Si Kuat Meminjam

Assalamualaikum dan salam sejahtera keatas kalian semua. Terima kasih admin kerana menyiarkan kisah aku. Jadi cerita kali ini mengenai sepupu aku yang merupakan sepupu terapat yang pernah aku ada.. Kami rapat daripada kecil lagi sampai dia punya nenek sepupu pakcik makcik dia pun aku kenal.. Kampung dia pun aku selalu ikut balik sebab aku tiada kampung jadi teringin la nak merasa suasana di kampung…

Maaf terpanjang pula pada pembukaan cerita jadi diteruskan kepada ceritanya ialah sepupu aku ni(aku namakan sebagai dahlia baik je dengan aku tapi ada satu tabiat dia yang buat aku sakit hati dan pening kepala. Dia ni suka betul pinjam barang2 aku..Dahlia ni bukannya orang susah pun mama dia ada cafe tapi aku tak tahu apalah masalah dia dari aku sekolah rendah sampai lah sekarang tak henti2 nak pinjam barang aku…

Dari kasut raya,baju raya, barang2 sukan,tudung sampaikan botol air pun dia nak pinjam.. Sumpah aku tak tahu apa masalah dia.. Kalau kalian tahu tolong bagitahu masalahnya apa? Dan membuatkan aku sakit hati bila dia nak pinjam boleh je datang rumah ambil tapi bila nak pulangkan bukan main liat sampai aku sendiri yang nak kena tuntut pergi ambil.

Barang aku berapa banyak dah dahlia buat harta. Macam tahun lepas sepupu dahlia nak nikah jadi malam berinai mereka bertemakan baju kedah dan kain batik.. haa aku dah agak mesti dia nak pinjam baju ibu aku.. Sekali dia mesej nak pinjam baju kedah dan kain batik ibu aku sebab angah aku tinggal dekat Langkawi jadi dia selalu belikan ibu aku kain batik yang lawa2… Aku hairan benda macam ni pun nak pinjam ke beli laaa! Last2 buat harta padahal dia beli baju kedah dan kain batik baru untuk pakai malam itu dan tak pulangkan balik baju dan kain yang dia pinjam tu. Dahla baju fav ibu.

Lupa cerita si Dahlia ni belum habis sekolah lagi. Macam tahun lepas biasala setiap tahun semua sekolah akan adakan sambutan hari raya jadi sekolah dia kenakan peraturan kalau nak pakai kasut raya kena yang bertutup atau pakai kasut sekolah.. Dahlia ni mana la nak ada kasut bertutup jadi dia nak pinjam la kasut raya aku… So aku bagila pinjam walaupun hati tak rela sebab kasut tu baru pakai 2kali ja masa raya. Bila aku nak ambil balik kasut aku tu ha habis kembang n dalam kasut tu kotor padahal waktu aku bagi tu masih baru… Manusia jenis apala dahlia ni aku pun tak faham.

Perihal baju sukan aku pulak sampai harini dahlia buat harta. Dari setiap khamis selalu pinjam sampaila dia tak pulangkan balik. Aku dah perli dalam ws dia boleh type “hahahaha” dan buat2 tak faham.

Baru2 ni pulak dia nak pergi kem pabenda tah so dia mesej aku nak pinjam beg baju. Aku cakap la beg baju tu abang aku ambil so dah takda padahal ada lagi satu dalam almari. Dahlia pun cakap la nak pinjam luggage baru ibu aku.. Naik geram aku dahla luggage tu mahal dan abg lang aku hadiahkan dekat ibu aku masa awal tahun baru untuk dia nak pergi holiday nanti. Sedap dia ja nak pinjam.

Then aku cakap la tak boleh. Dia cakap sorry kalau macamtu nak pinjam luggage aku pulak. Then aku bluetick je malas nak layan. Yela kau tu nak pergi berkhemah je bukan nak pergi Phuket yang kau gedik nak show off dekat semua orang nak bawak luggage tu kenapa dahlia oi! Dah takdak kau letak jela baju2 dalam beg giant ke tesco ke haih..

Satu lagi masa tahun lepas jugak dia nak pergi kem lagi hm banyak2 kem buat apa kalau otak masih… Dia mesej aku la macam biasa nak meminjam lagi.. Masa tu dia nak pinjam semua baju sukan Adidas yang aku punya uish dik sampai semua kau nak pinjam hm dan aku tak bagi pun yela aku beli bukannya nak bagi kau pakai.

Macam hujung tahun lepas sekolah dia ada majlis apa ntah so dia mesej la nak pinjam shawl. Sekali dia nak pinjam shawl fav aku even tak mahal sangat tapi serius itulah shawl yang paling lawa yang pernah aku ada.. hmm memang tak la nak bagi dahlia oi.

Tahun lepas jugak si dahlia ni nak pergi mana tah dia nak pinjam satu set cadar katil bujang dan selimut sekali. Aku bagi satu set cadar jela kalau sejuk tidur je nanti terlelap jugak. Kau tahu minggu depan baru dia nak bagi balik boleh bayang lama mana dia buat harta. Dan kononnya dia nak basuh padahal aku tahu mesti kotor atau ada taik lalat. hmm

Jadi ini antara kisah dahlia ni suka meminjam sebab kalau nak diingatkan memang banyak sekali sampai aku pun lupa cerita.. Kebanyakkan aku bagi je pinjam tapi bermula tahun 2018 iaitu tahun lepas aku dah kurang bagi dia pinjam sebab menyampah yang membuak-buak.

Yela dah pandai pinjam kena la pandai jugak pulangkan. Orang buat baik kau balas dengan tuba. Kalau bukan aku yang balas kau tunggu la balasan dari Allah kerana rosakkan barang yang kau pinjam atau buat harta benda yang bukan kau punya.

Oleh itu, saya ingin meminta pandangan dari anda semua tentang apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh Dahlia sehingga dia amat menggemari untuk meminjam segala barang2 saya. Ye mungkin kerana saya sering memberi kebenaran tapi mesti ada sebab yang lain yang mungkin anda semua tahu.

Saya berasa buntu wahai pembaca sekalian. Kerna saya takut suatu hari nanti saya akan meletup dek kerana memendam marah. Dan ia akan merosakkan hubungan kami. Saya bukanlah seorang kedekut tapi kalau anda semua pun mesti tidak gemar untuk meminjamkan barang2 anda bukan? Jadi berilah saya sedikit pandangan dan nasihat yang bermanfaat.

Terima kasih.

– Zahrah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *