Muhasabah Seorang Lelaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Banyak aku jumpa, perkongsian berkenaan keperitan hidup di sini. Bagaimana perbelanjaan setiap bulan terpaksa dirancang serapi mungkin, sehinggakan sudah tidak tahu ruang2 mana lagi yg ada utk menyimpan. Ada yg terpaksa makan mee segera sementara menunggu gaji masuk. Ada juga yg berkongsi pengalaman mereka berbelanja barang2 rumah (sebulan hanya sekali) untuk tidak berlapar di tengah2 atau hujung bulan. Banyak perkongsian tentang keperitan hidup disini mencabar kewarasan akal fikiran aku, yg kadang kala mampu membuatkan air mata jantan aku ini menitis ke bumi.

Perkongsian kali ini berbeza, kerana berlawanan dgn situasi di atas. Aku Faris, bekerja dan menetap di luar negara. Alhamdulillah pendapatan aku lebih dari mencukupi. Kehidupan aku selesa, tiada masalah kewangan. Kalau berbelanja, aku tidak pernah fikir banyak kali kalau aku berkenan membeli sesuatu barangan. Allah bagi nikmat rezki harta, tapi ada juga rezki lain yg aku tiada (yg mana aku percaya majoriti sajabat2 disini memilikinya).

Jujur, membaca perkongsian kehidupan yg sukar di page ini membuatkan aku termenung sendirian dan bermuhasabah. Dulu aku bersekolah agama, jadi jauh dlm diri, aku ada asas ilmu agama yg agak baik didikan ibu bapa dan para muallim. Tinggal di luar negara, dengan pendapatan yg dikira baik, persekitaran yg banyak mempunyai barang-barang berjenama sedikit sebanyak telah mempengaruhi jiwa aku. Aku boros sehinggakan kadang kala membazir (perlu diingat, mereka yg membazir adalah sahabat syaitan). Koleksi bag aku sampai satu almari, tapi yg guna cuma dua atau tiga. Koleksi jam sampai berkotak2, tapi last2 yg pakai cuma satu.

Pendek kata, apa yg aku nak aku beli, tak pernah aku pikir banyak kali. Pasal makanan, apa yg aku nak makan, just makan, tak pernah berkira soal harga. Begitu juga bab pakaian. Pada aku, aku dedikasikan hidup aku pada kerja, so it’s okay if I reward myself by buying whatever I want. Kalau balik Malaysia, aku suka bagi hadiah pada family dan kawan2, belanja mereka makan atau sponsor mereka bercuti. Sebab itu bilamana membaca confession2 tentang kesukaran hidup disini, membuatkan aku bingung. Kenapa kehidupan mereka sangat perit sedangkan aku berbeza (namun aku sentiasa berdoa agar Tuhan melapangkan rezeki mereka).

Walaupun senang, honestly deep down hati aku tak happy. Aku tak happy sebab aku tahu hati aku banyak diisi dengan hal-hal keduniaan. Berbeza dengan didikan umi ayah dan cara hidup ketika aku dibesarkan. Sekarang ini, kemewahan dunia ni macam dah tak bagi apa2 kelazatan pada hati aku. Aku rindu kenangan bawa duit 50sen ke sekolah, mengikat perut berjimat kalau nakkan sesuatu barang, makan ubi rebus atau pulut kelapa ikan kering, rindu saat2 struggle ketika aku dibesarkan (walaupun hakikatnya umi ayah bukanlah orang susah, tapi mereka tidak ajar kami adik beradik bermewah2). Namun bukanlah disini bermaksud aku minta Tuhan jadikan aku susah, cuma kadang-kadang terimbas kenangan dahulu bilamana membaca confession segelintir rakan2 kita dan refleks balik diri aku sekarang.

Dipendekkan cerita, ada beberapa perkara yg berlaku yg jadi turning point utk aku berubah. Satu hari, ada jemaah dakwah (tabligh) dari Malaysia datang berdakwah ke tempat aku. Mereka ini terdiri dari kalangan professionals di Malaysia (ada engineer, pilot, doktor pakar jantung, usahawan berjaya dll). Allah bagi hidayah dengan gerakkan hati aku utk keluar beberapa hari bersama mereka. Walaupun mereka ini orang2 hebat juga di Malaysia, tapi kehidupan mereka sangat simple.

Bergerak dari satu masjid ke satu masjid semata2 utk berjumpa dengan saudara2 islam yg lain, berbicara pasal iman dan islam, tidur beralaskan sleeping bag, makan bersama2 di dalam talam, memakai haruman atar (atar pun banyak yg kualitinya lagi bagus dari perfume2 mewah yg lain), dan saling berkasih sayang antara satu sama lain. Aku banyak belajar bila keluar bersama mereka, melihat dunia dari satu sudut pandang yg berbeza dan yg pasti aku gembira dan hati aku tenang. Dunia cukup sampai di kocek baju, tapi tidak ke dalam hati!

Tidak lama selepas itu, kawan aku mengajak aku menziarahi pusara ayahnya yg telah meninggal dunia. Aku mengambil kesempatan utk menziarahi pusara seorang sahabatku juga. Bilamana berada di tanah perkuburan yg sunyi dan sepi, menggenggam tanah2 kosong, hati aku berbisik “ya Allah, apa yg buat dalam hidup selama ni ya Allah.” Aku melihat tanah dan batu nisan yg ada, jauh di dalam hati aku sedar, pasti disinilah aku dan kita semua akan kembali. Benarlah dunia ini cuma sementara, kepada Allah lah tempat kita kembali. Dan membaca confession2 kehidupan rakan2 yg susah di dalam page ini juga, mendorong aku membuat titik perubahan di dalam hidup aku.

Aku mula lebih meyakini yg kehidupan kita ini sebenarnya adalah ringkas. Cuma banyak diwarnai oleh hal2 tempelan, sehinggakan kadangkala kita keliru yg mana hakikat dan yg mana hiasan, dan membuatkan kita bingung dlm menyusun atur prioritinya. Hakikat adalah perkara2 yg akan mengikuti kita ke SANA, dan hal2 tempelan adalah perkara2 yg bersifat sementara (seperti makanan, sesedap manapun dimakan akhirnya cuma jadi najis, baju berjenama macam manapun tetap akan jadi buruk dan lusuh, cantik tetap akan jadi tua dan kerepot). Rangkuman kesemua pengalaman tadi termasuk confession2 yg aku baca, aku mula ubah hidup aku secara perlahan2. Barang2 yg tak guna aku jual balik atau sedekahkan pada orang2 yg memerlukan.

Kalau sebelum ni asyik makan di restoran, aku mula improvekan skill memasak dan bawak bekal ke pejabat. Hari isnin dan khamis, aku pilih utk b’puasa. Waktu lapang aku isikan dengan beriadah ataupun upgrade knowledge dengan membaca/menonton movies. Kesannya duit gaji aku macam tak terusik sgt. Aku buat percentage khas dlm pendapatan aku utk sedekahkan kepada insan2 yg memerlukan. Alhamdulillah hidup aku jauh lebih tenang, berfungsi dan bahagia. Walaupun pendapatan aku besar, itu tidak bermaksud aku boleh membazir sesuka hati sedangkan ramai lagi diluar sana yg susah dan perlu utk dibantu.

Memang aku akui, kadangkala aku terdetik marahkan kerajaan yg memerintah (bagi sesetengah kes) yg kurang efektif menjaga kebajikan rakyat. Namun aku tahu, sekadar marah dan membebel tidak membawa apa2 kesan, mungkin disinilah ruang utk aku (dan juga orang2 yg Allah berikan lebihan rezki) untuk membantu berdasarkan apa yg aku mampu. Terima kasih Tuhan kerana memberi peluang ini.

Sebagai kesimpulan, kebahagiaan bukanlah terletak pada kayanya harta tapi pada kayanya jiwa. Sejauhmana kita bersyukur dgn rezki yg Allah berikan, dan bersabar dengan ujian dariNya. Bukankah cabangnya iman itu ada dua, syukur dan juga sabar. Pengakuan ini adalah dari aku sendiri, insan yg tuhan beri kenikmatan dunia namun tidaklah ia membahagiakan jiwaku. Percayalah kebahagiaan itu ada pada hidup yg bersusah2, bukannya pada hasil yg datang secara mudah. Bersyukur dan bersangka baiklah kepada Tuhan!

– Faris

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *