Assalamualaikum semua. Curious betul aku baca En.Ramli punya confession, (https://iiumc.com/berhentilah-buat-loan/), pasal negara alami deflation. Ingatkan En.Ramli nak terangkan lebih sikit. Rupanya just nak marah orang buat loan je.
Memang aku nampak ekonomi negara tgh sesak sangat. Sebelum PRU haritu aku terasa macam negara akan bankrup macam Greece. Tapi aku bukan student ekonomi so aku tak tau nak explain dari sudut ilmiahnya macam mana. Aku faham dari sudut pengguna je la berdasarkan artikel2 yg aku baca. Dah tukar kerajaan ni aku harap mereka mampu baiki sikit keadaan ekonomi negara.
Media sibuk dgn bossku lah, apa benda lah sampai terkabur dgn masalah sebenar dihadapi negara. Rakyat tolong buka mata dan jadi bijak sikit. Alert la dgn isu2 penting. Jangan lalai sangat dengan trivial things dan hiburan2 ringan. Bila kita tak biasa hadamkan isu2 penting, pandangan kita jadi sempit. Cepat marah bila timbul sesuatu isu sedangkan kita tak faham apa benda yg kita marah tu…
Btw tentang loan. Marah benar En.Ramli pada perangai yg suka buat loan. Tapi aku husnuzzhon dia bukan marah aku. Dia marah insan2 yg suka buat koleksi hutang kot. Aku ni seumur hidup aku tak pernah buat loan bank. PTPTN pun alhamdulillah tak pernah, sebab belajar guna zakat. Tiba masa nak beli kereta, parents dapat duit tanah lalu belikan sebiji atos second hand cash. Kereta pertama aku pun takde loan. Alhamdulillah.
Nama pun kereta second kan. Lepas tiga tahun dia meragam sana-sini. Beribu duit aku habis tukar part. Last sekali buat top overhaul, masih juga masalah tak selesai. Siapa pernah pakai atos mgkin korg tau pasal overheat dia yg sungguh misteri… Tak tau mana punca. Dah punggah, tukar part sana-sini pun dia panas jugak. Akhirnya aku decide beli kereta baru. Besar sikit supaya mak ayah aku selesa nak naik.
Ambiklah sebiji Iriz manual. Manual tu. Paling murah dan cikai sekali dalam semua varian Iriz. Takde la besar kan, at least besar sikit dari atos. Itu je aku mampu. Ok la. Loan dia aku buat 5 tahun. Bayar ±700 sebulan. Gaji aku mula tu tak sampai 2k. Semput nak membayarnya sampai aku terpaksa stop bagi duit kat parents. Btw aku beli kete tu untuk dorg jugak. Alhamdulillah skarang dah tukar keje, gaji bertambah, dapat la aku menghulur walaupun tak sebanyak dulu.
Mungkin korang akan kecam aku tak pandai manage loan. Ya memang aku tak pandai manage sebab tak pernah buat. Satu2nya pertimbangan aku masa tu ialah nak cepat habis bayar. Aku ngeri dengar berhutang sampai 7-9 tahun. Aku pun tak sure esok hidup lagi ke tak… Ni pulak 9 tahun. Tapi nak kurang dari 5 tahun, makan pasir la aku jawabnya. Ok la bayar 5 tahun tu mencukupi keperluan asas aku. Kalau ada duit lebih, aku lebihkan bayar loan tu 800 @ 850.
Dan aku tak sangka pulak bila pendekkan loan ni, jumlah pun berkurang sebab dia potong kos riba’ tu. Syukur aku rasa tak salah la keputusan aku walaupun sakit sikit nak survive. Riba’ ni dosa besar.. Allah warning dalam surah Al-Baqarah, pemakan riba’ ni ahli neraka yang KEKAL DI DALAMNYA. Dan Rasulullah waktu mula hijrah ke Madinah, baginda bina pasar yg baru untuk umat Islam. Baginda bina sistem ekonomi baru yg halal dan bersih tanpa riba’ seperti di pasar Yahudi.
Umat Islam zaman tu tak terlibat dgn Riba’. Tapi Nabi warning juga yg akhir zaman nanti umat Islam semua takkan terlepas dari riba’. Sekadar debu pun kita pasti kena. Fahamlah aku sekarang. Puncanya sebab sistem ekonomi yg kita amalkan. Dan KETAMAKAN dalam diri sendiri yg tak puas dengan apa adanya. Sentiasa menambah hutang baru.
Orang macam ni ada dalam keluarga aku. Sorang pegawai kjaan. Rumah dah renovate. Kereta dah dua biji habis bayar. Duit tak tau nak buat apa, tambah kereta import lagi sebiji. Keluarga tak besar pun dan takde keperluan balik kampung jauh ke utara/pantai timur. Tapi saje nak beli sebab hari2 lalu depan kedai kereta tu rasa terliur. Aku rasa kawan sekerja dia semua jenis menambah harta dan menunjuk2. Sebab dia selalu cerita kawan dia renovate rumah, begitu, begini, dah macam perlumbaan pulak. Bukan sembang bincang nak tambah kualiti kerja.
Ni aku cerita pasal keluarga aku. Pegawai kerajaan yg tak buat camni, tak payah triggered pulak dan hamun aku berjemaah. Korang baca elok2 sikit ye. Nak triggered jugak maknanya korang sama la jenis suka berhutang tanpa keperluan ni.
Aku suka dgr ada pegawai kerajaan yg manfaatkan gaji tetap dia untuk bukak bisnes. Kawan aku, bapak dia ada satu rangkaian tadika dan satu bisnes homestay kat Langkawi. Ada jugak bos2 kerajaan dah pencen sibuk sponsor pengajian di masjid2. Kembangkan harta mereka di akhirat pulak. MasyaAllah kan bagus jadi bijak dan dermawan macam ni. Aku doakan org2 Melayu bergaji besar semua pakat jadi bijak dermawan macam ni. Amin.
Macam mana pun, zaman sekarang ni kita terpaksa berhutang untuk memenuhi keperluan. Kita bukan ada ilmu nak buat kereta dan rumah sendiri. Daripada sewa baik beli, bayar bulan2 akhirnya jadi milik kita juga. Orang yg terpaksa berhutang macam aku, istighfar dan doa setiap hari mohon Allah mudahkan bayar hutang. Dan kita pun berusaha la habiskan bayar.
Letak komitmen hutang tu prioriti nombor satu untuk dilunaskan. Bukan nombor akhir lepas shopping makan mewah sana sini akhirnya takde sisa nak bayar hutang. Ingat, bila terlibat dalam riba’ ni kita hidup bergelumang dosa. Kalau mati sebelum settle hutang tu, roh tergantung satu hal, tambah dosa riba’ pulak kita bawak balik ke sana. Jadinya berusahalah bebaskan diri secepatnya dari hutang2 kita.
Dan aku mohon, orang Islam bijak pandai semua, didik anak korang dengan ilmu ekonomi. Bukan ilmu beranakkan duit bagi cepat kaya. Tapi ilmu ekonomi Islam yg bersih, adil dan rahmah. Bebaskan umat manusia daripada sistem riba’ yg zalim dan memusnahkan ni. Memang tak mudah. Tapi jangan tak start. Kelak Allah tak tanya apa hasilnya. Tapi Allah tanya apa usaha kita..
– Cik Es
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit