Aku yang dikata narcissist. Dengan family jarang aku dihargai. Jarang ayah nak puas hati dengan pencapaian aku. Dari kecil kena marah sebab lembab dalam pelajaran. Ini adalah kerana aku ada masalah susah fokus dan lambat faham.
Sering aku dimarahi oleh guru dan ibu bapa. Ada yang terlalu geram kerana ajar aku tapi aku tak juga faham-faham, dia tersasul panggil aku bodoh setiap kali dia marah dengan keputusan aku yang gagal. Mak pulak sering kata dia malu dengan kawan-kawan sebab aku yang sering dapat nombor tercorot dalam kelas. Setiap tahun turun kelas.
Bayangkan aku dibesarkan sampai remaja. Segala apa yang aku buat semua tak kena hingga membuatkan mak ayah stress dengan aku. Aku belajar macam mana pun, aku tetap tidak boleh kejar rakan-rakan sekelas yang mudah sangat faham dalam belajar. Betapa aku mula percaya yang aku betul-betul bodoh dan tak berguna. Aku tak nampak langsung kelebihan dalam diri. Bilamana aku sertai kem di sekolah, aku diminta untuk kenalkan diri dan cerita kelebihan diri. Aku membodoh berdiri di depan bila perlu cerita kat kawan-kawan, kelebihan diri aku.
Itu cerita zaman sekolah. Usaha mak hantar aku ke tusyen untuk bantu aku dalam pelajaran. Lepas balik dari sekolah aku tusyen dari petang sampai malam. Setiap hari.
Bila cuti aku tak merasa cuti. Aku pergi tusyen dari pagi sampai tengah hari, lepas tu sambung pulak petang sampai malam. Aku letih. Sangat letih. Tapi aku tahu itu utk kebaikan aku sebab aku tak cerdik macam orang lain. Mak aku pun cakap, kalau kau bijak lain la cerita. Tak pergi tusyen pun tak apa. Dah malas belajar sendiri.
Tak macam kawan baik aku, yang kerja tidur dalam kelas tapi spm dapat jugak enam A.
Akhirnya aku berjaya juga masuk university. Itupun ambil diploma dulu. Tak macam kawan lain. Masuk matrikulasi dan terus ijazah. Aku kira merangkak sikit. Lambat la nak habis.
Di university, kebanyakan masuk lepasan stpm, stam dan matrikulasi. Hanya ada empat orang sahaja lepasan diploma termasuk aku untuk program ijazah seni reka bentuk graphic. Jadi aku sedikit tua dan ada sedikit pengalaman masa diploma.
Kawan baik aku sorang budak lepasan diploma perbankan dan yang lain budak stpm.
Sebab aku ada pengalaman dan diploma aku pun tak lari dari kursus ijazah aku. Maka aku ni boleh kira tahu la serba sikit. Jadi aku bantu kawan-kawan aku yang tak tahu apa ni untuk faham dan kongsi ilmu. Sebab aku faham apa rasa bila kau belajar, tapi kau tetap tak boleh pick up.
Aku kesian aku tolong lah kawan2 aku ni. Lagipun tak akan aku nak tgk saja. Diorang kan kawan rapat aku.
Sejujurnya aku rasa dihargai. Sebab selama ni masa diploma. Tak ada yang pandang aku. Sebab aku ni tak ada benefit. Aku yang tercorot. Bila masuk ijazah aku ada pengalaman, jadi kawan akan datang untuk mintak pendapat dan rujukan. Aku cuba bantu sebaik mungkin. Aku sanggup study programming c++ demi nak ajar kawan.
Jadi aku seronok. Aku tak pernah rasa berharga. Jadi adakalanya aku macam nak tunjuk semua benda aku boleh buat supaya kawan tetap bergantung dengan aku dan aku tolong diaorang dan diaorang akan kawan dengan aku. Sbb Sebelum ni aku mana ada kawan sebab sikap rendah diri aku yang sangat2 parah.
Aku dapat kawan baik. Dan aku sangat seronok. Tapi dia sebenarnya macam rimas dengan aku. Entah la. Bila aku tanya dia kata tak ada apa-apa. Bila dengan orang lain.dia sangat happy.
Tapi bila dia susah baru dia nak rapat-rapat balik dengan aku. Aku terasa tau. Tapi aku diamkan saja. Aku tak nak gaduh.
Satu hari aku dengar diaorang cakap belakang. Diaorang bincang pasal aku. Ada sorang kawan cakap aku ni narcissist. Kawan baik aku pulak dia iyakan aja. Macam-macam la diaorang cerita benda yang tak puas hati dengan aku. Aku terkejut jugak, ingatkan selama ni niat aku tolong tu diaorang okey, rupanya diaorang tak suka.
Aku pun malam tu tak jadi jumpa diaorang. Patah balik bilik dan nangis dalam tidur. Esoknya aku tak pergi kelas. Entah la aku patah semangat. Aku tak tahu macam mana nak berdepan dengan diaorang.
Lepas tu tu cuti dua hari. Kiranya tiga hari aku tak muncul. Aku cuba muhasabah diri. Cari mana salah aku. Aku nak betulkan diri. Sebab aku sayang kawan-kawan aku.
Jadi lepas pada tu. Aku cuba ubah diri. Aku buat macam tak ada apa-apa. Aku dah kurang cakap. Sebab aku takut aku terlebih cakap nanti diaorang annoying. Aku hanya hulurkan bantuan bila diaorang datang mintak. Aku dah tak lagi tunjuk serba boleh.
Masa latihan industry. Aku macam kena pulau dengan diaorang. Diaorang sembang dalam group whatsapp. Tapi bila aku masuk je, sorang pun tak balas mesej aku. Seolah aku tak wujud dalam group tu. Diaorang hanya akan mesej aku personal bila nak mintak aku ajar sesuatu. Termasuklah kawan baik aku. Sama ja.
Aku sedih dan aku tak tahu mana lagi tak kena dengan aku. Dah la hidup aku ni dihantui dengan rasa tak berguna. Aku selalu rasa diri aku ni useless dari kecik sampai sekarang. Benda tu macam penyakit. Kejap tak ada dan kejap datang. Bila aku ada masalah dengan orang, aku ambil semua tu dan blame kan diri sendiri. Aku yang mula minta maaf kat orang sebab aku salahkan diri sendiri. Aku dibelengu rasa useless tu.
Macam biasa. Bila aku rasa ada tak kena. Aku pun mula dulu minta maaf kat diaorang secara personal. Mana tahu aku tak nampak buruk diri aku kat mana.
Dalam masa sama aku makan hati. Aku nangis sorang-sorang. Tapi bila jumpa dengan diaorang aku buat macam tak ada apa-apa. Walaupun dalam hati terasa dengan layanan diaorang. Aku cuma nak korang layan aku sama rata. Tu saja.
Lepas konvo aku ambil keputusan untuk menghilangkan diri. Aku buang semua akaun di media sosial.
Kalau dah tau orang tak suka buat apa stay. Baik kita pergi daripada kita makan hati dan diaorang pulak dok annoying dengan kehadiran kita. Dari bergaduh, baik aku hilangkan diri. Diaorang happy dan insya Allah hati aku pun akan tenang dari fikir bukan-bukan lagi.
Aku yang korang gelar narcissist. Narcissist ke aku. Aku pun tak tahu. Harapnya korang tenang tanpa aku. Minta maaf sebab banyak annoying kan korang.
Sekarang aku dalam rawatan. Cuba buang virus useless itu dari minda aku supaya jiwa aku yang gelap dapat sikit cahaya.
Im trying to accept myself that no one clap for.
Doakan…
– DarkHeart
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit