Anak Pertama

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau siarkan confession ni. Saja nak komen juga pasal anak sulung. Semoga bermanfaat.

Anak pertama, anak yang paling dinanti2 setiap ibu bapa. Anak yang lahir dalam tempoh percubaan ibu bapa dalam menjadi orang dewasa. Pasti saja banyak silap dan salah dalam mendidik anak ini. Ada yang terlebih melindungi ada yang terlebih bebas ada yang terabai dan macam-macam lagi. Namun, ada juga anak-anak lain yang bukan pertama turut merasai perkara-perkara ni. Walaupun benar anak sulung tu kadang-kadang dibebani banyak perkara-perkara yang bukan sepatutnya, namun kesengsaraan yang bukan sulung juga tidak perlu dipandang enteng.

Anak pertama hadir dalam hidup ibu bapa untuk mengajar mereka bagaimana untuk menjadi ibu bapa. Sebab itulah kadang-kadang adik-adik tak lagi menghadapi hidup sepertimana anak sulung. Kadang-kadang pergantungan ibu bapa terhadap anak sulung dalam mengurus rumah tangga dilihat tidak berasas. Bagaimana seorang kanak-kanak diharapkan untuk mengurus rumah dan adik-adik padahal dia sendiri perlu diurus? Seperti yang disebut sebelum ini, anak pertama itu adalah impian dan harapan setiap ibu bapa.

Itulah yang pertama dibentuk untuk menjadi kawan mereka walaupun anak itu masih kecil. Sering saja anak itu dimarah kerana salah yang kecil. Dia diminta menjaga adik-adik padahal dia sendiri ingin berehat dan bermain dengan bebas. Inilah liku-liku menjadi ibu bapa. Apabila anak kedua lahir, mereka sudah mulai matang mejalani hidup sebagai ibu bapa. Maka anak-anak seterusnya ini dibesarkan dalam persekitaran yang sangat sederhana. Diajar bertanggungjawab secara berperingkat. Namun, kebergantungan terhadap anak sulung ini masih berlaku. Maka kerana itu, ada anak sulung yang merasakan ibu bapa merea tidak adil. Kerana itu ada anak sulung yang menjadi matang apda usia muda dan ada juga yang memberontak.

Namun begitu, ada juga anak sulung yang disayang secara membuta tuli melebihi adik-adik yang lain sehingga mereka membesar menjadi individu yang rosak (sakit jiwanya). Seperti yang disebutkan sebelum ini, kerana yang sulung itulah yang ditunggu2 ibu dan bapa. Nasib setiap anak sulung itu memang tak akan sama kerana ibu bapa juga tak sama. Namun, pengalaman menjadi anak sulung ini boleh digunakan sebagai asas ilmu keibubapaan apabila tiba masa nanti. Sekiranya rasa nasib sebagai yang sulung sungguh tidak adil, ubahlah supaya anak kita tidak perlu merasakan ketidakadilan yang kita rasakan. Buanglah rasa marah kepada ibu bapa kita. Maafkanlah salah silap mereka. Luahkanlah pada mereka dengan berhemat jika perlu. Dengan anak pertama inilah ibu bapa bersama-sama membesar dan menjadi matang sebagai ibu dan bapa.

Dan bagi adik-adik anak sulung yang masih muda remaja, be brave and live your live. Jangan gunakan alasan derita anak sulung untuk berada pada takuk sama dalam hidup. Selain hidup sebagai anak sulung, setiap orang masih perlu menjalani hidup sebagai diri sendiri. Kalau rasa tak pandai, belajar. Kalau rasa tak ada duit, kerja. Rasa terbeban dengan kerja-kerja rumah tangga, belajar betul2 masuk asrama/universiti or cari kerja kawasan lain. Be creative in life. Tak boleh ubah, elak. Kita tak boleh tukar mak ayah kita, tapi kita boleh twist hidup kita. Hidup kita acuan kita.

– We

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *