itu sendiri. Dan caci maki hinaan kita hanya akan hasilkan dua keadaan. Sama ada orang itu akan break down atau hatinya jadi lebih keras. Berdoalah semoga dia dan kita sentiasa diberi hidayah.

Gunalah medium media sosial dengan baik. Gunakanlah platform ini untuk mendapatkan bekalan pahala sebanyak yang boleh untuk dibawa nanti. Contohilah mufti dalam menegur, menggunakan kata-kata yang baik dan berdoa kita sentiasa diberi hidayah.

Perasan tak masa kita semakin hilang berkat, dulu para alim ulama boleh tulis beratus kitab hanya menggunakan pen dan dakwat tapi zaman sekarang nak hasilkan satu buku ilmiah pun sangat mengambil masa walaupun menggunakan ‘keyboard’. Hargailah masa yang semakin singkat ini.

Ingatlah firman Allah dalam Surah Al-‘Asr :

”Demi masa.(1) Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.(2) Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal sholih dan saling menasihati supaya menaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.(3)” – Surah Al-‘Asr

Wallahualam.

– A.F.I.

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *