Untuk part I, (https://iiumc.com/masih-jobless/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/masih-jobless-ii/).
Assalamuaalaikum semua. Ada yang ingat Dian lagi? Hi, I’m back. Maaf kalau last posting aku ni aku type panjang sangat. Nak habiskan luahan hati je. Ingat tak yang aku cakap sebelum ni aku ada temuduga kerani satu kolej tu? Jawatan tu satu tapi yang datang iv 20 orang. Kau rasa? Hahaha. Aku tak dapat. Sedikit kecewa masa tu.
Dari awal aku datang sampai turn aku di panggil aku non-stop baca ayatul kursi sampai bertakung air mata sebab aku tahu akan kecewakan mak ayah bila balik tak bawak berita gembira. Plus, ayah aku siap apply cuti untuk hantar aku. Tapi dah Allah kata bukan rezeki aku kat situ takpa lah. Yang dapat jawatan tu kelulusan nya takda kaitan pun dengan jawatan yg dimohon. Pengalaman tentang admin pun dia takda. Rupanya dia guna cable. Ada saudara dia pensyarah dalam tu. Sedih. Kalau dah tahu memang dah ada yang isi kekosongan tu buat apa bukak open interview? aiseymennn.
Usaha aku tak berhenti disitu. Oh ya, sebelum tu aku tak tahu patut cakap ke tak pasal ni. Terima kasih yang bagi nasihat. Kalian memang baik hati. Seminggu sebelum aku pergi iv tu aku cuba perbaiki setiap cara solat aku, cara wudhuk, setiap bacaan, tomakninah setiap pergerakan. Kalau bahasa mak aku “kau ni sembahyang mcm lipas kudung, nak cepat je” . Dari 5 minit aku drag 15 minit. Aku cuba ikhlaskan setiap bacaan aku.
Habis solat, aku doa sungguh-sungguh, aku mengaku setiap dosa aku. Sampai sakit dada aku nangis. Korang jangan cakap aku show-off pulak. Ni salah satu tips yang engkorang bagi. Kadang-kadang solat kita tak pernah tinggal. Tapi sejauh mana kualiti solat kita tu kan. Lagi satu baca Quran. Al Waqiah, Ad Dukhan, As Sajadah,
Aku lalui hari-hari macam biasa. Teruskan mencari peluang kerja. Maaf, kali ni aku tak harapkan bantuan rakan-rakan. Aku bergerak solo. Kesana kesini dengan fail sijil. Hahah. Posting sebelum ni, aku ada cakap aku naik grab kereta sapu semua tu. Dan ada yang cakap aku duduk kawasan bandar. Tidak sebenarnya. Aku duduk diceruk kampung diantara felda dan bandar. Tapi jauh kedalam. Kemudahan sangat lah sukar. Bas pun ada dua je. Yang naik pun org yg sama, iaitu aku. Hahaha. Naik grab tu bila dah sampai kat bandar.
Allah dah bagi jalan untuk aku capai rezeki aku. Seminggu yang lepas aku dapat iklan dalam group whatsapp. Ada satu jabatan ni anjurkan kursus pemesinan (Mesin CNC). Aku pun buat research untuk tahu apa kursus tu sebenarnya. Pada aku agak mencabar. Tapi aku nekadkan untuk sahut jugak. Kursus ni pun ada temuduga nya. Untuk saring golongan B40. Yang kurang mampu dan tak dapat kerja lagi. Masa temuduga memang aku all out habis. Aku tunjukkan yang aku memang berminat sangat.
Sebabnya lepas habis kursus ni jabatan ni akan terus serapkan di tempat kerja. Praktikal 3 bulan dan terus jadi pekerja tetap disitu. Bukan kontrak. Start praktikal dengan jawatan jurutera. Pada aku ia sangat berbaloi memandangkan yang layak untuk kursus ni ditaja sepenuhnya oleh jabatan terbabit. Peruntukan seorang peserta anggaran dalam 5k. Kos termasuk tempat tinggal dan makan minum sepanjang kursus 40 hari. Selepas itu praktikal 3 bulan dapat elaun+gaji pokok.
Program tu cuma nak cari 23 peserta sahaja. Syaratnya tak boleh cabut setengah jalan kalau tak kena bayar ganti rugi 5k tadi tu. Dan aku rasa yang datang ni semua memang yang nak kerja sangat. Alhamdulillah aku layak dan cuma dua orang shj perempuan. Selebihnya lelaki. Pada mulanya aku tak mengharap sangat. Yelah aku risau panel tu tak percaya perempuan akan bagi komitmen untuk kursus ni. Waktu nama aku disebut untuk diberi offer letter aku mcm nak nangis. Hahaha.
Rasa syukur yang aku sendiri tak dapat gambarkan. Aku balik rumah aku tunjuk offer letter tu pada mak aku. Muka dia lega. Aku lagi seribu kali ganda lega. Perjalanan ke tempat temuduga tu agak jauh. Dan aku gerak sehari awal. Seorang diri dan ditemani doa orangtua. Kursus tu nanti semua disediakan dari pakaian, kasut boot. Datang bawa barangan keperluan sendiri shj.
Ada kawan-kawan yang perlekehkan sebab kursus ni macam tak sesuai dengan perempuan. Ada yang cakap dah ada diploma sibuk nak ambik sijil bagai. Kalini aku pekakkan telinga. Sebab aku percaya aturan Allah tu yg terbaik. Allah yang bawak aku ke jalan ni untuk dunia yang baru dan kenal dengan kawan baru. Awal bulan 3 ni aku dah kena lapor diri. Moga dipermudahkan urusan sampai ke akhirnya.
Dan yang ikut cerita aku dari yang pertama, maaflah tak ada yang menarik cuma sekadar luahan anak muda yang kadang kala kalah dengan emosi. Komen kalian yang menjadi pembakar semangat aku.
Buat kalian yang masih mencari kerja, aku doakan kalian teruskan usaha, percaya dengan aturan dan rezeki Allah. Cepat atau lambat janji Allah itu pasti ada untuk hambaNya yang tak kenal erti lelah. Perbaiki apa yang patut. Jangan malu mengaku silap kita. Allah tu tahu semua perangai kita, cuma Allah nak kita menangis merintih pada Dia. Jadikan Dia tempat pertama untuk kita luahkan semua.
Untuk Admin IIUMC, Terima kasih bina platform ni untuk kami yang suka meluahkan sesuatu. Banyak inspirasi dan pengajaran yang aku dan mereka dapat. Moga engkau diberikan kesihatan dan rezeki yang tidak pernah putus. Kalau belum kahwin moga dipertemukan jodoh yg baik, kalau dah kahwin moga rumahtangga mu Allah rahmati hingga ke jannah. Terima kasih. Dian undur diri, ada rezeki Dian luahkan lagi apa yang terbuku dihati. Assalamuaalaikum.
– Dian
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit