Kenapa pendidikan seks di sekolah penting??
Hi semua.. Hari ni aku nak kongsikan pengalaman peribadi aku yang membuatkan aku merasakan pendidikan seks untuk pelajar-pelajar sekolah di negara kita sangat penting demi masa depan negara kita sendiri.
Aku membesar di kampung yang agak terpisah dari bandar. Dari keluarga yg sederhana dengan pendidikan agama yang sederhana. Sudah tentu aku jahil tentang seks, memang sistem pendidikan kita tidak menerapkannya.
Semasa sekolah rendah, aku telah terdedah dengan video lucah, hari demi hari, hingga menyebabkan kami teringin untuk melakukan eksperimen. Pada akhirnya, aku terjebak dengan seks sejenis. Kerana memang ada adegan yang menunjukkan bahawa seks luar tabii boleh dilakukan, itulah eksperimen yang mengubah keseluruhan hidup aku.
Masih aku jahil, yang aku tahu hanya keseronokan. Setelah menginjak ke usia remaja, selepas SPM, aku makin bebas apabila mula merantau sendirian atas sebab pendidikan.. Dengan peluang ini aku lebih bebas menerokai keseronokan melakukan seks luar tabii tanpa kawaln, dan lebih teruk tanpa perlindungan..
Beberapa tahun lepas, aku mula terfikir tentang penyakit yang boleh berjangkit dengan aktiviti sebegini. Tapi sudah terlambat, aku disahkan HIV Positif, pada usia baru mencecah 2 dekad. Aku berfikir hidup aku telah berakhir. Kerana kejahilan tentang seks dan penyakit berjangkit yang membunuh ini.
Namun aku masih mampu bertahan hingga hari ini. Dengan dorongan satu-satunya rakan yang mengetahui berita hitam ini. Yang aku pasti, golongan yang sudah terjebak dengan keseronokan seks ini akan terus mencari mangsa baru yang masih naif.. lagi sadis, mereka tidak kisah jika pasangan mereka bakal dijangkiti penyakit yang sama..
Dengan kejahilan generasi muda kita dengan apa itu seks dan penyakit HIV/AIDS ini, tidak mustahil akan ramai yang akan dijangkiti. Aku tidak dapat bayangkan berapa ramai lagi pengidap penyakit HIV ini masih berada dalam keadaan selesa tanpa dikesan.
Pesanan aku:
1. Berhati-hati dengan pengamal homoseksual, golongan paling berisiko dan kebanyakan mereka tidak kisah jika mereka bakal mengjangkiti orang lain dengan virus HIV.
2. Pastikan anda sentiasa menggunakan perlindungan, HIV boleh berjangkit melalui Air Mani, Darah dan susu badan.
3. Ciuman mulut ke mulut juga berisiko, jika pasangan anda mengalami pendarahan gusi @ oral, anda boleh dijangkit dengan perkongsian darah melalui ciuman.
4. Sebaiknya, lakukan pemeriksaan HIV dahulu sebelum sepenuhnya mempercayai pasangan anda, tidak kira lelaki atau perempuan.
5. Dapatkan pemeriksaan dan rawatan secepatnya jika anda tergolong dalam kalangan mereka yang berisiko. Ada penawar yang boleh membunuh HIV dalam badan anda dalam tempoh 3 hari anda dijangkiti.
6. HIV tidak semestinya akan berakhir dengan AIDS sekiranya anda mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Ya, aku masih menuntut di Universiti tempatan. Apa yang aku harapkan, untuk kekal sihat maksimum sehingga 20 tahun lagi dengan HIV di dalam darah ini.
Cukup perit menerima hakikat, dengan stigma masyarakat yang masih menebal tantang HIV dalam masyarakat, yang membuatkan penghidap menjauhkan diri, dan bertindak merahsiakan tanpa rawatan. Begitu juga dengan prosedur di klinik dan hospital kerajaan yang kurang menjaga privasi pengidap HIV ini.
Jururawat yang mengambil darah untuk ujian makmal pon boleh tahu aku menghidap dan sempat memberi leteran dan nasihat tipikal masyarakat kita, cukup membuatkan aku takut untuk mendapatkan rawatan yang lebih lanjut.
Sehingga hari ini, aku masih menyembunyikan hal ini daripada keluarga.. Mungkin akan menjadi rahsia hingga ke akhir hayat aku.. Aku cuma mampu berusaha membahagiakn mereka selagi aku masih punya waktu, tanpa impian untuk berkeluarga dan berumah tangga..
Rumusannya dari pengalaman hidup aku sendiri ini, aku merasakan sememangnya pendidikan seks ini mampu menjadi pelindung paling efektif terhadap penyakit HIV/AIDS di negara kita. Yang makin meningkat..
Terima Kasih..
– HIV + Student
– Mr A
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit