Beberapa tahun dulu aku pernah buat confession dekat sini. Tentang bapa kandung aku rogol aku dan mak aku cuma mampu suruh aku lupakan dan anggap tak pernah jadi. Kemudian selepas SPM aku bawa diri ke Matrikulasi dan Universiti, bekerja di ibu negara. Ya, hampir 6 tahun aku tak duduk dengan keluarga, aku bawa diri dan cuma balik sebulan atau dua bulan sekali itupun sehari dua sahaja. Selama waktu ini aku menyalahkan mak aku sebab tak pertahankan maruah aku tapi lebih memihak ke suaminya.
Hujung bulan 12 2018, mak aku minta aku balik duduk dengan dia di kampung untuk 3 bulan dengan alasan susah aku nak uruskan perkahwinan aku kena ulang alik, lagi pun lepas nikah mesti tak dapat dah nak duduk dengan mak. Waktu ni mak aku dah start keluar masuk wad sakit yang tak menentu tak tahu punca. Dia tahu aku benci rumah tu, aku benci ayah aku. Tapi aku tetap balik demi dia, aku berhenti kerja, aku balik jaga dia.
Bermula rutin aku setiap hari bersihkan mak aku lap badan dia, pakaikan pampers, belikan makanan yang dia nak, bawa dia kemana dia nak pergi, kemas rumah basuh baju, ada masa masak bila dia minta. Sebagai manusia biasa, ada masa aku mengeluh sebab penat sangat. Setiap benda dia akan panggil aku walaupun ada orang lain dalam rumah tu. Dia selalu kata happy aku balik duduk situ. Aku satu-satunya anak perempuan.
Genap sebulan aku jaga dia, dia pergi tinggalkan aku. Aku orang terakhir melihat senyum tawa dia, aku orang terakhir yang ada disisi dia. Masa ni tah kali ke berapa masuk wad, macam biasa setiap kali dia masuk wad bermakna aku juga berkampung di wad setia disisi dia melayan kerenah dia.
Jumaat tu dia happy, dia nampak dah sihat, dia makan habis. Tapi tah di mana silap, lepas maghrib dia mula sesak nafas kemudian naik ambulans, masuk zon kritikal dan Sabtu pukul 5 pagi doktor bagitahu mak aku dah takda harapan, cuma tunggu nafasnya henti. Gelap dunia aku. Aku masuk jumpa mak aku. Hancur hati aku, badannya penuh wire dan tiub, mulutnya penuh getah tiub berdarah, lehernya ditebuk masuk tube. sedangkan petang Jumaat tu dia happy sihat. Sumpah hancur hati aku.
Semuanya berlaku sekelip mata, mak aku dah tak sedar, aku hanya mampu menangis dan berbisik ditelinganya mohon ampun dan maaf, aku cium dahinya, aku cium tangannya. Jelas matanya berlinang airmata, aku tahu dia dengar. Tepat 6.40 pagi dia hembuskan nafas terakhir. Saat ini aku sedar aku dah tak punya siapa siapa. Tiada lagi yang peduli.
Harini genap 20 hari mak aku pergi, baru sekarang aku sedar kasih sayang mak aku. Ya dia cuma perempuan kampung yang tidak kenal siapa ayahnya, yang tidak diberi didikan agama, yang tidak ada harta. Apa yang dia pernah buat pada aku, bukan sebab dia pertahankan suaminya tapi dia tak berani dia takut. Bagi dia jika jadi apa apa pada suaminya hidup kami adik beradik akan susah. Dia terpaksa. Harini aku tahu mak aku sangat sayangkan aku, cuma dia tak reti luahkan, cara dia didik aku kasar penuh maki pukul. Tapi itu lah yang jadikan aku pandai berdikari hari ini.
Doktor kata mak aku meninggal disebabkan jangkitan kuman dan effectnya jantungnya dan Ayah aku hidup lagi, tapi bagi aku dah lama ayah aku mati dan harini bila orang tanya, aku cuma jawab anak yatim dan piatu. Sekarang aku berada di kampung orang jauh dari tempat asal aku, bekerja sementara menunggu hari akad nikah doakan bakal suami aku sayang aku dan jaga aku dengan baik. Aku dah tak ada sesiapa.
– Anak Mak
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit